Ahad, 19 Mei 2013

Pemilihan EXCO Kedah

KedahTimes sebenarnya selepas PRU13 sudah tidak mahu ambil peduli tentang politik Kedah. BN sudah menang dan merampas  kembali Kedah. Itu hasrat KedahTimes selepas PRU12 dulu.

KedahTimes sedang memikirkan samada untuk meneruskan blog ini atau menutup untuk selama-lamanya kerana ingin berehat dari bergelumang dengan politik. Pilihan masih terbuka.

Terkini terdengar desas desus yang beberapa orang yang KedahTimes rasakan boleh memberi impak buruk kepada UMNO Kedah dan kerajaan BN Kedah jika dilantik menjadi exco Kerajaan dibawah DMM.

Terus-terang KedahTimes katakan sudah berbunyi suara-suara ahli UMNO bawahan tentang mereka ini jika diteruskan dilantik menjadi exco.

ADUN seperti YB Tajudin, Datuk Tajul Urus dan Rawi mungkin boleh dikatakan agak senior. YB Tajudin dan YB Rawi sudah 2 penggal menjadi ADUN tetapi 2 penggal bukan menjadi kriteria penting untuk mereka dipilih menjadi EXCO. YB Tajul urus dengan rekod buruknya bakal mencetus kritikan hebat dari ahli UMNO bawahan.

Kita semua masih ingat dan terngiang-ngiang di telinga betapa Datuk Tajul Urus dan Rawi yang terang-terang menghentam TUN DR MAHATHIR satu masa dulu. Sikap tidak hormat bekas pemimpin ini amat tidak disukai rakyat terutama pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat. Mereka boleh bertukar
warna bila-bila saja.

YB Tajudin memang terkenal dengan pro KJ nya yang sehingga kini masih berasa terhutang budi dengan KJ dan KedahTimes berani katakan inilah salah seorang proksi KJ di Kedah.

Tapi kita beri peluang kepada mereka untuk membuktikan kebolehan mereka dalam melakukan kerja. Jika ada sikap mementingkan diri sendiri, kita akan bersuara.

Semoga mereka berjaya tetapi apa yang telah mereka lakukan tidak akan kami lupa.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates