Khamis, 9 Mei 2013

Doakan Kesihatan DS Azizan Abd Razak

KedahTimes ingin mengajak semua pembaca dan pelawat untuk berdoa agar Allah memberi kemudahan kepada Ex MB kita, DS Azizan yang kini berada di CCU Hospital Pulau Pinang kerana masalah komplikasi jantung. Apa yang kita harapkan ialah agar beliau sembuh dan sihat walafiat. 

Sebaliknya jika Allah lebih menyayangi beliau, beri kemudahan kepadanya. Serta mohon keluarga bersabar dan redho dengan kehendakNya.

InsyaAllah, berkat doa kita semua beliau akan tenang dan memperolehi keberkatan Allah SWT samada dari segi kesihatannya dan rohaninya.


Ketika ada syaitan bernama Anwar sedang menghasut rakyat Malaysia untuk saling bermusuh-musuhan. Kita terlupa seorang insan yang selalu mengajar kita erti kedamaian.

Barisan Nasional (BN) hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian menyiarkan semula kenyataan daripada akaun Twitter rasmi BN itu di Twitter beliau.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi Azizan yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta anakanda baginda Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah.

Turut melawat Azizan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates