Khamis, 16 Mei 2013

Gunting dalam Lipatan, musuh dalan selimut, harap pagar pagar makan padi


KedahTimes petik dari blog melayu kedah terakhir.

Ini bukan saja berlaku dalam sektor awam tetapi sudah menular dalam GLC. Mereka-mereka dalam sektor awam dan GLC sudah menjadi anai-anai yang sedang melakukan kerosakan dari dalam. Malah mereka begitu vokal sekali menonjolkan 'sokongan' mereka kepada pembangkang.

Di Kedah, salah satu contoh adalah di UUM dimana ada jabatan-jabatan yang 90% ditunjangi puak yang menggigit tangan tuan yang memberi makan.

Di GLC, salah satu contoh terbaik ialah di TM dimana tazkirah di masjid TM menara Rebung diselitkan dengan politik pembangkang.

Di Putrajaya pula, teruskan membaca tulisan di bawah. 

KedahTimes nak tanya, APA UMNO dan BN dah dan akan buat? 

PEMBELOTAN KAKITANGAN AWAM, PERLUKAH KITA MENYIMPANNYA LAGI?

Rasanya belum terlambat lagi MKT mengucapkan tahniah untuk kesekian kalinya kepada Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib kerana berjaya mengekalkan pentadbiran dan kuasa di negara yang tercinta ini.

Walaupun undian popular berpihak kepada pembangkang tetapi undian popular BUKANLAH penentu kepada siapa yang harus memegang tampuk pemerintahan di negara yang mengamalkan demokrasi.

Harus diingatkan juga, kemerosotan undi kepada Barisan Nasional juga adalah berpunca daripada hilangnya sokongan kaum Cina dan cubaan merubah angin oleh kakitangan Kerajaan baik diperingkat Pusat mahupun di peringkat Negeri.

MKT lebih berminat hendak menumpukan topik perbincangan berkenaan cubaan merubah angin oleh kebanyakkan kakitangan Kerajaan.


Apabila Husam Musa dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, ramai yang bersorak hebat terutama sekali para penyokong PAS. Mereka menggambarkan yang Husam Musa akan menjadi ahli dan pemimpin PAS pertama yang dapat mengalahkan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Namun keputusan PRU13 tidak berpihak kepada Husam Musa. Beliau telah berjaya dikalahkan oleh penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun sebelum ini didedahkan bagaimana Husam Musa menggunakan kekuatan jentera-jentera PAS dari kawasan-kawasan berhampiran, termasuklah mengimport awang-awang gedebe dari Kelantan serta ditempatkan di homestay yang amat selesa, namun ada perkara lain sebenarnya yang menjadi persoalan.

Husam Musa dilihat bekerja lebih 'bijak' dengan menggunakan orang dalam atau lebih tepat lagi, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bekerja di Putrajaya.

Adalah difahamkan jentera Husam Musa mempunyai kaedah gerakan yang cukup hebat. Mereka mempunyai maklumat yang sangat lengkap sehinggakan sekolah anak kepada kakitangan awam pun mereka mempunyai butirannya. Bahkan lebih menarik lagi ialah data-data atau perincian berhubung pinjaman perumahan kakitangan awam, pinjaman ANGKASA, Bank Rakyat dan segala macam perincian yang lain juga mereka ada.
Perincian-perincian tersebut digunakan oleh Husam Musa untuk mencucuk jarum hasutan yang paling halus ketika berkempen bagi memenangkan dirinya.

Berdasarkan maklumat, perincian-perincian tersebut telah DISERAHKAN SECARA SUKARELA oleh pimpinan kanan kakitangan awam yang sememangnya merupakan ahli PAS atau PKR.

Pendedahan butiran dan pembocoran maklumat awam sebenarnya adalah satu kesalahan besar di negara ini. Bagaimanapun, sehingga sekarang, belum ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka.

Ini bukan cerita politik dan ini juga bukan cerita partisan. Sebaliknya ia melibatkan kakitangan awam yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Kalau perincian tentang kawan-kawan mereka boleh didedahkan kepada pihak yang memunculkan perasaan simpati dan kecenderungan mereka, bayangkanlah sekiranya pihak musuh asing pula berjaya melembutkan hati mereka.

Menyimpan puak-puak pengkhianat ini di dalam perkhidmatan awam, hanya akan membuatkan negara semakin porak-peranda. Kita telah dapat melihat bagaimana kakitangan awam gagal menjalankan fungsi dan dasar-dasar kerajaan menerusi pelbagai kerenah birokrasi dan sebagainya, tetapi yang dipersalahkan adalah kerajaan. 

Kakitangan awam yang amat mudah menerima rasuah, tetapi kerajaan pula yang dikatakan pengamal rasuah. Kakitangan awam yang seleweng, tetapi pihak Kerajaan pula yang dituduh penyeleweng. Adilkah itu?

Seharusnya tindakan pantas dan cekap diperlukan untuk menghapuskan fenomena ini. Tidak mustahil sekiranya, sudah terlalu banyak rahsia kerajaan yang mengalir ke pihak asing dan musuh kerana sikap pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan yang melihat parti politik adalah lebih hebat daripada tugas serta tanggungjawab yang mereka diamanahkan.

Jangan seronok sangat dengan kemenangan tetapi pada masa yang sama, tidak sedar bahawa ada musuh yang sedang bersembunyi di sebalik gebar bergelar kakitangan awam.

MKT tertanya-tanya apakah tindakan drastik pihak Kerajaan BN sekarang terhadap kakitangan ini?

Inilah akibatnya bila pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (yang diberi mandat untuk pengambilan kakitangan baru) tidak menapis sehabis-habis tapis calon-calon kakitangan sebelum diserap sebagai kakitangan Kerajaan.

Bagaimanakah pihak Kerajaan hendak meneruskan setiap agenda, setiap pembangunan, setiap perancangan untuk rakyat dan dalam masa yang sama agen-agen sulit pembangkang bagaikan mensabotaj setiap yang dirancangkan oleh pihak Kerajaan?

Pada pendapat MKT, kakitangan sebegini TIDAK PERLU lagi wujud di prasarana disetiap kementerian mahupun jabatan. Kelak mereka-mereka ini akan menjadi liabiliti yang lebih besar daripada apa yang kita bayangkan.

2 comments:

1Kedah berkata...

Tuan,

Saya bersetuju sangat-sangat dengan sebarang pandangan yang menjurus kepada 'membersihkan' gunting dalam lipatan ini.

Betul, hak berpolitik itu adalah hak peribadi. Tetapi ia tidaklah pula mencakup hak untuk melakukan pengkhianatan.

Toleransi melampau dengan gunting-gunting ini tidak membawa apa-apa keuntungan. Hanya menjadikan kita sentiasa dalam keadaan selangkah ke depan dan dua langkah ke belakang. Dok buang masa sebab membersihkan menjahit semula dan membersihkan perca kain yang mereka gunting.

Tanpa Nama berkata...

Kai LHDN ofis Putrajaya, ramai talibarut pembangkan yg bekerja kat situ dan ada yg buat part time job, makan gaji dgn kerajaan amik gaji tiap bulan tapi dlm masa yg sama curi ruang masa kerja buat bisnes sendiri. Dah tu jadi talibarut pembangkan memburukkan kerajaan yg bei dia sekeluarga makan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates