Sabtu, 4 Mei 2013

PAS daa ALASAN sangat sinonim

Sehingga kini masih tiada siapa yang bangun dari pihak PAS mempertahankan dan menjelaskan kepada rakyat tentang kegagalan PAS dalam memerintah Kedah. Masih tiada penjelasan melalui blog mahupun media menangkis pertanyaan dari rakyat mengapa masalah air berlarutan, sampah sarap yang menimbun, pelabur angkat kaki dan sebagainya. Bila ditanya senang saja mereka cuba menutupnya iaitu dengan bertanyakan di mana fakta?

Tetapi bila mereka menghentam polis, menghentam Kerajaan, menuduh BN larikan hak rakyat Kelantan terhadap isu minyak, tetapi bila dihujahkan secara terperinci dikatakan palsu. Atau habis-habis sangat untuk menjawab, di suruhnya rujuk balik Perlembagaan sedangkan apabila DAP memperlekehkan Perlembagaan, mereka hanya ikut berkompang sama. Ada yang senyap begitu sahaja. Mengapa?

PAS bukan mencerdikkan minda penyokongnya tetapi mengajar mereka untuk lebih bodoh dan kaki memutar belitkan hujah demi menegakkan sokongan.

Oh!! Patutlah mereka sehingga ke hari ini tidak menjawab isu-isu berkaitan permasalahan dan kegagalan pemerintahan PAS di Kedah. Kerana ianya tidak ada dalam Perlembagaanlah!! Lagipun masalah-masalah ini cukup ringan dan bagi mereka ianya masih jauh dari menyentuh tentang aspek ugama. Air tak ada? Itu isu remehlah. Orang dulu-dulu korek tanah buat telaga boleh hidup pun. Sampah sarap yang bertimbun? Apa susah, kaut-kaut dan bakarlah. Habis sangat pungut duit ramai-ramai kemudian bayar pada kontraktor angkut sampah.

Pelabur lari? Itu biasalah. Dah cukup tarikh yang dipersetujui. Nak buat macam mana? Perlembagaan tak sentuh pun hal pelabur!

Kenapa PAS lemah? Mana ada lemah. Baru nak masuk 5 tahun perintah. Baru lagi lah. Lagipun nak buat duit bukan senang.

Tapi ini ada satu lagi pertanyaan. Dulu sewaktu BN perintah, ahli-ahli dan penyokong PAS dapat anak setahun sekali. Anak tak bertambah lagi ni sejak PRU12. Kerja bertambah ke sakarang? Dulu boleh tambah sekarang takleh tambah ke? Sebab apa ye?

2 comments:

CucuTokJasin berkata...

halal bagi kami... haram bagi hangpa yang tak sokong Paih... Paih is nothing... they are only opportunist for certain issues! In another words Pas Are Suck!

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah guna agama untuk dapatkan Dunia masih dikatakan betul ,cukuplah , tak payah nak bahas lagi ,memang tak akan dengar nasihat .Yang hairannya ramai tok guru dipondok pengajian agama tak pernah diberi peluang untuk mengemukakan teguran /nasihat dan pandangan atas fakta sebenar yang berlaku.Yang dok berhujah hanya kepala kepala politik.Teguran Mufti pun dah tak masuk langsung,kalau masuk kanan keluar kiri , kira masuklah juga.Kalau Mufti jenama Pembangkang ,belum cakap pun dah angguk.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates