Rabu, 22 Mei 2013

PAS punca CINA DAP naik Tocang

Selepas memerhati dan memikir secara mendalam, KedahTimes membuat keputusan yang punca sebenar 90% kaum Cina memilih untuk mengundi DAP adalah disebabkan oleh PAS. 

KedahTimes menganggap yang PKR adalah anak kepada DAP kerana didalamnya adalah mereka-mereka yang sengaja diletakkan oleh DAP untuk memecahkan undi Melayu.

Bergambar bersama aurat
Tetapi yang KedahTimes tidak boleh terima ialah PAS yang menjadi punca segala kekalutan PRU13 yang lalu.  PAS sebagai parti yang diterajui dan dianggotai oleh orang Melayu Islam sepatutnya tidak memberi ruang kepada DAP untuk memperalatkan PAS dalam memecahbelahkan kesatuan ummah Melayu Islam. Sebalik PAS membiarkan diri mereka diperalatkan oleh musuh Islam dalam memecahbelahkan umat Melayu Islam.

PRU13 membuktikan segalanya. Prestasi PAS semakin buruk tetapi DAP meraih simpati yang amat tinggi dari Cina dan sebahagian Melayu PAS yang menganggap DAP boleh ditarbiyah oleh PAS.  

PAS terlalu mengikut kemahuan DAP sehingga ramai ahli PAS lari meninggalkannya dan bersama UMNO. PAS menghalalkan segala perbuatan DAP demi katanya menghormati rakan pakatan. Biar membiarkan Islam dihina sewenang-wenangnya demi DAP.

Parah atas segala perbuatan PAS yang memperalatkan Islam demi menghalalkan perbuatan DAP terhadap orang Islam dari kalangan UMNO, PAS membiarkan diri mereka dinoda oleh Cina DAP dalam segala segi. 

Blackout 505 Kedah satu lagi bukti PAS sudah terpesong jauh dan diperalatkan oleh DAP. Komplek PAS yang sebelum ini hanya dimasuki oleh mereka yang berkopiah putih dan bertudung labuh, kini dimasuki wanita berpeha gebu dan berdada bidang.

Apakah ini tujuan PAS sebenarnya? Apakah ini yang Mahfuz dan PAS Kedah inginkan? Apakah PAS sudah menjadi liberal se liberal DAP atau PKR? Apakah PAS sudah menolak Islam?

KedahTimes berani katakan yang PAS memang menolak Islam. Ini disebabkan:
1. Memilih untuk bersama musuh Islam DAP.
2. Menolak perpaduan dengan UMNO yang juga umat Islam.
3. Redha dengan segala perbuatan maksiat yang dilakukan dengan DAP, malah bersama-sama menyertainya.
4. Islam bukan lagi matlamat PAS sebaliknya kuasa menjadi idaman mereka. Ini selari dengan hasrat Syiah yang menjadikan Kuasa sebagai salah satu dari rukun iman mereka.
5. PAS rela bersama musuh Islam dalam menghancurkan umat Islam yang lain.
6. PAS sudah terikut dengan Negara Sekular DAP
7. PAS memusuhi pemerintah Islam.
Dan pelbagai lagi perbuatan PAS yang boleh meletakkan mereka sebagai parti yang menjauhi Islam, sebaliknya PAS lebih mendekati DAP dalam menghalalkan apa saja perbuatan DAP. 

Dengan ahli yang dikatakan berilmu agama tinggi dan ahli-ahli yang sentiasa berkopiah putih, PAS menjadi penyokong kuat DAP. 

Maka dengan sebab itulah DAP semakin naik TOCANG.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates