Sabtu, 4 Mei 2013

Kelantan dan Syiah Iran


KedahTimes petik penulisan dari blog suarasejagat yang memaparkan betapa pembesar-pembesar Iran menjadikan Kelantan sebagai destinasi terkini mereka. Disamping pelbagai pertukaran atau perjanjian persefahaman diadakan, tidak lupa juga alim ulama syiah datang ke Kelantan.

Apakah motof mereka sebenarnya? Wilayah Qom merupakan pusat penyebaran Syiah dan beberapa pemimpin Syiah Malaysia menuntut ajaran Syiah disana.


Perjanjian Kerajaan PAS Kelantan Dengan Syiah Iran

Seorang sahabat memaklumkan pada SJ tentang perkara di atas dan meminta saya melihat secara terus ke blog Dato Husam Musa. Sungguh amat mengejutkan apabila melihat para pemimpin PAS sanggup memeterai perjanjian dengan pihak Kerajaan Syiah Iran untuk memajukan negeri Kelantan. Untuk membacanya, sila rujuk : Blog Husam


Di dalam artikel tersebut, jelas disebutkan :

Gabenor Wilayah Qom bahawa Kelantan menarik pehatian iran. ‘ Kelantan would have a home in Iran”. Kerajaan Iran bersedia membantu Kelantan di dalam pelbagai bidang , pelbagai teknologi tinggi dari Iran akan dibawa masuk ke Kelantan. Ekspo Perdagangan Antarabangsa Iran – Kelantan bakal diadakan di dalam tahun 2012 ini. Wilayah Qom terkenal dengan kewujudan banyak institusi pengajian tinggi dan pusat industri teknologi tinggi di Iran. Kelantan dan Iran mempunyai pelbagai satu persamaan . Gabenor Wilayah Qom menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan ibarat adik kepada Kerajaan Iran.
Ya, memang benar Wilayah Qom mempunyai pelbagai institusi pengajian, tetapi pihak Dato Husam menyembunyikan fakta sebenar iaitu institusi pengajian di Qom menjadi pusat penyebaran ajaran Syiah!!! Malah, para pemimpin Syiah di Malaysia turut menuntut ilmu di sana. Dan sudah pasti peluang ini secara langsung akan digunakan oleh pihak Syiah Iran untuk menyebarkan fahaman-fahaman mereka kepada masyarakat tempatan.

Gabenor Wilayah Qom turut menyebut “Kelantan would have a home in Iran” (Kelantan akan mempuyai rumah di Iran), maksudnya Kelantan akan mempunyai tempat yang istimewa di sisi kerajaan Syiah Iran. Beliau juga dipetik sebagai berkata “Kerajaan Negeri Kelantan ibarat adik kepada Kerajaan Iran”. Hubungan Kerajaan Syiah Iran dengan Kerajaan PAS Kelantan diibaratkan seperti hubungan abang-adik. Wah!! sudah pasti seorang abang akan membentuk adiknya untuk mengikut jejak langkahnya, dan sudah pasti seorang adik akan mengikuti tunjuk ajar abangnya. Hubungan akrab ini melebihi sekadar hubungan diplomatik!!

SJ yakin, puak Syiah akan menggunakan peluang intim tersebut untuk bertapak lebih kukuh di Kelantan dan gerakan penyebaran dakyah serta fitnah mereka ke atas umat Islam akan berselindung di sebalik urusan ekonomi dan sebagainya. Namun, apa yang mencengangkan kita ialah kesanggupan pemimpin-pemimpin PAS membuka pintu kepada pihak Syiah di Iran. Mungkin bagi PAS, untuk maju, soal akidah bukan lagi keutamaan.

Pada minggu lalu, saya telah menulis sebuah artikel berkaitan pakatan Syiah-Kristian untuk memusnahkan umat Islam (baca : http://suarajagat.wordpress.com/2012/06/21/pakatan-syiah-dan-kristian/).

Tika ini, Kerajaan Syiah di Iran dipimpin oleh Mahmoud Ahmadinejad berganding bahu bersama Kerajaan Syiah pimpinan Basyar al-Assad di Syria, parti Hizbullah pimpinan Hassan Nasrallah dan golongan Kristian untuk menghancurkan umat Islam di Iraq, Syria, Lubnan dan Bahrain. Selain negara-negara di Timur Tengah… Malaysia dan Indonesia juga menjadi target utama gerakan Syiah.

Lihatlah bagaimana Syiah membantu Amerika Syarikat menghancurkan bumi Afghanistan dan Iraq. Kini mereka berkuasa di Iraq dan sedang berusaha menghapuskan masyarakat Sunni di sana. Lihat bagaimana mereka membunuh Sunni di Syria dan pelbagai pengeboman di Lubnan. Syiah di Syria nampaknya seperti akan bermusuhan dengan Kerajaan Turki selepas menembak jatuh pesawat Turki beberapa hari lalu.

Bagaimana pula sikap Syiah dengan Amerika dan Yahudi? Ahh, mereka sekadar berperang mulut. Malah sepanjang sejarah, Syiah tidak pernah berperang dengan Kristian dan Yahudi, sebaliknya mereka telah bersekongkol untuk menjatuhkan Kerajaan Khilafah Islam terdahulu. Ketahuilah, perang mulut Iran dan Amerika-Yahudi hanyalah sandiwara atau drama untuk mengaburi kemesraan sesama mereka.

Apakah mungkin PAS akan menjadi kuda tunggangan Syiah setelah sekian lama menjadi keldai golongan Liberal? Mungkinkah PAS selepas ini secara rasmi akan terkenal antara Penyebar Ajaran Syiah terkemuka di Malaysia?

Berwaspadalah wahai saudaraku.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates