Selasa, 21 Mei 2013

Nouveau Riche

1. Ramai juga anak Melayu yang kaya raya dan berada di kedudukan tinggi dalam masyarakat perniagaan pada hari ini. Antara yang berjaya adalah doktor, jurutera, akuantan yang bertukar menjadi usahawan berjaya. Golongan ini menjadi kaya dalam generasi mereka sendiri, mereka melangkah tingkat sosial berbanding dengan ibubapa mereka yang miskin. Tidak seperti golongan bangsawan dan hartawan yang tunrun temurun, golongan ini adalah golongan kaya baru atau Nouveau riche, yang menjadi merak apabila dapat duduk semeja dengan kaum kaukasian.
2. Mereka ini yakin bahawa kekayaan dan kesenangan hidup mereka adalah seratus peratus usaha mereka sendiri, atas kegigihan mereka dan daya saing mereka yang hebat, maka itulah sebabnya mereka menjadi kaya.

3. Mereka merasakan perjuangan memartabatkan bangsa adalah satu gangguan dan menyukarkan mereka duduk dalam kelompok elit mereka. Menjadi Melayu yang menyokong perjuangan bangsa adalah satu kepariaan yang sangat tidak tertanggung. Bukan setakat mereka tidak suka atau menyokong perjuangan bangsa, malah melihat orang lain memperjuangkan bangsa mereka sendiri pun adalah sesuatu yang memalukan mereka.


4. Azran Osman adalah contoh kalangan Nouveau Riche' yang tidak mahu dikaitkan dengan asal usulnya. Golongan sebegini perasan bahawa dengan berada dikalangan elitis penjajah, maka mereka akan dianggap setaraf elitis penjajah itu sendiri. Jika boleh ditanggalkan kulit Melayu itu, akan mereka tanggalkan kerana malu.

5. Azran bukanlah kes terpencil. Malah ramai lagi kontraktor-kontraktor bumiputra yang berjaya melalui kontrak-kontrak kerajaan, sentiasa memandang sinis kepada Umno. Sekali mereka terlepas kontrak, maka segala-galanya tentang Melayu akan jadi hina, walhal mereka juga jadi kaya dengan kontrak-kontrak kerajaan.

6. Kita berani cabar, berapa ramai kontraktor malah manusia seperti Azran ini akan mendapat tempat dan kontrak didalam syarikat-syarikat diterajui tokong DAP mereka. Sila tunjukkan berapa nilai kontrak daripada Oldtown Kopitiam atau Roti Massimo yang diperolehi oleh bumiputra? Jawapannya adalah kosong, zero.






0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates