Khamis, 23 Mei 2013

Jihad Ekonomi: Nak Tahu?

Beberapa perkara yang umat Islam perlu tahu dan fikirkan.

1. Kalau kita beli di Kedai orang Islam, maka sebahagian dari wang tersebut akan digunakan untuk membayar zakat. Kalau di kedai bukan Islam, sebahagian wang kita akan dikitar ke dalam industri judi atau membina tokong. Pilihlah untuk tidak menyalurkan wang kita kepada saluran yang tidak
betul.

2. Kuasa membeli terbesar adalah dari orang Melayu, oleh kerana sikap orang Melayu yang tidak mahu membalas perbuatan boikot orang Cina yang telah berlaku secara semulajadi semenjak puluhan tahun, maka kuasa peniaga Melayu menjadi lemah. Jika pembeli Melayu memastikan wang dikitar dikalangan Melayu, maka kuasa peniaga Melayu akan kuat dan peniaga Melayu dapat mengawal harga bekalan.

3. Konsep orang Cina, ialah walau satu sen pun wang mereka, bukan menunggu seribu atau sejuta, mereka akan kitarkan dikalangan mereka. Mereka tidak perlu berkempen, ianya berlaku secara spontan. Boikot mereka tidak mengenal parti politik, ianya bangsa semata-mata. Sedangkan kita bangsa Melayu, walaupun berpuluh kempen masih tergaka-agak untuk buat apa yang mereka telah buat semenjak dulu.

4. Kuasa beli runcit adalah kuasa terakhir yang kita ada, dan ia juga kuasa terkuat dan boleh menjadi penentu. lemahnya kuasa ekonomi kita bukan kerana wang, tetapi kerana tiada kesatuan dan menganggap dan terlalu bersangka baik terhadap bangsa lain.

5. Bukan sukar sangat untuk melakukan jihad ekonomi, tidak perlu sampai kebulur. Beli barang di Kedai orang Islam dahulu sehingga sudah tiada baru ke kedai mereka pula bagi membeli barang yang tiada di kedai umat Islam. Dan jika dikedai mereka pun, sekali lagi.. cari barang dibuat oleh umat Islam.

6.Stesyen minyak, ini paling mudah. Ketahui pemilik stesyen minyak di kawasan anda, pergi hanya di stesyen minyak orang Islam. Jika diluar kawasan, pergi Petronas. Harga minyak, kualiti dan bekalan adalah sama, apa lagi alasan tak mahu sokong jihad ekonomi?
7. Umat Islam dan bumiputra berjumlah 17 juta orang. Jika perbelanjaan setahun adalah RM1000 seorang pun, sudah 17 billion setahun jihad ekonomi kita. Impaknya sangat besar. Wang 17 billion setahun adalah sangat besar, dan itu hanyalah dari belanja keperluan harian.

8. Mereka boleh boikot kita siang malam, 24 jam sehari, 365 hari setahun selama berdekad-dekad, tetapi kita nak mulakan sedikit pun rasa payah dan takut. Mereka dah lama dah, kita masih nak berhujah lagi!!!.

Jangan pandang dan lihat orang sekeliling anda untuk mulakan jihad ekonomi, anda sendiri lah yang mulakan.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates