Sabtu, 4 Mei 2013

KEGAGALAN PAS

Kewujudan Pas pada bulan Ogos 1951 atas nama kononnya hendak menegakkan Islam, syariat Islam, pemerintahan Islam dan negara Islam telah banyak mencorakkan senario politik negara dengan seribu satu kecelaruan yang tidak putus-putus.

Pas yang dikatakan diasaskan atas dasar Islam telah bergelumang dengan sistem demokrasi dan telah dua belas kali pilihan raya disertai oleh Pas, namun kepercayaan umat Islam terhadap Pas tidak pernah memungkinkan Pas menguasai arus perdana politik negara.

Hampir 50 tahun Pas terpinggir sebagai sebuah parti Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah.

Kewujudan Pas sebagai parti serpihan UMNO tidak banyak membantu menaiktarafkan kesucian agama Islam bahkan lebih kepada satu petunjuk bahawa kewujudan Pas adalah satu lambang kepada senario perpecahan.

Golongan yang merasakan menyertai Pas akan membanyakkan pahala mereka dan golongan yang mencari kesempatan atas nama Islam adalah elemen yang meniup bara Pas untuk terus hidup di pentas politik negara. Sorotan kepada pemerintahan Pas selama 19 tahun di Kelantan iaitu dari tahun 1959 hingga 1978 mendedahkan kita kepada suatu kelemahan kepimpinan Pas yang terus diwarisi oleh kepimpinan Pas di Kelantan sejak 21 Oktober 1990 sehingga kini. Dan kini ianya merebak di Kedah yang telah  5 tahun diterajui PAS denga dokongan PKR dan DAP.

Sekiranya ada perbezaan antara pemerintahan Pas 1959-1978 dan pemerintahan Pas sekarang, perbezaan tersebut adalah sekadar berkisar kepada soal slogan dan laungan sahaja. Pemerintahan Pas secara halus melekakan rakyat dengan slogan dan isu remeh-temeh. Di Kedah dengan "Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua" dan di Kelantan dengan Serambi Mekah nya.

Mereka berteriak kepada rakyat bahawa mereka juara Islam, merekalah orang yang benar-benar mahukan Islam tetapi pada masa yang sama terlalu banyak persoalan yang tidak terjawab tentang erti tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat dalam konteks Islam.

Persoalan utamanya ialah atas nama Islam yang mereka laungkan mereka tidak menjaga imej negeri yang diperintah. Selama hampir dua puluh tahun Pas gagal membina kemuliaan bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak boleh berdikari. Kelantan kekal menjadi negeri yang tidak maju. Kelantan terus menjadi negeri yang mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat yang didakwa oleh sebahagian pengikut Pas sebagai kerajaan Mahafiraun, kerajaan Namrud, kerajaan Haman, kerajaan Qarun, kerajaan zalim, kerajaan taghut, kerajaan munafik dan kerajaan kafir.

Begitu juga Kedah yang masih tidak bergerak ke mana. Sehingga masalah air pun masih tidak dapat diselesai sepenuhnya sebaliknya disalahkan kerajaan dahulu ataupun kemarau. Begitu juga dengan pelaburan yang tidak kunjung tiba sehingga ada yang sudah umum untuk keluar dari Kedah; tapi pihak PAS ada saja alasan kenapa terjadi sebegitu. Pelabur tidak masuk kerana disekat Kerajaan Persekutuan; pelabur sudah tamat tempoh; sistem pembersihan air yang lama, kemarau dan pelbagai lagi alasan diberikan.

Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan dan Kedah menjadi negeri yang makmur dan berkat tentunya kedua-duanya tidak perlu mengharapkan satu sen pun duit daripada Kerajaan Pusat.

Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan dan Kedah negeri yang terbaik dan keberkatan turun dari langit barulah Kelantan dan Kedah mempunyai izzah iaitu kemuliaan, kekuatan dan kedaulatan. Maka di mana daulatnya Kelantan dan Kedah jika Pas kalau masih terpaksa menagih geran peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan lebih daripada itu terpaksa mencari Perdana Menteri untuk membuat pinjaman mudah (soft loan) untuk memulihkan bekalan air di Kelantan serta di Kedah. Di manakah kemuliaan kerajaan Kelantan dan Kedah pimpinan Pas yang resah gelisah jika terlewat mendapat geran peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Maka dari sini mana lebihnya Kelantan dan Kedah berbanding negeri lain. Di mana keberkatan dari langit untuk Kelantan dan Kedah. Sekiranya Kelantan dan Kedah mempunyai izzah sudah tentu bukan sahaja tidak perlukan bantuan daripada Kerajaan Pusat, hasil mahsul Kelantan dan Kedah dapat membantu negeri-negeri lain.

Kerajaan Pas jangan berkata hasil mahsul Kelantan dan Kedah terpaksa diserahkan kepada Kerajaan Pusat maka sebab itu ia tidak boleh berdikari. Ini kerana Pas tidak dapat mewujudkan Majlis Kerajaan Teempatan yang boleh berdikari. Tidak ada diketahui satu Majlis Daerah di Kelantan dan Kedah yang mampu menanggung kos pengurusan dan kos pembangunan tanpa mengharapkan bantuan; mungkin Majlis Perbandaran Sg Petani mampu menanggung kos pengurusan dan pembangunan sendiri.

Persoalan seterusnya ialah kenapa Pas gagal memajukan ekonomi. Sepanjang memerintah Kelantan dan Kedah Pas gagal menjadikan kedua-dua negari ini pilihan utama saudagar, pedagang, pengeksport atau pengimport. Petunjuk mudah ialah tiada pelabur-pelabur utama dunia datang ke Kelantan dan Kedah di era pemerintahan PAS.

Sepanjang dua puluh tahun kemasukan pelaburan di Kelantan kelihatan lesu dan tidak bermaya. Di Kedah hampir tiada pelabur antarabangsa datang ke Kulim Hitech Park dalam masa 3 tahun PAS memerintah.

Pelabuhan di Kelantan tidak ada yang terkenal kecuali bagi pendaratan ikan tempatan dan usaha bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan untuk memajukan pelabuhan tidak nampak di mata rakyat. Projek Minyak di Yan, Kedah hanya tinggal MOU dan kini hanya dua nama syarikat saja yang berminat.

Kerajaan Pas gagal menjadikan Kelantan sebagai Pusat Dagangan Dunia walaupun kedudukannya yang strategi sebagai laluan perkapalan ke Asia Timur. Projek SULIH di Yan, Kedah katanya bakal menempatkan pusat penyimpanan minyak dan 'refinery' tercanggih di Malaysia, kini tiada pergerakan. Apakah kerajaan Pas tidak pernah terfikir mengenai hal ini? Kegagalan ini juga dapat dikesan dengan mudah apabila Pas gagal mengaut untung daripada anak-anak syarikat PKINK dan PKNK.

Banyak anak syarikat yang rugi sehingga terpaksa ditutup di Kelantan dan kini di Kedah sudah nampak tanda-tanda ke arah itu. KTPC yang dulunya untung berjuta-juta, tapi kini prestasinya merosot. Kita semua merasa malu kerana sebuah kerajaan yang dikatakan Membangun Bersama Islam, membangun bersama Ulama terpaksa menutup anak syarikat kerana rugi. Lebih malu lagi kerana kita tidak pernah diberitahu apakah kerugian itu kerana salah laku pengurusan atau ada sebab-sebab lain.

Penyokong Pas yang mendakwa Pas sebuah parti telus sepatutnya berani bertanya berapakah elaun yang diterima oleh pengerusi-pengerusi anak syarikat PKINK dan PKNK. Siapakah yang menjadi pengerusi dan ahli lembaga pengarahnya. Pelan tindakan ekonomi bagi memajukan Kelantan dan Kedah tidak pernah dikemukakan kepada rakyat. Maka apabila pelannya tidak ada, tidak ada yang boleh diharapkan dari kerajaan yang seolah-olah sentiasa bertindak sebagai kerajaan caretaker iaitu kerajaan peralihan antara masa selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri dan menunggu hari mengundi.

Bidang perindustrian tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk anak Kelantan dan Kedah. Bilangan kilang dan peluang pekerjaan yang ada tidak setara dengan pertambahan bilangan remaja dan golongan yang mencari kerajaan. Maka anak muda Kelantan dan Kedah terpaksa meninggalkan kampung halaman, ibu dan ayah serta sanak keluarga untuk mencari rezeki sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor atau Singapura.

Sepatutnya apabila kerajaan Pas naik, orang dari luar Kelantan dan Kedah akan berduyun-duyun mencari rezeki di kedua-dua negeri ini. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mereka-mereka ini mencari rezeki untuk dibawa balik ke Kelantan atau Kedah menyara keluarga. Kerajaan Pas tidak boleh mengaitkan penghijrahan anak muda ke luar negeri adalah perkara lumrah dan tradisi rakyat kedua-dua negeri.

Kerajaan Pas betul-betul tidak bertanggungjawab dalam hal ini di sebalik dakwaan sebagai sebuah kerajaan Islam

Maka apakah kerajaan Pas berpuas hati untuk melihat dasar yang merugikan itu terus berjalan. Memang betul apabila mereka bekerja di luar negeri Kelantan dan Kedah, mereka akan membawa hasil kembali ke negeri sendiri tetapi tidakkah lebih baik jika negeri sendiri menjadi negeri pemberi hasil bukannya penerima hasil. Tidakkah tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Maka apakah usaha Pas selama ini untuk menjadikan Kelantan dan Kedah negeri yang memberi hasil bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi kepada rakyat luar?

Selama berpuluh tahun memerintah Kelantan juga Pas terbukti mengamalkan sikap meletakkan getah di tangan orang lain setelah kenyang makan nangka. Sebagai contoh pada 13 Jun 1996 Abdul Hadi Awang Timbalan Presiden Pas semasa merasmikan muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-37 mendakwa bahawa pentadbiran Pas terganggu kerana terdapat dua lagi kerajaan yang memerintah negeri tersebut sejak pilihan raya umum 1990. Dua kerajaan tersebut menurut Abdul Hadi ialah pihak Istana dan Kerajaan Pusat. Ini berlarutan sehingga kini. Malah isu Sultan Kelantan pun PAS tidak pernah ambil peduli.

Di Kedah, bidang kuasa raja-raja pun di bawa ke sidang DUN. Bagaimana nak diharapkan kepada PAS jika bidang kuasa raja pun hendak di jadikan isu politik!

Jika Pas mempunyai keperibadian sebagai sebuah kerajaan yang berhemah dan berwibawa, tidak timbul dakwaan demikian. Jika benar Pas melakukan kebaikan tentunya ia disukai oleh semua pihak termasuk Istana dan Kerajaan Pusat. Apa yang diketahui pihak Istana bertindak mengikut lunas perlembagaan negeri.

Dalam soal hukum hudud, sultan Kelantan telah menandatangani warta bagi memperkenankan pelaksanaan hukum hudud. Tidak pernah walau pada satu masa rakyat mendapat tahu Istana menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Jika ada lain-lain gangguan,PAS sepatutnya menyenaraikan bagi memudahkan kita semua menyemak dan meminta penjelasan dari Sultan. Sultan Kelantan bukannya manusia yang susah berkira. Baginda masuk kampung keluar kampung untuk bersolat Jumaat dan makan bersama orang kampung. Baginda bukannya manusia berwatak dewa yang tinggal di kayangan tanpa mempedulikan nasib rakyat. Maka apakah kunjungan raja bertemu rakyat boleh dikatakan satu gangguan?

Di Kedah, mana perginya hudud yang diwar-warkan kepada pengikut-pengikutnya? Hadi kata belum ayam berkokok hudud telah siap, tapi Azizan kata Hudud tiada dalam agenda kerajaan negeri. Sebabnya dia kata Kedah di perintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Untuk pengetahuan semua, DAP ada 1 kerusi dan PKR ada 3 Kerusi. Nampaknya DAP mengawal kerajaan negeri Kedah.

Pas sepatutnya bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang boleh duduk bersila dengan Menteri Besar. Berbincang dan berbual mesra tanpa ada protokol dan sekatan yang bukan-bukan. Apa yang jelasnya ialah kegagalan Pas memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat yang menyebabkan Istana membuat teguran.

Di Kelantan istana membuat teguran yang dianggap berbisa kepada Pas kerana Istana Kelantan mempunyai kedudukan yang tinggi di kaca mata rakyat Kelantan. Istana Kelantan bukan terdiri daripada kalangan kaki judi, kaki arak atau kaki maksiat. Inilah yang sebenarnya menakutkan Pas. Begitu juga di Kedah.

Pas juga menyifatkan Kerajaan Pusat sebagai pengganggu serta penyekat kemajuan mereka. Apa yang dilihat oleh rakyat ialah Kerajaan Pusat banyak menyumbang bagi memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat.
 
Sumbangan pelawat.

3 comments:

hamPAS berkata...

sebabnya mudahkan sahaja, pas cakap tak serupa bikin, inilah sifat munafik, pura-pura berjuang untuk Islam tapi bila dapat kuasa yang kenyang, saudara mara menantu dan rakan taulan.

bersahabat pulak dengan kafir harbi dap laknatullah. udah kena kencing, tapi sebab undi dan tamakkan kuasa, negara Islam entah kemana, hukum hudud kemana...cakap tak serupa bikin.

teropong dari dalam gua berkata...

umno dah lama bolot kekayaan dan kemewahan.tipu rakyat biasa.kali ini bagilah chance pas buat duit dan kemeawahan pula.baru 2 tahun tak puas lagi.umno 50 tahun.pas pun pandai juga kelentong lebih kutang.macam unmo juga.

Tanpa Nama berkata...

Kaji dlu sejarahny.. Bru tulis.. Jgn menampakkn diri tu bodoh tuli.. Dlu mse bn pegang kelantan, hutang krajaan negeri terlampau byk. Duit msuk poket kroni, tp pembangunan negeri xnmpk pon.. Ble TGNA nk buat hukum hudud, Dr Mahathir xbenarkan.. Siap sekat aliran wang drpd kerajaan pusat kpd krajaan negeri.. Siap pula royalti minyak dikurangkan kuota berbanding negeri lain..pasal hukum hudud, mmg dah lama pon hukum tu wujud.. Xyah tggu ayam berkokok, da siap da.. Sebab SEMUANYA ADA DALAM ALQURAN.. Xtahu la pula kalau admin ni xbaca alquran kan..xpayah nak persoalkn pun pasal hudud tu... At least PAS ad juga bangkitkn usul ntuk amalkn hudud ni. Drpd bn/umno? Dr mashitah sendiri mempersoalkn hukum hudud, najib sendiri awal2 lg da tolak hudud.. Pertikaikn kt malaysia xboleh amalkn hudud sbb masyarakat kita majmuk.. Sedangkan zaman rasulullah dlu, ad je kafir musyrikin hidup skali, tp msih lg amalkn hukum hudud.. Sbb ape?? SBB HUDUD HANYA UNTUK UMAT ISLAM.. itu yg kalian PENYANJUNG NAJIB ni duk terlepas pandang. . Nme je islam.. Tp tolak hukum allah..dr mahathir pula bnyk ucapan dia yg menghina nabi muhammad saw..tp yg tu semua buat bodoh je.. Sbb ape? Sbb dia org umno bn..jd smua buat2 pekak buta, xpenah pon nk persoalkn sbb dia Dr Mahadhir.. Agk2 sape la yg nk bg syafaat kt akhirat nnt eak? Mahadhir ke? Bawa2 la mengucap.. Biar xkaya harta, biar kaya agama..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates