Ahad, 26 Mei 2013

'JUSTICE MUST NOT ONLY BE DONE BUT MUST SEEN TO BE DONE'

Penulis Tamu:
Sobri Sudin

Semua sudah tahu, dosa, kotoran dan khilaf selain bebanan yang ditinggalkan oleh kerajaan PAS, PKR dan DAP cukup banyak di Kedah. Yang terlibat dalam salahlaku ini sebenarnya mereka sedang diulit rasa gusar, ketakutan dan tidak keruan dibuatnya.

Mahu ataupun tidak, hakikatnya YAB Dato Paduka Mukhriz sedang mewarisi sebuah kerajaan yang cukup bermasalah dengan pelbagai liabiliti yang jika tidak dirungkai akan bertambah kusut. Sebut apa sahaja isu, dari yang kecil sehinggalah ke hutang KUIN RM46 juta setahun yang wajib di bayar kerajaan ini kesan kepandaian hutang RM360 juta yang dibuat kerajaan terdahulu.

Berdasarkan makluman dari kalangan rakan-rakan kontraktor kelas A, kos sebenar pembinaan KUIN di Kuala Ketil termasuk pakej masjid dan asrama hanyalah sekitar RM170 juta, Justeru jika sudah begitu kosnya, timbul persoalan baki RM160 juta siapa yang sebat, barangkali wajib bertanya pada seorang ADUN yang dulunya bertaraf EXCO bagi mencungkil kebenaran isu ini.

Patutlah, duit bayaran ambulan RM3 ribu untuk membawa mantan MB Kedah yang sedang azab diasak derita diabetes, terpaksa dikeluarkan dari mesin ATM oleh mantan Setpolnya. Rupa-rupanya kekayaan negeri Kedah dahulu banyak dibalun oleh musang berbulu ayam sehingga MB sendiri tidak tahu..

Dalam hal ini saya secara ikhlas walaupun pernah diblacklist, diugut, diekori ke sana kemari, cermin kereta tiga kali dipecahkan, keluarga saya diganggu, maruah diri dan keluarga dicemarkan tanpa asas dan fakta betul di blog milik mereka, dibingaikan dan mungkin (diulang mungkin) dijadikan musuh utama oleh mantan MB terdahulu namun kini saya sedar beliau sebenarnya telah ditipu kiri dan kanan oleh EXCOnya sendiri yang rakus akan kuasa, habuan dan jawatan. 
Apapun jika ada salah mantan MB kepada saya, dunia akhirat saya maafkan. Biasalah kita manusia biasa dan saya sendiri jika ada khilaf dan salah padanya turut memohon sepuluh jari, tiada apa lagi yang berbekas lagi dihati sungguhpun kata bidalan, 'terbakar kampung nampaknya asap terbakar hati siapa yang tahu'?

Dikatakan dan diberitakan juga di seluruh pelusuk anterio Kedah, dari mulut yang mesti disahihkan sumbernya terlebih dahulu bahawa ada ADUN yang dahulunya EXCO di zaman Pakatan Rakyat merajai pentadbiran Kedah, adalah antara individu yang paling banyak membuat untung dari semua projek pembangunan di Kedah di zaman 2008-2013 dahulu. Jika benar begitu diminta pihak berkaitan tampil untuk membuat laporan kepada SPRM dan PDRM dengan diikut serta bukti. Jangan sekadar berani bercakap memuaskan sedap dihati, namun langkah kehadapan tidak berani.. Inilah sikap orang kita yang kadang-kadang saya sendiri naik fed up dibuatnya. Jangan bimbang.. berani kerana benar, undang-undang dan pihak berkuasa pasti melindungi kita.. yakinlah.

Saya turut difahamkan dari satu sumber yang lain bahawa rakan-rakan pejuang Madrasah salihiah akan turut  membuat satu laporan yang cukup besar (pasti dapat frontpage dalam mainstren media) dalam waktu terdekat melibatkan seorang ADUN perihal komisen yang diterimanya hasil transaksi dan pengambilan tanah secara tipu daya dimana terdirinya Madrasah Salihiah dan Plaza Tunku Yaakob. Termasuk di dalam senarai 'seorang pegawai KCS' di Wisma Darul aman, yang kini dikhabarkan sedang meraikan laba dan bergaya sakan dengan dua orang bini, beberapa buah kereta baru yang takkan termampu dibeli oleh seorang pegawai biasa dan akaun bank yang dipenuhi wang berjuta, hasil persekongkolan dengan abang iparnya. Takpa, pelanduk suka melupakan jerat akan tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. 
Cumanya laporan, beserta dokumen bukti, rakaman video, bukti bergambar dimaklumkan tidak akan didedahkan di SPRM Alor Setar atau PDRM Kota Setar. Pihak berkenaan dikatakan akan membawa terus aduan ke Ibu Pejabat Bukit Aman dan SPRM Putrajaya. Syabas kepada pihak yang berani, biarlah nyawa jadi taruhan namun kemungkaran ini wajar dibongkar dan kebenaran wajib ditegakkan.

Sebab itu dalam keadaan yang cukup gawat ini, Mukhriz selaku MB harus bertindak pantas. Masih banyak musang berbulang ayam, bersarang dan melihat dengan teliti pergerakannya di Pejabat MB. Banyak rahsia secara tidak sedar didedahkan. Dan banyak pula pihak menanti peluang untuk menyalahkannya. Sebelum keadaan menjadi parah, langkah terbaik, menubuhkan segera JAWATANKUASA HIZBAH NEGERI KEDAH. Lantik panel audit awam yang bertauliah, buka kertas siasatan Suruhanjaya Diraja Penyiasatan Penyelewengan Dana Awam Negeri Kedah.

Buka segera semua fail penyelewengan GLC Negeri, dan teliti apa jua transaksi yang mencurigakan. Dalam tempoh sebulan ini, MB Baru harus tumpukan perkara ini. Kita mahu yang bersalah, yang khianat pada wang rakyat dan tidak amanah didakwa dan dibuka perbicaraan salahlaku mereka pada rakyat. Tidaklah nanti Mukhriz dituduh dengan pelbagai label dek kerana mewarisi segala dosa hasil kesilapan kerajaan lalu.
Sebab itu, apabila REAKTOR KUIN meletak jawatan secara tiba-tiba, maka tentulah banyak masalah yang kini terpaksa ditanggung kerajaan ini. Kita tidak tahu apakah dokumen serta bukti penting yang dibawanya, apakah ada fail-fail atau rekod sulit yang turut disimpan atau dihapuskan oleh Reaktor tersebut? Kita khuatir, jika berlaku demikian, tentulah beliau akan mudah terlepas dan segala dakwaan pihak Bersih KUIN selama ini akan dianggap sebagai fitnah semata-mata. 

Prinsipnya, yang bersalah dengan apa cara sekalipun mesti di bawa ke muka pengadilan. Rakyat Kedah mahukan kebenaran, singkap apa yang berlaku dibalik tabir, baik tersurat dan tersirat. Ini bukan soal membalas dendam. Perihal ini bertujuan agar kerajaan baru ini tidak akan disalah anggap dan menanggung liabiliti yang bukan-bukan. Orang lain sedap menghenjut di atas katil, kita pula yang dituduh sebagai dalam konspirasi.

Ayuh YAB Dato Paduka MB, isu ini adalah isu urgency, melibatkan 'public interest', perlukan tindakan penuh keberanian, dan rakyat menuntut tindakan. Istiqamah dan kuatkan jiwa YAB Dato. Ingatlah Nabi s.a.w, sendiri pernah bersabda, 'Jika Fatimah, puteriku sendiri yang mencuri nescaya akan ku potong tangannya'.

Ayuh YAB Dato Paduka 'justice must not only be done but must seen to be done' (terjemahan untuk Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru.' KEADILAN BUKAN SAHAJA PERLU DILAKSANAKAN AKAN TETAPI PERLU DIPERLIHATKAN PELAKSANAANYA)..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates