Khamis, 16 Mei 2013

Jangan cuba sentuh Hak Pribumi/Bumiputera

PENOLAKAN orang Melayu (kecuali Melayu Liberal PKR dan DAP serta PAS) dan sebahagian besar pribumi terhadap tuntutan pihak-pihak tertentu waktu ini tepat adalah tepat kerana menyedari hakikat bahawa ia mampu menggoncang ketenteraman yang dinikmati oleh rakyat sekarang.

Penolakan itu juga wajib menjadi pengajaran kepada Chauvinist dan golongan yang berkepentingan yang mempergunakan slogan 1Malaysia bahawa rakyat dari pelbagai kaum, khususnya orang Melayu tidak akan berkompromi dengan tuntutan yang akan memudarkan keluhuran asas Perlembagaan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh tiga parti politik yang mewakili tiga kaum sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Sesungguhnya, tiada siapa berhak menggugat persetujuan ini kerana orang Melayu telah membuat pengorbanan besar untuk mendapatkan Hak Keistimewaan mereka dipersetujui dan atas sebab itu mereka tidak akan merelakan sebarang tuntutan walau atas nama apapun yang bakal menidakkan persetujuan lalu.


Tuntutan-tuntutan sebegini amat sensitif bagi orang Melayu dan sekiranya puak-puak chauvinist dan liberal ini masih mahu memperingatinya dengan menjadikannya sebagai acara tuntutan tahunan, ia akhirnya mampu membuka ruang konflik yang lebih serius.

Orang Melayu yang bangga dengan ketuanannya mahu pengorbanan mereka dihargai dan perjanjian tiga kaum terbesar di negara ini yang menjadi teras kedamaian selama ini mesti dihormatkan.

Pihak-pihak yang menyuarakan tuntutan-tuntutan berkaitan hak-hak orang Melayu/Bumiputera tidak boleh lupa hakikat ini dan orang Melayu pernah menyuarakan penentangan keras sebelum ia menjadi hampir sepi kerana menghormati kehendak pemimpin tertinggi negara.

Tetapi, suara dan penentangan seterusnya tidak mungkin boleh dibendung sekiranya tuntutan yang hanya mewakili segelintir puak yang berkepentingan diteruskan juga tanpa menghiraukan sensitiviti orang Melayu.

Dengan lain perkataan, pihak-pihak yang menuntut atau mempertikaikan hak-hak ini hanya mempunyai dua pilihan.
Pertama lupakan tuntutan yang mampu merobek hati dan perasaan orang Melayu.

Kedua, jika mahu diteruskan juga, ia harus bersedia menerima penentangan keras dan kutukan berpanjangan dari majoriti rakyat Malaysia.

Sesungguhnya, kita tidak faham apa lagi yang diingini sehingga mereka masih berdegil untuk memainkan isu-isu sensitif ini, yang bukan hanya mampu mengusik sensitiviti kaum Melayu/Bumiputera malah boleh menjurus kepada kocakan ketenteraman negara.

Walau apa pun motifnya, bangsa Melayu/bumiputera semuanya bersependapat, bahawa kerajaan akan membelakangkan kontrak sosial dan mengetepikan Perlembagaan Malaysia jika semua tuntutan-tuntutan ini diterima.

Apa yang lebih menyedihkan ialah tuntutan-tuntutan puak ini membayangkan semua orang keturunan bukan Melayu/Bumiputera perlu mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan ini bererti mereka itu bukan hanya cuba mencabar kontrak sosial yang dipupuk selama ini tetapi juga cuba merebut dan memonopoli semua untuk kaum mereka.

Inilah yang dapat diandaikan daripada maksud memansuhkan perbezaan antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Pihak-pihak yang memainkan tuntutan-tuntutan sensitif ini wajib menghentikan sikap ini dan perlu melupakan tuntutan yang mampu mengusik hati orang Melayu/bumiputera. Kembalilah ke landasan perpaduan yang telah terbukti berjaya mewujudkan perpaduan sesama kita selama ini.

Keputusan PRU13 juga menunjukkkan bahawa pribumi bersatu mempertahankan hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan.

Jadi berhati-hatilah puak rasis yang tidak menghormati hak-hak tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates