Isnin, 6 Mei 2013

KHTP menjadi perhatian Semula

Hari ini Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan yang amat mendadak. Indeks menerjah 1800 mata. Sejarah. Ini membuktikan bahawa pelabur amat konfiden dengan BN yang selama ini amat mesra pelabur.

Kenaikan ini menambahkan lagi kecairan dalam sistem ekonomi kita. InsyaAllah, harap trend ini berterusan.

Harapan kita pelaburan jangka panjang juga akan mengalir masuk.

Ada angin sedang bertiup yang banyak MNCs yang berteknologi tinggi sedang memberi perhatian untuk memasuki KHTP. Ada yang dari luarnegara dan ada dari Penang.

Ini sesuatu yang amat baik bagi Kedah. Pelaburan baru masuk dengan membuka peluang kerja lebih banyak. Pastikan anak-anak Melayu diberi keutamaan.

Walaubagaimanapun, KTPC perlu dibersihkan dulu dari unsur-unsur ketidakcekapan pegawai-pegawai kepercayaan kerajaan sebelumnya. Mereka ini ibarat duri dalam daging. Hidup segan mati tidak mahu. Makan gaji buta.

KedahTimes sarankan membaca merujuk beberapa blog berkaitan dengan KHTP. Klik dibawah untuk terus ke laman tersebut



Dengar cerita kerja lobi melobi pun sedang giat dilakukan untuk mengisi post yang mungkin akan ditinggalkan oleh konco-konco PAS.

Berhati-hatilah dalam memilih peneraju KHTP. Pilih yang professional dan berwibawa.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates