Khamis, 2 Mei 2013

PERSEFAHAMAN DAP DAN PAS


Kata-kata Hadi dan LKS mengesahkan apa yang selama ini diperkatakan tentang DAP dan PAS. 

PAS dan DAP sudah hampir tiada bezanya.

DAP adalah saki baki komunis yang sekarang ini berjuang di bandar-bandar. Mereka mendapat sokongan kuat dari Singapore, Yahudi dan Kristian antarabangsa.

PAS tidak mempunyai sokongan luar sebegitu tetapi mereka bersekongkol dengan DAP. 
Boleh dikatakan baki 5% ini adalah kerana PAS tidak bersekongkol dengan negara luar. Yang lainnya sudah hampir sama dengan DAP. Negara Islam, Hudud sudah senada dengan DAP.

Pembaca sekelian, ini bermakna jika mengundi PAS anda sudah 95% mengundi DAP

1 UNDI PAS sekarang ini sudah sama dengan satu undi DAP.

Menurut Abdul Hadi dan Guan Eng, perkara itu merupakan perbezaan kecil dan tidak akan menjejaskan tujuan asal pakatan.

Perbezaan antara Pas dan DAP hanya setakat lima peratus (5%) sedangkan yang mereka bersetuju 95 peratus untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, intergriti dan demokrasi untuk semua.

Maknanya pakatan sudah ada dasar baharu iaitu 95% sama dan 5% tak sama. Alangkah terkejutnya penyokong Pas apabila yang tak sama itu adalah perjuangan negara Islam dan hudud.

Kalau baki 5% itu tentang agenda utama perjuangan parti itu, maka ia suatu pukulan yang amat memalukan kepada Pas.

Tergamak Abdul Hadi bersetuju Pas disediakan ruang yang sangat kecil bagi memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud. Apakah kerjasama seumpama ini dipersetujui ahli dan penyokong Pas?

Hakikatnya sudah jelas mungkin sukar untuk Pas melaksanakan agenda perjuangan asal mereka jika pembangkang berkuasa selepas 5 Mei ini. Ini kerana dasar itu sendiri bukan agenda utama dalam misi pakatan ke Putrajaya. Lebih-lebih lagi dasar itulah yang ditentang habis-habisan oleh DAP.

Mungkin besar adalah sukar untuk DAP memberi kerjasama kepada Pas. Apatah lagi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sebelum ini menegaskan, hukum hudud Pas tidak termasuk dalam manifesto bersama pakatan pembangkang.

Mesej persetujuan 5% itu juga menunjukkan pakatan pembangkang tidak akan sekali-kali berhasrat hendak menyokong perjuangan hudud atau sebarang konsep negara Islam Pas.

Sekali gus Pas juga tidak berhak mendakwa undi Pas bermakna undi Islam kerana undi Pas kini adalah sama dengan usaha menjunjung kerajaan pakatan yang jelas tidak mengiktiraf konsep negara Islam.

Hal ini sudah jelas dinyatakan bahawa “Pas berhak memperjuangkan konsep dan cita-cita untuk menubuhkan negara Islam secara sendiri."

Hasil perbincangan Abdul Hadi-Guan Eng itu kelmarin, pihak yang dilihat berjaya ialah Karpal Singh dan DAP. Sebab pendirian dialah perjuangan Pas tidak dipertahankan. Sementara Pas terus terkulat-kulat kena ikut kata DAP lagi.

Jelaslah, sebelum ini Pas begitu yakin perjuangan parti itu diterima DAP hanya kerana hasrat penggunaan lambang bulan ketika menjelang penamaan calon minggu lalu, sedangkan DAP pula memperjuangkan hak sama rata dalam kalangan penganut agama lain.


Walaupun secara formal pimpinan DAP dan Pas dilihat bekerjasama, namun DAP kini giat menjalankan kempen menolak Pas di peringkat akar umbi.

Pas dan DAP sejak wujud dalam gelanggang politik tanah air ini memang tidak pernah sehaluan disebabkan masing-masing berbeza ideologi, dasar dan arah tuju perjuangan.

Dengan persetujuan 5% sahaja tidak akan mengubah apa-apa.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates