Sabtu, 4 Mei 2013

PAS Lupa Peringatan Dari Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW:
"Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (HR Bukhari)

Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

Melalui ayat di atas, Sayyid Qutb menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucap, malah iman adalah suatu hakikat yang mempunyai tugasnya, suatu amanah yang mempunyai beban tanggungjawabnya, suatu jihad yang memerlukan kesabaran dan suatu perjuangan yang memerlukan ketabahan.

Manusia tidak cukup dengan hanya berkata: "Kami telah beriman..." Mereka tidak dibiarkan membuat dakwaan seperti itu hingga terdedah kepada ujian dan membuktikan kebenaran dakwaan mereka.

Jadi, usahlah kita melihat iman itu di banner-banner yang tergantung, majlis-majlis, kopiah yang diletakkan di atas kepala. Tapi lihatlah apakah amanah yang sudah dilaksanakan, apakah beban dan tanggungjawab yang sudah dilangsaikan.
Lihatlah realiti di Kedah. Apa pelan pembangunan Islam di Kedah? Apa bentuk bantuan dan sokongan kepada rakyat Kedah, terutama pesawah dan nelayan yang merupakan sebahagian besar komposisi penduduk Kedah? Apa pula halatuju pendidikan dan kebajikan negeri? Bagaimana pula dengan langkah menangani gejala sosial yang dulu dikatakan kritikal dikalangan remaja?

Sehingga kini, Kerajaan Negeri dibawah PAS tidak mempunyai satu perancangan pun tentang perkara-perkara tunjang pemerintahan negeri yang menunjukkan ada usaha kearah "Kedah Sejahtera" sebagaimana slogan politik PAS di Kedah.

Apatah lagi, slogan Nikmat Untuk Semua tidak langsung di endahkan oleh PAS sendiri, hanya Nikmat untuk Menantu, Keluarga Terdekat dan juga Rakan-rakan politik saja yang kelihatan.

Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua hanya gah di Billboard dan juga dengan penganjuran Ekspo-ekspo yang cacamarba dan tiada matlamat untuk kebajikan rakyat, matlamatnya hanyalah untuk mempromosikan Parti PAS.

Betullah seperti apa yang diperkatakan oleh Sayyid Qutb yang menafsirkan sesungguhnya iman itu bukanlah hanya sebuah kata-kata yang diucapkan.
Cukai Hiburan naik 205%

Tidak dinafikan, dulu memang pemimpin PAS ikhlas berjanji bahawa mereka akan melaksanakan pemerintahan mengikut syariat dan dasar Iman. Mereka berjanji akan bersih, tidak tamak, tidak mementing diri, tidak gilakan wang, tiada kronisma, tiada rasuah.

Cuma ketika itu, mereka lupa firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

Ketika itu mereka mendabik dada mengaku beriman, padahal mereka belum diuji dengan kuasa dan wang. Kini nyata, mereka jauh lebih teruk daripada orang yang mereka keji dan fitnah dulu.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

umno pun serupa jugalah bila ada kuasa dulu.lupa tuhan.cakap boleh laaa.

Tanpa Nama berkata...

carilah pemimpin umno yang mesra alam sikit.kalau sombong dan ego tak payahlah.yang ada dosa masa pilihanraya dulu pun tak payahlah.lagi bertambah dosa umno dengan rakyat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates