Rabu, 15 Mei 2013

Imigran

1. Setiap negara di dunia negara akan sentiasa mengawal sempadannya daripada dimasuki pendatang tanpa izin. Tidak ada negara didunia yang membenarkan bukan warganegara masuk dan tinggal sesuka hati.

2. Hanya ada sebuah negara didunia yang membenarkan imigran masuk dan terus tinggal setelah tamat tempoh, Immigran ini sebaliknya meminta diberikan kerakyatan yang tidak sanggup diberi oleh mana-mana negara di dunia, dengan syarat pribumi mendapat sedikit keistimewaan berbanding mereka. Segala keistimewaan ini pada asalnya tidak  perlu dikongsi pun dengan imigran jika kerakyatan tidak diberikan sejak awal.

4. Negara itu adalah Tanah Melayu yang sekarang  ini bernama Malaysia. Kini setelah Malaysia berusia lebih 50 tahun, pandangan sebahagian Imigran tadi telah berubah.

5. Kini, penduduk asal negara tersebut dikatakan tidak adil dan tidak bersyukur kerana masih mahu mengekalkan hak dan sedikit kelebihan yang telah dipersetujui dulu. Kononnya datuk nenek immigran yang berjanji tersebut telah tiada dan generasi baru ini tidak terhutang apa-apa.

6. Penduduk asal ini pula kini di rendah-rendahkan kononnya sentiasa mahu disokong dengan tongkat jika mahu terus mengekalkan sedikit keistimewaan yang dipersetujui.

7. Ada juga dikalangan penduduk asal, yang malu apabila direndah-rendahkan dengan kononnya mahu terus bertongkat, kini menyokong 'kesamarataan" yang dipelopori oleh imigran ini. Mereka tidak fahampun bahawa keadilan dan kesamarataan adalah dua perkara yang berbeza.

8. Nampaknya, perbuatan memberi kerakyatan adalah satu perbuatan yang buruk dan bukan sesuatu yang patut dianggap sebagai berbudi. Negara-negara barat yang menghalau imigran lebih dipandang tinggi berbanding dengan penduduk asal Tanah Melayu yang bersetuju memberi kerakyatan dengan sedikit syarat tersebut.

9. Mungkin kerana fahaman bahawa memberi kerakyatan dengan sedikit syarat adalah satu perbuatan buruk maka itulah sebabnya mereka ini bukan sekadar tidak pernah kedengaran berterima kasih, malah jika boleh mahu meludah pihak yang memberi.

10. Kini forum-forum mempertikaikan hak-hak istimewa dianggap sesuatu perbincangan yang lebih intelektual, dan nilai intelektual ini hanyalah kerana mereka mempertikaikan hak-hak yang telah dipersetujui bersama. Mereka tidak pun berterimakasih bahawa mereka sudah mendapat sebuah pulau dan dijadikan sebuah negara dengan pemerintahan yang mengasingkan terus kaum pribumi.
 

11. Sebaliknya, membincangkan asal-usul kerakyatan yang diberikan kepada imigran-imigran ini mungkin boleh membawa kepada tuduhan tingkahlaku yang sangat jahat, sebagaimana kaum Apache yang dikatakan sangat jahat  kerana mereka "menceroboh" tanah-tanah milik kaum kulit putih di Amerika.

12. Kini bumiputra sudah dianggap "mengganggu" kehebatan ekonomi, sosial dan pendidikan kaum imigran dengan pelaksanaan sistem kuota. Apa nak dihairankan, kerana kaum Apache pun "menceroboh "tanah-tanah kaum kulit putih di Amerika.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates