Sabtu, 4 Mei 2013

PAS adalah TIPU dan TIPU adalah PAS

Penipuan amat sinonim dengan PAS.

Penipuan agama dilakukan dengan terang-terang kepada penyokong-penyokong mereka. Negara Islam, Hudud matlamat kami, Membangun bersama Ulama dan pelbagai lagi slogan yang menonjolkan bahawa mereka memang menperjuangkan Islam. Tetapi akhirnya penyokong dtipu juga dimana PAS 4ALL pula dijadikan slogan terkini. Maka dengan sebab slogan terbaru inilah PAS di Kelantan dan Kedah tidak pernah menyentuh walau satupun perlaksanaan hukum-hukum Islam. Mereka asyik bercakap tentang keburukan orang lain.
Derma yang dipungut diceramah-ceramah tidak pernah ada pengumuman tentang kemana perginya duit tersebut. Penyokong-penyokong percaya 100% duit itu digunakan untuk parti kerana mereka dijanjikan syurga kerana berjihad. Duit entah kemana, janji berjihad untuk negera Islam, membangun bersama ulama, hudud matlamat kami entah kemana. Kini PAS 4 All menjadi pilihan PAS yang telah digunapakai oleh Israel dalam meluaskan cita-cita menaklukan dunianya.

Masukkan sedikit saja ciri Islam dalam apa saja program atau majlis, penyokong PAS akan menyokong atau bekerja kuat untuk menjayakannya.

Umrah tambang murah untuk ahli PAS adalah satu program terkini yang berjaya dilaksanakan oleh orang-orang tertentu yang tahu akan sikap penyokong-penyokong PAS ini yang amat sukakan sesuatu perkara dikaitkan dengan nama Islam.

Dikhabarkan ramai penyokong-penyokong PAS telah ditipu dengan program ini yang bakal membolehkan mereka mengerjakan Umrah dengan tambang serta perbelanjaan yan
g amat murah sehingga tidak sampai RM3000.

Maka berduyun-duyunlah penyokong-penyokong PAS membayar untuk mengerjakan umrah. Ditambah flavor sikit dengan bunyi PAS dan Islam, maka segeralah mengeluarkan semua simpanan untuk dibayar kepada penganjur.

Sepertimana mereka menunggu dan mengharap hudud matlamat kami, membangun bersama Ulama, dan pelbagai lagi slogan Islam, begitulah juga mereka menunggu hari untuk melakukan umrah. Dari minggu hingga ke bulan dan sudah hampir ke tahun, umrah masih belum boleh dilaksanakan lagi.

Kini radio buruk ini kedengaran lagi. Hudud, Islam dan semua mula dicanangkan semua. Dah dekat hari Mengundi, penyokong bakal ditipu lagi.

Sedar-sedar mereka sudah ditipu lagi. Dari pembentukan negara Islam sehinggalah ke umrah pun mereka ditipu.

Inilah nasib penyokong-penyokong PAS. ASyik kena tipu....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates