Jumaat, 31 Mei 2013

Parti Islam Tolak Demo Ala Anwar

Anwar Ibrahim semakin hilang arah dan kepenatan apabila usahanya memancing simpati rakyat untuk menolak keputusan Pilihan Raya 2023 sekali gus menimbulkan huru-hara di jalanan bagi menggulingkan kerajaan tidak mendapat restu sekutu parti komponennya.

Terbaru PAS Kelantan turut senada dengan beberapa pemimpin parti itu menolak usaha pihak tertentu yang 'cuba' menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan cara keganasan dan demonstrasi jalanan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah pernah mengatakan, menjatuhkan kerajaan dengan budaya "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.

Beliau juga mengakui PAS Kelantan tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan jelasnya bagi PAS Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi.

Perkara itu ada perbezaannya, iaitu sama ada berkumpul untuk mengkritik kerajaan dan ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan PAS jelasnya tidak sepakat, sama seperti DAP yang tidak setuju untuk jatuhkan kerajaan dengan cara keganasan.

PAS Pusat juga berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Nik Mohd Amar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan hanya menerima bantahan dilakukan secara aman untuk mengkritik kerajaan. 

Malah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan turut mengeluarkan kenyataan yang senada dengan pendirian Nik Amar itu.

Beliau menegaskan sayap itu tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi jalanan yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram termasuk yang bakal dianjurkan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekiranya organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berubah.

"Kita menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan penipuan, itu kita konsisten bersama semua pihak. Cuma pelaksanaan itu berbeza antara NGO dan parti politik, ia berbeza dan yang penting matlamat sama.

Tegas Ahli Parlimen Temerloh ini, sayap pemuda PAS itu sepakat untuk menolak sebarang penyelesaian yang menggunakan kekerasan.

"Dewan Pemuda PAS bersepakat tidak bersetuju penyelesaian yang mengatasi lunas undang-undang dan menggunakan kekerasan.
  
Beberapa NGO dokongan pakatan pembangkang sebelum ini telah menggesa 500,000 orang sukarelawan untuk berhimpun bagi mendesak SPR untuk meletak jawatan. 

Sementara itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz turut menolak usaha seumpama itu dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh. Ia secara langsung menunjukkan perbezaan pendapat dalam isu itu yang mana Anwar kini bergerak sendirian tanpa sokongan dan dokongan pembangkang.
 
Paling menarik, bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim turut dilaporkan mengeluarkan kenyataan membidas Anwar dan menggesa Ketua Pembangkang itu supaya  tidak lagi meneruskan perhimpunan bagi membantah keputusan PRU13 kerana ia dianggap sebagai suatu bentuk provokasi yang tidak diperlukan.

Nampaknya, Anwar pasti berada dalam keadaan yang tertekan kerana jelas tiada lagi barua dan boneka yang sanggup untuk menjadi kuda tunggangannya.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates