Isnin, 20 Mei 2013

Melayu!! Tanah Melayu Bukan Lagi Milik Melayu

Semananjung Tanah Melayu atau Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya atau Malaysia merupakan negara asal orang orang Melayu ,bangsa Melayu tidak mempunyai tanah lain selain dari negara ini. Tanah Melayu dikurnia oleh ALLAH dengan tanah yang cukup subur jika dibanding dengan kebanyakan negara didalam dunia ini, bukan sahaja subur tetapi dijauhi dari kawasan lingkaran api gempa bumi, gunung berapi dan bencana alam yang merbahaya .

Bangsa Melayu majoritinya patuh kepada ajaran agama Islam dan boleh dikelasifikasikan sebagai bangsa yang amat tinggi budi bahasa, sopan santun serta melakukan semua tuntutan agama Islam sebagai seorang Muslim yang baik 'a devout muslim'. Melayu pernah dijajah hampir 500 tahun oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun tetapi ini semua tidak melekakan Melayu didalam memperjuangkan kebebasan negara mereka dan hasilnya British diusir keluar dengan cara yang cukup tertib lagi terhormat.

Selepas Merdeka, dengan Kepimpinan yang baik yang diterajui oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga ke Perdana Menteri ke empat YBhg Tun Dr Maharhir Mohammad, Tanah Melayu telah bergerak dengan cukup pantas sehingga menjadi negara yang termaju dikalangan Negara negera Islam.Dunia menghormati negara kita malah ada negara yang cukup cemburu dengan pencapaian negara kita.

Selapas Perdana Menteri ke empat menyerah kuasa kepada Tun Abdullah Badawi pada tahun 2003, petanda petanda buruk telah mula kelihatan apabila Perdana Menteri Abdullah Badawi cuba membuat pembaharuan dengan mengamalkan dasar LIBERAL dan KETERBUKAAN  didalam Pemerintahannya. Ini ditambah tokok lagi dengan kepimpinan yang lemah, tidak tegas, 'flip flop', dan tidak ada arah tuju yang jelas. Kesannya Melayu telah berpechah dengan teruk sekali kepada tiga kumpulan dan ianya menjadikan Bangsa Melayu bangsa minoriti didalam negaranya sendiri. Klimaksnya ialah keputusan PRU 12 tahun 2008 dimana Melayu telah mula hilang kuasa.

Akibat hilang kuasa dan takut akan terus hilang undi dari Bangsa CINA dan INDIA, Perdana Menteri Najib telah tunduk dengan apa saja kemahuan dan tuntutan dari orang orang Cina dan India. Apa saja yang diminta PM Najib akan tunaikan tanpa sebarang sekatan. Hari ini kaum bukan Melayu amat berkuasa dan pemimpin Melayu tidak berani menyentuh atau mengherdik puak puak ini.


Setiap tahun merupakan tahun yang dipenuhi dengan tuntutan-tuntutan RASIS yang amat melampau, memaki hamun Melayu, mencaci nama ALLAH, mencarut dengan bahasa lucah terhadap lagu negaraku dan Kementerian Pelajaran dan Kerajaan tidak berani mengambil sebarang tindakan terhadap puak-puak ini. Antaranya:

1. Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Kah Siong mempertikaikan Biasiswa untuk penuntut MARA dan beliau mahu ianya dihentikan.
2.Dato Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA mahu Kerajaan hapuskan kuota bumiputra dan semuanya mestilah berasaskan MERITOKRASI, maknanya Perkara 153 didalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihapuskan.
3.Parti DAP mahu Kerajaan membenarkan puak kristian guna nama ALLAH.
4.Pemuda GILA BABI NAMEWEE, mencarut, maki hamun kepada TNB, guru melayu, Kementerian Pelajaran dan agama Islam.
5.Perempuan CINA bukan Islam boleh masuk ke dalam surau untuk beri ceramah.

Dan banyak lagi perkara perkara yang menyakiti hati orang melayu telah dilakukan oleh bangsa bukan melayu terhadap orang melayu, anehnya bila orang melayu bertindak balas Kerajaan terus bertindak terhadap orang melayu dan terus dikenakan pertuduhan dan ada yang telah dikenakan hukuman penjara serta didenda beribu-ribu ringgit.

Terkini seorang blogger Hassan Skodeng yang menulis satu satira terhadap TNB telah didakwa dimahkamah walhal NAMEWEE telah mencarut, maki hamun dengan kata kata 'FUCK TNB' tiada sebarang tindakan diambil .

PRU13 membawa satu era baru dimana UMNO (Melayu dan Bumiputera) menjadi tunjang kepada kerajaan. India kebanyakkan memberi sokongan kepada kerajaan milik UMNO ini.

Tetapi kaum CIMA 95% menolak kerajaan UMNO ini.  Dan mereka mengatakan yang mereka berhak memerintah negara kerana undi popular.

Dan tindakan berhimpun, berdemo dan menghina apa saja berkaitan Melayu, Islam dan negara berterusan dalam ceramah dan media sosial.

Apakah kerajaan UMNO tidak mahu mengambil sebarang tindakan? Apakah kita nak biarkan mereka berterusan sebegini?

Jika kerajaan mahukan sebuah negara yang aman dan bertoleransi, maka haruslah ada tindakan tegas ke atas mereka yang sentiasa gilakan kuasa dan ingin merampas segala hak Melayu dan Bumi. Kononnya atas nama keadilan dan kesamarataan.

MELAYU anda semua telah tidak ada lagi Tanah Melayu, sampai bila mahu berperang saudara sesama bangsa dan agama !

1Melayu

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kesultanan Melayu kekal sehingga kini dan selamanya insyallah kerana kegigihan dan kesungguhan sultan sultan mempertahankan kedudukan dan takhta.

Bila kalah ditawan portugis, Kesultanan berundur ke Peguh, Muar ( kubu serang portugis ) dan Pahang dimana bagina bersemayam, berikhtiar dan menguatkan pertahanan untuk mengambil Melaka semula.Di Bentan kesultanan menguatkan lagi pertahanan dengan menakluk semula tanah tanah jajahan sbeelum membuat beebrapa serangan terhadap Portugis.Atas kerjsama Belanda Melaka jatuh ketangan Beland namun Melaka tetap tidak dapat dimiliki semula. KMelayu Johor menegak kewibawaan KMMelaka sehingga pembinaan semula kerajaan kerajan di sembilan negeri melayu.

Hari ini sungguh pun institusi Kesultanan tidak mentadbir bukan bererti ia sudah tidak releven. Kerajaan bersultan adalah penyatu ummah Islam dan Melayu dan juga pelindung ummah.

Bila British menawan TM, kesultanan kekal walaupun cuma bertanggungjawab ke atas adat dan agama Islam. British walaupun penuh muslihat menawan TM namun tidak dapat mengikis kuasa sultan dan pengaruhnya. Orang melayu, raja raja, 4 pegawai British menyokong penuh penentangan terhadap penubuhan MUnion.

Kesungguhan perjuangan pemimpin melayu, raja raja dan rakyat dilihat secara positif oleh British sehingga bersetuju memberi laluan penubuhan persekutuan Tanah melayu mengembalikan kuasa raja dan hak orang Melayu.

Hari ini penentangan tentang hak orang melayu oleh PKR/NURUL IZZAH ( perempuan melayu songsang) /DAP dan NGO kiri dan pertelagaan kaum sekali lagi menuntut kesabaran dan daya juang orang melayu dan institusi raja.

Kita baru keluar dari kemiskinan, walaupun bangunan cakar langit symbol kemajuan negara berdiri tegak. Namun jangan lupa di Sabah & Sarawak rakyat bumiputra masih mundur dan jauh ketinggalan dari kemudahan infrastruktur. Pembahagian kekayaan harus diteruskan oleh kerajaan tanpa terpengaruh dengan sentimen pihak pembangkang.

Saya cukup bimbang JIka runtuh institusi raja dan hilang hak orang melayu ini, maka mala petaka akan menimpa negara ini.Kali ini saya akan bangun mengamuk.
ALLAHU AKBAR!

Tanpa Nama berkata...

memang pun tanah tergadai pun pasal umno la 50 tahun perintah gadai tanah je tau

Tanpa Nama berkata...

Salam,

sejarah 500 tahun lalu mungkin berulang lagi apabila empayar melaka yg aman makmur, berbudaya, maju dan dihormati tumbang akibat kepimpinan lemah dan melayu berpecah, sama spt sekarang. Mungkin juga akibat kekalutan pada penghujung zaman tersebut, ungkapan seperti takan melayu hilang di dunia timbul, mungkin juga suasananya sama mcm malaysia sekarang. Semasa kepimpinan DR Mahathir tidak pernah kita sbgai orang melayu rasa terancam dan rasa bangsa melayu ini akan kekal selama-lamanya.

Selama lebih 450 tahun tanah melayu dijajah dan rakyatnya dihina. Hanya baru 50 tahun orang melayu hendak bangun kembali sudah ada tanda2 sejarah lama akan berulang kembali akibat perpecahan pemimpin melayu sendiri, kali ini kalau melayu tumbang mungkin bangsa melayu akan pupus terus.

Ingat kaum cina ada sekolah china dan india kuat dgn sekolah tamilnya mereka akan terus memelihara identiti mereka sehingga kiamat kalau boleh, akhirnya anak cucu melayu akan keliru asal usul mereka, tidak tahu budaya melayu, berckap pun bahasa rojak, malah namapun dah mcm matsaleh, adakah ini yang kita mahu?

Tanpa Nama berkata...

Tak Melayu Hilang Di dunia,
Mungkin Dunia Melayu akan Hilang di Bumi Malaysia!

Perkasa akan Iman itu,
Perkasalah Melayu,
Melayu itu Islam,
Tak Islam, Bukanlah Melayu.

Tanyo kek Ketuo Pemudo UMNO,
berapo kali dah tarawih bersamo?
cukup tak poso,
kok mombonggak ajo.

Pemuda inikah pemimpin bangsa?
Pemuda inikah harapan negara?
Anjakan minda Melayu kuat PERKASA!
Siapa lagi mahu membela?
pemudi tak ikut serta?
jangan membabi buta,
Tertampal kulit babi di muka,
Dengan pangkat dan darjat dia berpoya,
Nak jadi PM kita,
Kelepet khazanah negara,
Letak balaci di mana2,
Picit telor punya angkara,
Sengkokol ngan Singapura,
DAP, PKR, PAS sama sahaja,
jadi si kITOL, penderhaka,
Durjana Khianat pada bangsa,
Fatwa dan sunnah bahan seloka,
Rampok tahta dan harta,
kerana terbiasa,
suka hati dato nenek, mak bapak dia!

Tiada lagi akan persoalan,
bomoh mana pun kau pakai takkan dapat kau lawan,
Aku datang dengan halimunan,
bangsa kau juga yang menjadi teman,
menunggu sa'at kau di telan zaman!
ke neraka jahanam kau di humban,
Apakah kau TAK menggigil ketakutan?
Bukan kena belasah dengan belantan,
Cuma macam kau masuk jamban!

Duduklah kau diam2 di situ,
menghidu suasana tak menentu,
angkara perbuatan kamu bersekutu,
Murtad, munafik, iblis, syaitan & hantu!

Takkan melayu hilang di dunia,
Kalam Tok Tuah, bersemangat bangsa,
Nabi Allah berwasiat, berpesan bersama,
Pegang kitab & sunnah, takkan kita celaka,
Nyatakan lah ia se ia ia nya,
Itulah rahsia kekuatan bangsa kita!

Tok Sir

Tanpa Nama berkata...

KT, BERSEDIA LAH, DALAM MASA SINGKAT KUASA MELAYU TIADA LAGI DI MALAYSIA.

KUASA ITU AKAN DI AMBIL ALEH OLEH BANGSA LAIN YANG BUKAN MELAYU.

ANDAINYA SIFAT LEMBUT "tak pa lah", SUDAH BARANG TENTU NEGARA INI, BANGSA KITA MELAYU DA UGAMA KITA ISLAM AKAN TERPINGGIR.

Mat berkata...

nk komen tak boleh nnti sapa nk bela aku kalau ter'silap' kata di mata depa?

Tanpa Nama berkata...

Lepas PRU 13 NIII.... JIKA ORANG melayu undi PR memang Tanah Melayu ni bukan hak Melayu lagi.

Melayu jadi jadi 'alaihim pak sodok ja lah....

Tanpa Nama berkata...

Mungkin benar TAPI kenapa kita undi BN UMNO/GERAKAN perintah sejak 52tahun dahulu..Melayu bleh merempat di Pulau Pinang...Apo yg UMNO Pinang buat sampai Melayu terpinggir???...Heran bin Ajaib..entahlan...naik menyampah aku tengok dgn Parti Politik yg menggunakan nama MELAYU utk berkuasa...TAPI sayang bila berkuasa lansung tak hairan psal MELAYU.....

Tanpa Nama berkata...

ISU INI KITA PERLU TERUS KEPADA ORANG MELAYU YANG MEMILIKI TANAH, KITA HANYA NAMPAK TANAH DI KAWASAN BANDAR, NAMUN PERNAHKAH KITA MENILAI TANAH-YANAH DI LUAR BANDAR DAN PINGGIR BANDAR. DAHULUNYA TANAH INI MILIK ORANG MELAYU NAMUN ATAS DESAKAN KEMEWAHAN YANG KINI MENGHANTUI ORANG MELAYU, DAN INGIN KAYA CEPAT MAKA BERIBU-RIBU RELONG TANAH TELAH TERGADAI KEPADA ORANG LAIN, SALAH SIAPA???????SALAH DIRI SENDIRI YANG BERNAMA ORANG MELAYU, TAK USAH SALAHKAN ORANG LAIN....INI SIKAP MELAYU SUKA SALAH KAN ORANG LAIN TANPA MENILAI DIRI SENDIRI....
BERUBAH LAH SELAGI BELUM TERLAMBAT.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates