Isnin, 20 Mei 2013

GIVE HIM SOME SPACE....


Penulis Tamu: SOBRI SUDIN

Antara mahu ataupun tidak, saya dalam dilema sebenarnya. Untuk teruskan penulisan di blog yang telah lebih 2 tahun saya tinggalkan.

Jika aktif menulis nanti dituduhnya blog ini milik saya. Malah blog yang tidak pernahpun saya miliki dan kenali dikatakan saya yang empunya. Sayalah 'godfathernya' dan taukenya. Sampai saya nak disaman puluhan juta.. Gila ka apa??? Orang lain sedap naik kuda, saya pula kena hidu taiknya... Akai ada ka????

Saya turut merasa bimbang dan gusar sebab sebagai manusia biasa yang penuh khilaf dan dosa, bila jari ini sudah bergerak, pastilah setiap isu atau dasar yang diwahanakan akan mengundang polemik di kalangan banyak pihak, baik kawan mahupun kawan. Tentu juga, akan ada hati kawan rakan mahupun lawan yang tersentuh..

Biasalah, kadang-kadang lain yang kita tulis, lain yang kita maksudkan, lain pula yang disalaherti dan diberikan penafsiran dan persepsi yang salah. Maka yang jahatnya siapa.. sayalah juga.. UMNO kata saya jahat, PAS lagilah.. Apapun biarlah... Dalam politik kena bersedia untuk dimengata orang. Betul salah bukan ukuran, yang penting wajib bersiap sedia untuk dilambung ombak, jika tidak jangan gatai nak berumah di tepi pantai...

Jika tidak menulis, ramai kawan-kawan bertanya dan banyak isu yang dirungut serta disampaikan rakyat marhein bawahan untuk diangkat ke atas. Banyak pengharapan, aspirasi yang cuba dizahirkan, sungguhpun saya hanyalah 'lam' atau 'cai',  'gurkha',  'ahli biasa' dan 'kerbau menggala semata-mata' kepada parti yang saya dokongi yakni UMNO.

Telahan lagi kesibukan dalam badan bukan kerajaan yang disertai, selain serba sedikit urusan mencari nafkah keluarga tidak memungkinkan saya berterusan mengadap skrin komputer untuk mengketengahkan isu politik yang kini kian menjadi 'lara' dan banyak benda-benda 'merepek.' Lebih bersifat personal, peribadi, emosi bukannya satu rangka perdebatan dasar yang boleh untungkan jemaah.

Dan untuk kali ini, tatkala banyak kawan rakan, sama ada sahabat profesor di universiti, pegawai tinggi KCS, ahli serta pimpinan parti akar umbi umno, pegawai polis, rakan-rakan seangkatan NGO, rakyat di ghedehoq, dan komuniti usahawan dan peniaga kecil di serata tempat bertanya, 'apa komen saudara tentang Mukhriz MB dan line up EXCOnya? 

Saya hanya boleh menzahirkan keadaan dengan menyatakan.. 'bagilah mereka ruang dan masa.. isu dan masalah yang perlu diatasi sudah mereka ketahui dan banyak diangkat serta diperjuangkan oleh banyak pihak sepanjang 5 tahun lalu'.

"Kelemahan, kegagagalan, aniaya, penyelewengan, salah laku kerajaan terdahulu bukan lagi rahsia.. Mukhriz pasti sedang teliti dan tentulah rakyat Kedah turut menanti tindakan", ujar saya.

Pseudo-budaya masyarakat agraria dan politik rakyat marhein luar bandar yang mencirikan Kedah sebagai 'the rural state' sememangnya menuntut bahawa pemimpin akan disanjung, didokong jika mampu memaparkan tindakan nyata lagi real.

Pseudo-budaya dan tingkahlaku masyarakat Kedah juga berkehendakkan semuanya mahu dilakukan dengan serba cepat dan pantas. Kalau boleh hari ini bercakap, besoknya jadi kenyataan. Pesan saya.. bersabarlah.. GIVE MUKHRIZ SOME SPACE.

Dalam bahasa lunak.. Mukhriz dan 8 orang anggota Exconya tidak akan terlepas dari perhitungan, penilaian malaikat, Allah dan rakyat. Dan saya serta rakan-rakan yang menubuhkan serta bergerak dalam pelbagai NGO Melayu Islam mahupun NGO berbilang kaum sepanjang 6 tahun lalu tetap akan laksanakan peranan kami.. Yang betul tetap disokong, yang salah ditegur, menerusi kaedah paling baik dan berhemah (kena control la sikit, MB dan kerajaan Kedah la ni BN yang pegang). Nanti masuk lokap bro.. kalau tak kena cara.

Sebabnya samada MUKHRIZ mahupun semua rakan EXCO mereka adalah dalam satu jemaah... Sebab itu saya pernah bergurau dengan seorang pegawai SB IPK Kedah, "Tuan, selepas ini jika kami nak menyatakan bantahan atau suarakan apa-apa perkara melibatkan kepentingan orang ramai di Wisma ka di IPD ka susah la.. sebab BN dah perintah Kedah, nanti saya pula tuan tangkap", lantas pegawai tadi senyum sinis sambil berlalu pergi..

Apapun, percayalah.. politik zaman ini, jika pemimpin berbuat sesuatu yang betul dan dibuat dengan betul pasti mendapat pertolongan Allah dan didokong rakyatnya. Pasti juga parti akan terus di beri mandat dalam PRU akan datang. Jika berbuat aniaya, zalim, rasuah, seleweng, abai amanah Allah dan hak rakyat, utamakan kroni, kaum keluarga dan terlibat dengan isu-isu yang boleh menjahanamkan diri dan parti serta kerajaan.. maka tunggulah pembalasan Allah.. Tunggulah hukum dan pengadilan dari rakyat... Bukti dan cotohnya sudah Allah perlihatkan.. sudah terlalu banyak..

Pejam celik-pejam celik 5 tahun bukannya tempoh yang lama. Jika masih terasa mahu berbulan madu atau meraikan kejayaan sedikit ini di sana sini maka lupakanlah.. Tugas berat menanti di depan.. Kita wajar berikan sedikit masa dan ruang kepada YAB MB Baru kita.

Kita percaya gandingannya bersama 8 exco profesional yang muda-muda, tinggi ilmunnya, hebat-hebat itu selain kerjasama KCS, alim ulama, ahli parti, rakyat KEDAH, kawan dan lawan pasti membuka ruang baru untuk Kedah.

Berilah sedikit masa pada MB kita, terlalu banyak baju kotor daki, dosa serta semak samun masalah yang dihempukkan oleh kerajaan terdahulu di bahunya. Dari bab isu replika burung lang di dataran LANG Kuah, kolam air panas Lenggong sehinggalah isu jerat Cina Sungai Kob terpaksa ditanggung dan ditangani MUKHRIZ dan kerajaan BN kini.

Ini belum dikira soal pusat hiburan, ladang sembelihan babi, kedaifan pusat pengajian pondok, bantuan untuk SAR, tanah waqaf dan bangunan Madrasah Salihiah yang belum diganti sehingga kini. PUSAT arak, judi haram, pusat urut, pusat karaoke yang bercambah sepanjang 4 tahun dulu. Isu hutang piutang KUIN, cantasan balak menggiladi PEDU,Gunung Inas.
Tambah lagi, kuari batu, perlombongan dan sedutan pasir yang dibuat secara ikut suka semasa PAS dahulu, penjaja, fakir miskin, OKU, anak yatim Memali, penipuan hakmilik tanah yang dikelentongi ke atas rakyat di desa. Peluang pekerjaan untuk belia, siswazah Kedah mengangur, usaha memakmurkan ekonomi negeri supaya anak Kedah tak perlu membangsat dan berhijrah dari negeri sendiri.

Merudumnya pasukan bola sepak Kedah, isu jenayah jalanan, masalah sosial remaja, ekonomi negeri yang suram, KHTP yang dirompak di sana-sini, Perbadanan Menteri Besar yang dikaut oleh penyamun tengah malam, anak syarikat kerajaan negeri yang compang camping dan entah apa-apa pengurusannya semasa kerajaan dahulu.

Banyak sungguh aih.. kata orang Kedah, jenuh Mukhriz kena sinting seluaq dan lengan baju, belemoih la Mukhriz dan EXCO nya. Ini belum termasuk 136 akujanji BN Kedah yang dimuatkan dalam manifesto yang turut menuntut pelaksanaan secara agresif dalam tempoh 5 tahun ini.

Apapun Kita yakin, Mukhriz, EXCOnya, pegawai-pegawai kelilingnya dan tenaga pengurusan yang dilantik untuk membantunya pasti antara orang bijak pandai, segar, muda, energetik dan profesional dan dengan kerjasama semua boleh melakukannya..

Kendatipun, GIVE MUKHRIZ SOME SPACE AND TIME.. BAGILAH DIA PELUANG DAN BERILAH MASA untuk dia dan kita. DENGAN MUAFAKAT SEMUA, MAMPU mengatasi apa jua masalah satu persatu supaya hasilnya Insya-Allah beroleh yang baik jikapun bukan yang terbaik..

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Seorang Anak Jati Kedah, Memang Harap Sangat2 Mukhriz and da gang dapat mentadbir kedah dengan jayanya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates