Ahad, 26 Mei 2013

DEBAT.. SEBAT.. DAN RASA HEBAT...


SOBRI SUDIN

Seingat penulis, budaya debat sudah sinonim dengan Mahfuz Omar. Semua perkara yang beliau tidak puas hati akan dicabar 'ooponent' untuk berdebat. Dalam analisis saikologi mudah, jelas perasaan inferiority complex menguasai dirinya. Mencabar orang lain berdebat adalah petanda bahawa individu berkenaan janggal dan merasa kurang ilmu di dadanya apatah lagi yang mencabar itu tahu bahawa orang yang dicabarnya tidak akan menyahut cabaran 'bebalnya' itu.
Kita tidak berniat memperlekehkan kelulusan SRP yang melayakkannya menjadi porter' (pengangkat barang-barang bagi penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang). Semasa saya menuntut di United Kingdom suatu ketika dahulu, 'porter' tempat saya menginap di Lonsdale College, adalah antara kenalan baik saya.
Sebabnya setiap pagi saya akan bertanya, 'Is there any mail for me today? (Bukan apa pertanyaan berulang kali itu dibuat kerana rindukan surat dari ayah bonda dan rakan-rakan dari Malaysia (al-fatihah untuk kedua ibubapaku yang telah bertahun meninggalkan dunia fana ini).

Baiklah, biarpun dulunya Mahfuz itu seorang porter yang biasanya launch (oops silap..lunch ala kadar) kerana hidup di bandaraya besar dengan gaji tak seberapa tentulah mengazabkan. Namun satu perkara yang harus kita puji, dari seorang porter beliau dengan kegigihannya boleh mendaki tangga kejayaan menjadi seorang Naib Presiden PARTI ISLAM SEMALAYSIA, selain Ahli Parlimen bergelar YB bagi Pokok Sena untuk penggal ke-2 (penggal pertama 1999-2004)

Mahfuz walau tidak berkelulusan tinggi, tetapi cerdik dan bijak orangnya. Beliau memang dikenali banyak membaca buku-buku politik dan sejarah mengikut teman karibnya (yang kini sudahpun meninggal dunia). Namun tidak tahu la pula, sama ada buku-buku yang dibaca sekadar buku politik picisan ataupun karya-karya besar yang mampu merangsang idea dan pemikiran yang lebih luwes.

Kebijaksanaan Mahfuz adalah berkait dengan daya manipulasi. Apa sahaja isu mampu diketengahkan mengikut bahasa rekaannya sehingga audien mudah percaya, kerana lenggok bahasa mudah yang digunakannya, Sungguhpun isu yang diungkit jauh sekali kebenaran faktanya. Kehebatan Mahfuz yang kedua ialah mencelah dan mengambil kesempatan. Apa sahaja isu, maka akan ternampaklah tempelan mukanya dan corong suaranya yang berdegar di sini sana tanpa beliau sendiri fahami hujung pangkal isu yang dicakapkannya.

Sebab itu apabila timbul soal Mahfuz mencabar Mukhriz berdebat tentang isu demokrasi lantaran MB yang baru ini tidak membenarkan penggunaan Stadium Suka Menanti untuk himpunan Knockout 505 (maaf sekali lagi Blackout 505), maka penulis tertawa sendirian. Kerana menyedari itulah strategi Mahfuz sebagai ejen provokator PAS semenjak dulu sehingga sekarang .

Jika dilayan tentulah Mahfuz yang cerdik-cerdik bodoh itu akan beroleh kemenangan moral. Bila tidak dilayan maka Mahfuz akan menjaja perihal cabaran debatnya ini keseluruh Malaysia sehinggalah beliau menjumpai isu yang lain pula. Pada hemat penulis, biarkanlah Mahfuz dengan perangai lamanya itu, Biarkanlah dia dengan kaedah politiknya, masih banyak isu lain yang lebih dominan perlu diberikan perhatian Muhriz.

Apapun, kancah politik Kedah selepas ini tidak akan sunyi dan pasti lebih meriah dengan isu DEBAT dan jolokan kata-kata lucu, sindiran panas, dan lawak jenaka yang bakal dihidangkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru ini.

Biarlah MAHFUZ SEBAT semua isu, kerana sejak dulu saya pernah katakan, PAS memang terbaik dan hebat sebagai pembangkang berbanding UMNO dan BN. Biarlah Mahfuz dengan jawatan barunya ini merasa HEBAT, kerana beliau ialah Ketua Gerombolan PAS di Kedah. Ingatlah seburuk-buruk dan selawak-lawak Mahfuz jika PRU ke-14, Pakatan Rakyat Menang di Kedah, dan Mahfuz ditakdirkan bertanding di DUN Bukit Pinang (menang pulak), maka tatkala itu MB Kedah dalam sejarah akan dijawat oleh Mahfuz yang tak LULUS SRP. Apa kita nak kata?....He.he.he.he.he

Mohon Maaf dan anggaplah tulisan ini sekadar satu coretan senda gurau yang tidak berniatpun menyakitkan hati sesiapa. Sekadar menyatakan satu pandangan semata-mata.
ads

1 comments:

GMC berkata...

salam.Admin Kdh Time:

Mohon jasa baik tuan linkkan Blog GMC ke laman baru: Http//gmc-gunungmatcincang.blogspot.com.

wassallam

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates