Sabtu, 4 Mei 2013

PAS dan DAP Bersekutu : Syiah dan Kristian Bersama-sama


Menariknya Syiah dan Kristian berpakat untuk menghancurkan Ahli Sunnah. Ini berlaku terang-terangan di Syria, Iran dan beberapa negara yang Syiah bertambah kuat.

Di Malaysia, DAP menjadi dalang atau ejen Kristian dalam memerangi Islam. Malah mereka didoakan dan direstui oleh pelindung-pelindung mereka di Israel (BUKAN VATICAN). Pelindung-pelindung ini adalah musush utama Islam yang sentiasa mencari peluang menghancurkan Islam dan Ahli Sunnah.
 

Jika Kelantan berkait rapa dengan Iran dan memperolehi pelbagai keistimewaan, maka tidak hairan jika unsur-unsur syiah sudah wujud dalam PAS. Unsur-unsur seperti mengkafir sesama Islam sudah wujud. Tidak boleh memakan sembelihan orang Islam dari kalangan UMNO. Malah kini apa saja yang mereka lakukan terhadapa UMNO adalah Jihad.

Bibit-bibit dan tanda-tanda itu sudah mula wujud. Malah dalam berpolitik. Banyak petanda-petanda Syiah sudah mula memasuki politik di Malaysia. Contoh terbaik ialah Mat Sabu bertanding di Parlimen yang ada sekumpulan pengikut Syiah berkubu.

Tidak hairanlah jika PAS sanggup bergabung dengan DAP dalam menentang UMNO. Apa yang berlaku di Syria dimana Syiah Bersama Kristian bergabung membunuh Ahli Sunnah.

Pakatan Syiah dan Kristian Menghancurkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Setiap hari kita melihat penderitaan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Syria yang berada dalam cengkaman kezaliman kerajaan Syiah Syria pimpinan Bashar al-Assad. Pilu tak terkira rasanya, namun hanya doa yang dapat kita panjatkan untuk mereka. Moga ALLAH s.w.t melindungi dan memberi kemenangan kepada masyarakat Sunni di sana.

Keadaan umat Islam ASWJ di sana kian melarat, apatah lagi apabila Iran bukan sekadar menyokong kekejaman tentera-tentera Bashar, malah turut membantu menghulurkan bantuan kepada pihak tentera itu. (baca di sini : http://www.voanews.com/policy/editorials/middle-east/Irans-Support-For-Assad-158957235.html)

Sokongan Syiah di Iran tidaklah menghairankan, kerana penderitaan yang sama turut berlaku ke atas masyarakat ASWJ  di Iran ketika berlakunya Revolusi Iran pimpinan Ayatullah Khomeini suatu masa dulu. Penderitaan ASWJ tersebut berterusan hingga ke hari ini termasuklah selepas Iran membantu Amerika Syarikat menjatuhkan Saddam Hussein di Iraq. Kini, umat Islam di Syria pula menjadi mangsa. Selain sokongan politik dan ketenteraan, Kerajaan Syiah Iran pimpinan Mahmoud Ahmadinejad turut menghulurkan bantuan perubatan untuk mengubati tentera Syria. (baca di sini : http://www.guardian.co.uk/world/2012/may/28/syria-army-iran-forces)

Apakah Ahmadinejad masih boleh di anggap sebagai Singa Islam? Atau adakah beliau sebenarnya Sang Singa yang menjadikan umat Sunni sebagai makanannya?

Kekejaman Bashar al-Assad dan Syiah di Syria ini turut mendapat sokongan dan dukungan dari penganut agama Kristian di sana.

Berhati-hatilah.. Mereka kini gemar mendakwa diri Alawiyyah sebagai suatu cara menyerapkan doktrin kononnya mereka keturunan Rasulullah s.a.w, pengikut dan pecinta ahlul-bait. Walhal sedemikian ramai kalangan alawiyah yang sebenar berada dalam kalangan ASWJ.

Keakraban Kristian dan Syiah amat erat sehinggakan mereka meminum arak bersama-sama!!! (baca di sini : http://www.cbsnews.com/8301-503543_162-57372175-503543/syrias-christians-stand-by-assad/)

Dalam masa yang sama, gerakan Syiah pimpinan Hassan Nasrallah dan tentera Hezbullah sedang berusaha mencari jalan untuk menghancurkan umat Islam di Lubnan.

Syiah minum arak
Dengan apa yang kita saksikan berlaku ini, serta hubungan erat Syiah dan Kristian untuk menjatuhkan ASWJ, mengapa masih ada antara kita yang menganggap kewujudan Syiah di Malaysia sebagai perkara kecil dan tidak berbahaya?

Ketahuilah saudara-saudaraku, sesungguhnya Syiah sentiasa mencari jalan dan peluang untuk menghancurkan umat Islam di Malaysia.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates