Khamis, 16 Mei 2013

EXCO Kedah 2013

Tahniah KedahTimes ucapkan kepada exco-exco Kedah 2013 yang baru dilantik. Sebelum Tahniah juga kepada Datuk Mukhriz atas lantikan sebagai MB Kedah.

Seperti yang diucapkan oleh Datuk MB Kedah yang dia akan memastikan exco-exco menunaikan akujanji serta menunaikan amanah yang diberi dengan sebaiknya, Kedah Times juga akan memerhati dan tanpa segan silu akan menegur jika ada exco-exco yang cuba mengambil kesempatan semasa memegang jawatan exco.

KedahTimes tidak lupa sikap Datuk Tajul Urus yang menghentam Tun Dr Mahathir di atas pentas UMNO semasa era Pak Lah.

KedahTimes tidak lupa dengan YB Rawi yang juga mengkritik Tun Dr M demi menjaga hati Pak Lah dan Mahathir Khalid. Dan KedahTimes juga mendengar desas desus tidak elok orang Langkawi tentang YB Rawi.

YB BadrulHisam, kami di KedahTimes tidak lupa mesej yang dihantar apabila Datuk Mukhriz merasmikan program Gelombang merah di Kuala Nerang.

YB Tajudin yang kredibilitinya pengajiannya dipertikai orang ramai, Kedah Times anggap masih menjadi proksi KJ di Kedah.

Ingat kami sentiasa memerhati anda semua.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Penulis penulis dalam blog KT terima banyak maklumat yang terperinci berkenaan perilaku lampau EXCO EXCO Kedah.Nasihat kami mudah saja jangan ulangi kesilapan lampau kerana sejarah tidak pernah menipu dan demi rakyat Kedah kami tidak akan sembunyi apa jua maklumat yang dikirim kepada kami.

Tanpa Nama berkata...

Kesalahan lampau tidak akan terpadam sampai bila2..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates