Rabu, 8 Mei 2013

KHTP - Memulihkan Apa Yang Dilumpuhkan PAS Semenjak 2008

Semenjak pemerintahan PAS dari 2008, dua perkara utama yang dibuat PAS di KHTP adalah melantik kroni-kroni yang tidak layak ke dalam KTPC dan anak-anak syarikat dan merosakkan reputasi KHTP dengan tindakan-tindakan dangkal dan tidak profesional.

Komponen-komponen sokongan yang menjadi kekuatan KHTP menarik pelabur habis di musnahkan, semuanya tinggal nama saja.

Kedah Bio Resources, sepatutnya menerajui pembangunan BioTeknologi negeri, namun akibat CEOnya yang taksub kepada agenda Anwar dan sibuk mengarahkan dan mengugut kakitangannya mengundi Pakatan, program pembangunan bio-teknologi terbantut. Jutaan wang yang diperuntukkan disalahguna, malah seperti kes Lembah Herba yang lingkup, perbagai lagi projek tidak bergerak jauh sekali mencapai matlamat.
  
KTPC Technologies pula di lingkupkan oleh CEO PAS dengan menyalurkan projek kepada rakan baik, sehinggakan kakitangan terpinggir dan peralatan bernilai RM70 juta digunakan untuk mengkayakan kawan sendiri. Komponen R&D KHTP sudah tiada bernyawa.

Kulim Golf pula yang dipengerusikan oleh Datuk Saifudin Nasution dan juga diterajui oleh CEO kroni Pakatan semakin malap, sehingga perniagaan restauran pun hampir bankrap dan sunyi sepi tiada pelanggan.

Kedah IT yang 95% digunakan untuk membayar gaji blogger PAS yang ditempat di sana perlu dirombak atau ditutup terus. Anak syarikat yang lebih berfungsi sebagai jentera cyberwar PAS Kedah ini teramat tenat dari segi kewangan dan taturus-tadbir.
Kini, setelah kerajaan diterajui oleh YAB Dato' Paduka Mukhriz, KHTP perlu dibersihkan daripada menjadi cawangan PAS, dimana gaji dan peruntukan semuanya digunakan untuk aktiviti dan kempen PAS.

Pemulihan perlu dilakukan bermula dari aset paling berharga KHTP iaitu kakitangan kumpulan KTPC. Budaya kerja, disiplin dan halatuju yang membawa KHTP ke tangga kejayaan satu masa dahulu sudah dipecah, disingkir dan ada yang disejuk bekukan. Pemain politik dalaman seperti yang ada disiniwajib disingkirkan jika KHTP mahu dipulihkan.


Hanya orang yang kenal dan tahu dengan mendalam tentang KHTP seperti Bekas CEO yang disingkir iaitu Dato' Ahmad Shukri dan Naib Presiden Pembangunan KTPC (yang membangunkan KHTP dari sebuah hutan) yang mampu memberi rujukan yang tepat dan lengkap dapat membantu memulihkan KHTP.

Program-program pembangunan industri, ICT dan bioteknologi selain sumber manusia perlu diwujudkan semula dan ditingkatkan bagi membawa  KHTP kembali bersaing dipersada antarabangsa.

KHTP yang dahulu gah sehingga mampu memberi khidmat nasihat kepada beberapa negara membangun dalam pembangunan taman industri, perlu kembali ke fungsi asalnya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates