Jumaat, 10 Mei 2013

PRU-11 2004 BN Paling Popular Tapi Tidak Memerintah Kelantan

Tika ini pemimpin pembangkang sibuk mempropagandakan kononnya mereka lebih berhak memerintah negara ini disebabkan meraih undi popular yang lebih tinggi, selain turut mempertikaikan kemenangan BN yang memerintah Perak dengan majoriti mudah sedangkan menurut mereka undi popular memihak kepada pembangkang.

Bertitik tolak dari polemik undi popular itu, maka ia di jadikan sebagai sandaran bahawa wujud ketidak adilan dan ketidak telusan dalam sistem pilihan raya yang didakwa mengenepikan aspirasi rakyat dan pengundi sekali gus merampas kemenangan yang kononnya memihak kepada pembangkang.

Tapi mereka lupa untuk menjelaskan Pakatan Rakyat (PR) bukannya satu entiti politik yang sah yang sehingga kini masih bergerak secara haram kerana gagal didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Oleh itu tidak wujud undi popular untuk PR melainkan sekadar undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS secara berasingan.

Lagi pun, sistem pilihan raya Malaysia bukannya berasaskan peratusan undi popular sebaliknya ia bersandarkan pilihan pengundi di sesuatu kawasan DUN yang mana jika lebih banyak kerusi DUN atau Parlimen dimenangi sesuatu parti, maka parti itulah yang memerintah negeri atau negara atau kedua-duanya.

Malah Amerika Syarikat sendiri yang menjadi kiblat politik pemimpin PR dalam hal-hal kebebasan bersuara dan demokrasi juga sedemikian kaedahnya di mana Barack Obama yang gagal memperolehi undi popular tetap berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Jika hujah di atas gagal memuaskan hati penyokong DAP, PKR dan PAS, maka eloklah masing-masing mengimbas kembali keputusan PRU 11 2004 merujuk kepada negeri Kelantan di mana walau pun BN berjaya meraih sejumlah 269, 492 undi di peringkat DUN manakala PAS, PKR dan DAP pula cuma memperolehi 261,402 undi, namun hak pemerintahan Kelantan tetap milik PAS.

Kenapa terjadi demikian rupa? Mudah saja jawapannya, ia disebabkan di peringkat DUN, PAS berjaya menguasai 24 kerusi DUN sementara BN pula hanya menang di 21 kerusi DUN yang lain, ini bermakna PAS tetap berhak memerintah Kelantan disebabkan kelebihan majoriti kerusi DUN.

Walau pun selepas itu yakni pada 2005 BN berjaya menambah satu lagi bilangan kerusi DUN melalui pilihan raya kecil dan undi popularnya bertambah, tapi disebabkan PAS masih memiliki kelebihan kerusi DUN (PAS 23 & BN 22) maka parti berlabel Islam itu kekal sebagai Kerajaan Negeri dan Menteri Besarnya tetap Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Persoalan penting sekarang, adakah selama tempoh 2004 - 2008, BN menjadikan isu undi popular untuk membangkitkan sentimen rakyat seterusnya menggerakkan himpunan atau demonstrasi bagi menumbangkan pemerintahan PAS di Kelantan? 

Tentu sekali tidak, kerana polisi BN tetap menghormati keputusan rakyat dan rata-rata pemimpin BN pula bukannya dari jenis provokator seperti Anwar Ibrahim

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates