Rabu, 15 Mei 2013

KONGRES EKONOMI BUMIPUTRA : MODEL BARU EKONOMI

Tanggal 29 Mei 2010 bersamaan 15 Jamadil Akhir 1431 merupakan hari yang amat bersejarah bagi orang Melayu,pada hari tersebut satu Kongress Ekonomi Bumiputra telah diadakan di Dewan Tun Husin Onn, PWTC.

Kenapa saya katakan hari tersebut amat bersejarah?  Ianya bersejarah kerana rupa-rupanya terdapat ramai Cendikawan Melayu, Professional Melayu, Tokoh Tokoh Melayu serta Pejuang-pejuang Melayu yang dengan BERANI lagi LANTANG telah menolak cadangan Model Baru Ekonomi yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia pada bulan Mac 2010.

Saya berada didalam Dewan dari pagi hingga lewat malam dan suasana dalam dewan pada hari tersebut telah memberi kesan yang amat mendalam pada diri saya. Melayu yang hadir pada kongress tersebut tidaklah begitu ramai jika dibandingkan dengan Mesyuarat Agung UMNO, ianya sekitar 1200 orang terdiri dari 126 NGO Melayu yang menggangotai Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Kongress Ekonomi Bumiputra : Model Baru Ekonomi dimulakan tepat pada jam 9.15 pagi dengan ucaptama oleh Prof Dato Dr Normah, Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara, MAPEN. Ucapannya berkisar dengan sebuah buku merah yang didalamnya mengandungi satu cadangan kepada Kerajaan berkenaan Model Baru Ekonomi, buku ini akan dibentang semasa Belanjawan dan jika diluluskan ianya akan dijadikan Dasar bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru.

Selepas sesi pembentangan tersebut majlis dibuka kepada empat orang Pengulas terdiri dari YB Senator Dato Akbar Ali, bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, YBhg Dato Halipah Esa Bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) JPM, Encik Rajani Ramlan Pengurus Besar Yayasan Kajian Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan YBhg Dato Dr Ramlah Adam Pensyarah UiTM.

Pengulas-pengulas telah mengupas dengan cukup teliti serta bersandarkan dengan fakta-fakta yang tepat serta jelas.

Selepas itu majlis dibuka kepada peserta untuk sesi soal jawab. Sesi ini telah menjadi amat panas dan amat sukar bagi Pengerusi Kongress mengawal peserta berhujah menyanggah dengan lantang, jujur serta berterus terang tanpa sebarang bahasa berlapik.

Antara keputusan yang dibuat ialah cadangan Model Baru Ekomomi ini tidak boleh diterima pakai kerana ianya berpegang kepada falsafah Pasaran Bebas. Hak-hak istimewa Melayu seperti terkandung didalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia langsung tidak diambil kira.

Lewat sebelah petang satu deraf resolusi yang mengandungi 31 perkara telah dibentang dan dibahas satu per satu hingga semua peserta berpuashati dan ianya dijadikan dan dinamakan Resolusi 15 Jamadil Akhir 1431/29 Mei 2010 dan ianya diserah kepada Perdana Menteri Malaysia semasa sesi sebelah malam. Perdana Menteri berjanji akan meneliti semua resolusi dan memorandum yang disampaikan kepadanya dan akan mengambil tindakan selanjutnya serta memasukan input-input yang terdapat didalam resolusi sebelum ianya dibentang didalam Parlimen.

Terdapat beberapa perkara yang cukup menarik didalam Resolusi tersebut dan ianya akan membuka mata kaum-kaum chauvanis, fakta ini akan di siarkan pada artikel akan datang.

1Melayu


NOTA : Kali ini jika nak buat model ekonomi, maka Melayu, Bumiputera dan India patut diutamakan. CINA sudah memilih DAP yang tidak mahu bersama arus perdana. Elok sangat mereka buat ekonomi mereka sendiri. Malah mereka sudah menguasai ekonomi di Malaysia, cuma mereka perlukan KUASA saja untuk melaksanakan agenda besar mereka.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

tahniah mpm.buka mata semua orang melayu dimsia.

FAN berkata...

Persoalan di sini ialah dalam ramai yang menentang usaha kerajaan tatapi ramai pula yang tidak menyokong secara berdepan tetapi menyokong dengan cara yang berlainan pula..
Kita semua tahu dan dapat mengagak kenapa MEB ini diperkenalkan oleh kerajaan..Tentulah bertitik tolak daripada PRU12 dan tentunya situasai ekonomi negara yang semakin meruncing akibat pengekalan kaedah ekonomi yang lama..Dalam keadaan sekarang konsep pengekalan keseluruhan ekuiti 30% ekonomi bumiputra dalam setiap cabang ekonomi telah menjadi masalah yang menjerat kerajaan dan memerlukan kerajaan untuk berganjak kepada model baru yang lebih pragmatik dan membangkitkan kesedaran bahawa melayu juga mampu bersaing jika konsep ekuiti dibuka kepada jumlah yang lebih rendah atau tiada langsung..dan konsep inilah yang telah menjadi tunjang kebangkitan fahaman baru dikalangan rakyat yang beralih menyokong pembangkang pada PRU12 lepas..
mungkin peserta kongres boleh berkata PRU12 adalah satu peringatan sahaja kepada kerajaan untuk mengurangkan masalah penyelewengan, rasuah, ketelusan dan akuantibliti untuk memastikan segala yang dirancang sebenarnya dalam DEB, DPN dan DPW boleh ditingkatkan dan dicapai. tetapi sejauh manakah pengajaran ini diberikan..
Jika diperhatikan melalui PRK yang dilalui dapat dilihat bahawa tiada tanda tanda pengajaran yang diberi akan diturunkan suhunya malah ia kelihatan terus meningkat..Oleh itu apa lagi yang kerajaan ada untuk memastikan kelangsungan 'takhta' mereka. Selain cuba mengikut arus walaupun tidak begitu kelihatan untuk mengekalkan undi yang ada dan mencuri kembali undi yang telah hilang.
Persoalannya juga darimana datangnya arus yang berjaya merobohkan benteng kebal takhta kerajaan selama ini?? Bukankah juga datangnya dari cendekiawan Melayu yang antaranya menjadi sahabat kepada Profesor-profesor yang menyertai kongres tersebut..Mengapa mereka tidak cuba menegakkan pandangan mereka ketika kerajaan diasak disegenap sudut untuk merubah landskap politik dan ekonomi negara kepada acuan yang mereka percaya undi dapat mereka kaut dengan jayanya..Mengapa apabila kerajaan sudah terdesak kini barulah mereka hendak berkongres, menangis dan merintih meminta agar jangan dilaksanakan MEB..
Dan adakah yang paling penting juga ingin dipastikan adakah suara yang bergema dalam kongres tersebut mewakili keseluruhan suara Melayu di bumi bertuah ini..Jika ya apakan alternatif yang ada kepada kerajaan untuk memacu ekonomi kepada tahap yang lebih baik dengan mengekalkan doktrin model yang lama..atau mengekalkan yang lama dan memecat pengendalai sedia ada dan dipenuhi oleh peserta kongres..
Sebenarnya persoalan ini adalah sesuatu yang amat signifiken dengan politik..lemahnya politik Melayu menyebabkan MEB terbentuk.. Kepada peserta kongres yang tidak memahami politik maka tentulah susah untuk faham kenapa dan mengapa MEB ini dicadangkan..Dan sebenarnya juga jika peserta kongres mengatakan MEB akan menyebabkan Melayu terjelumus ke dalam mulut buaya maka jika tidak diteruskan dan dikekalkan model lama Melayu hanya akan beralih masuk ke mulut Harimau..Dalam konsep politik baru Malaysia iaitu konsep 2 parti yang ada hanyalah 2 pilihan yang begitu terhad..satu parti masih memerintah tatapi penuh dengan masalah tuntutan yang tiada kesudahan yang kelihatannya terpaksa dipenuhi dan satu lagi sudah pasti tiada masalah untuk memenuhi tuntutan kerana itulah tunjang kekuatan yang berjaya menarik sokongan..tepuk dada tanya selera..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates