Selasa, 21 Mei 2013

Jangan kita jadi KURANG AJAR

Budaya orang Kedah adalah amat tinggi. orang Kedah jarang memaki hamun, orang Kedah jarang melabel orang lain dengan label yang buruk atau tidak sesuai.

Orang Kedah berpegang kuat kepada nilai-nilai hidup Islam. Orang Kedah amat menghormati antara satu sama lain.

Tetapi orang Kedah walaupun lembut dan toleransi TIDAK sesekali menerima cacian dan hinaan kepada orang Kedah. Mereka yang menghina dan mencaci adalah orang yang tidak pernah memahami cara hidpu orang Kedah.

KedahTimes menyarankan agar Ahli Parlimen Kota Setar dari PKR agar menjaga sensitiviti rakyat Kedah terutama orang Melayu. Jangan kerana mulut badan binasa, terlajak perhau boleh diundur terlajak kata buruk padahnya, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelangan.

Kita orang Kedah perlu menghormati pemilihan yang dilakukan baru-baru ini. BN dipilih menjadi kerajaan. FULL STOP. Jadi tidak perlulah kita berpolitik sepanjang tahun selama 5 tahun. Tak perlulah kita memecahbelahkan perpaduan yang sedia ada. Tak perlulah kita menjadikan Kedah negeri yang kebelakang dari segi pembangunan dengan hanya bermain politik.

Jadilah seorang wakil rakyat yang berkhidmat, bukan wakil rakyat berniat jahat. Jadilah seorang yang bermaruah, jangan jadi seorang yang diludah.


Halang Black505 Di Kedah : Tanda Mukhriz 'Mini-Mahathir Firaun'

Penolakan Datuk Mukhriz Mahathir terhadap permohonan Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan ‘Black 505′ di Stadium Sultan Abdul Halim esok menunjukkan ciri pemerintahan ‘Mini-Mahathir Firaun’ Menteri Besar itu pada masa akan datang, kata Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad – ayah Mukhriz digelar ‘Maha Firaun’ ekoran tindakan zalim bekas Perdana Menteri itu ketika era perhimpunan Reformasi rakyat membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.

“Tindakan Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan serta penghapusan hak dan demokratik yang dinikmati rakyat Kedah pada lima tahun sebelum ini.

“Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh beliau isyarat jelas munculnya pemimpin ‘Mini-Mahathir Firaun,” katanya pada kenyataan.

Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

Gooi berkata, penafian hak seperti itu tidak berlaku semasa pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah apabila tempat awam dibuka kepada semua parti politik tanpa diskriminasi.

“Alasan Muhkriz kononnya ucapan dalam himpunan itu akan membangkitkan rasa benci terhadap BN tidak boleh diterima kerana rakyat Kedah sudah cukup matang untuk membezakan mana yang benar dan tidak benar,” katanya yang juga seorang peguam.

Himpunan ‘Black 505′ di Kedah itu adalah salah satu siri bantahan Pakatan di seluruh negara terhadap tindakan Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melakukan pelbagai penipuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Muhkriz Menyekat Hak Rakyat Kedah 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates