Rabu, 15 Mei 2013

MELAYU PEMAAF ATAU MELAYU BACUL

1. Noh Omar mohon maaf pada MCA dan MIC, apa sudah jadi dengan bangsa Melayu? Adakah bangsa Melayu memang merupakan bangsa yang suka mohon maaf walaupun bercakap benar? Atau bangsa ini memang bangsa jenis bacul! Mari kita lihat statistik permohonan maaf Melayu kepada kaum Cina dan India.

2. Kes satu, YB Teresa Kok telah menuduh anggota polis melayu telah membogel serta mendera seorang tahanan wanita Cina didalam lokap polis, belum sah dan terbukti tuduhan ini, mantan PM Abdullah Badawi telah menghantar utusan khas ke negeri Cina untuk mohon maaf. Apabila selesai siasatan polis, hasilnya ialah tuduhan ini tidak benar dan wanita tersebut bukan bangsa Cina sebaliknya ialah seorang wanita melayu.
3. Kes dua, isu mantan Ketua pemuda umno menghunus keris semasa mesyuarat agung pemuda umno. Parti MCA, GERAKAN dan DAP mengecam serta mengugut tindakan Dato Hishamudin dan mengesa beliau mohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Baculnya mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia terus tunduk dan mohon ampun maaf kepada kaum rasis lagi chauvanis ini.

4. Kes tiga,Dato Ahmad Ismail,Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, semasa memberi ceramah di Permatang Pauh telah menyentuh fakta sejarah asal usul kaum pendatang dari Negara India dan Cina yang dibawa masuk oleh British ke MALAYA. Parti Gerakan melatah dan menuntut UMNO dan BN mengambil tindakan disiplin kepada Dato Ahmad Ismail. Akur dengan tuntutan Gerakan, mantan PM Abdullah Badawi dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menggantung jawatan Dato Ahmad selaku Ketua Bahagian selama 4 tahun. Dato Ahmad Ismail bertegas tidak mahu mohon maaf hingga kehari ini.Terkini selepas penggantunggan dipendekan, semua AJK Bahagian Bukit Bendera telah meletak jawatan bagi mengadakan Mesyuarat Agung khas untuk melantik semula Dato Ahmad Ismail sebagai Ketua Bahagian mereka.

5.Kes empat,Dato Nasir Pegawai Khas PM Najib semasa ceramah berkenaan konsep 1 Malaysia di Melaka telah menyentuh fakta sejarah kedatangan orang India dan Cina ke Malaysia,beberapa orang peserta MIC telah membantah dan keluar dewan serta menuntut Dato Nasir mohon maaf. Dato Nasir tunduk dan mohon maaf secara terbuka. Selepas mohon maaf beliau telah ditamatkan perkhidmatannya dengan PM.

6.Yang cukup menyakitkan hati ialah bangsa lain boleh maki hamun, caci serta hina bangsa melayu termasuk Raja Raja Melayu tetapi tiada apa-apa tindakan diambil terhadap puak puak ini. Jika dikira jumlah laporan polis yang telah dibuat oleh individu, parti politik serta NGO entah berapa ratus atau ribu jumlahnya.

7.Apa sudah jadi dengan Pemimpin-pemimpin Melayu? Pengecutkah mereka? Baculkah mereka? Atau Jawatan dan kepentingan diri lebih penting dari bangsa sendiri?

8. Kini apa lagi yang mereka mahu? Melayu sudah banyak berkorban. Ekonomi, pendidikan, kuasa malah kewarganegaraan telah Melayu dan bumiputera korbankan untuk melihat negara ini dalam keadaan aman dan damai supaya semua kaum dapat menikmatinya.

9. TAPI Adakah bangsa CINA sanggup berkeorban seperti orang Melayu? TIDAKKKKKKKK jawapannya


1Melayu

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bangsa melayu itu bangus dan baik budi perkerti, tetapi pemimpin melayu UMNO yang gila dan bodoh seperti yang dinyatakan itu terdiri dari golongan orang lemah fikiran dan bangannnnnnnnnnnng.Orang macam inilah yang merosakan bangsa melayu. Otak taruk kat lutut.

Tanpa Nama berkata...

mmg bangsa melayu bagus dan baik budi pekerti. ttp malangnya bangsa lain walau dah tinggal di negara ini dan mendakwa ini negara mereka gagal menyerap sifat sebegitu mereka tetap ultra kiasu, asal mereka sahaja yang senang

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates