Sabtu, 4 Mei 2013

Pulanglah Jandaku...PAS Dan UMNO Dah Bersatu..Pulanglah...(Tangisan Suami Yang Berbai'ah Talak 3)

Kita selalunya bermimpi dan ingin terus bermimpi. Mengejar sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Kita juga pastinya akan turut keliru dan terkadang kita tidak menjadi diri kita sendiri. Tetapi akan ada satu masa tatkala kita sudah kehilangan arah dan tatkala kita inginkan petunjuk yang sebenarnya kita harapkan. Maha Suci Allah yang menjadikan setiap individu itu dengan tidak sia-sia. Masing-masing memegang peranan dan mencukupi antara satu sama lain. Bezanya petunjuk itu adalah milik Allah dan Allah akan beri pada sesiapa yang ingin diberikan petunjuk.
Dan selalunya petunjuk itu adalah nikmat yang tiada tolak bandingnya kerana petunjuk itulah yang menjadikan kita adalah kita. 

Hari ini, di Jerlun, sepasang suami isteri yang telah berkahwin hampir 20 tahun telah bercerai dengan talak 3 gara-gara bai'ah yang dibuat hanya semata-mata politik. 

Di manakah lagi letaknya kewarasan kita dalam berpolitik? Hari ini, esok dan lusa, mungkin kita berkeras dan berbangga dengan apa yang kita yakini dan taksubi. Dan kita mungkin berpuashati malah boleh ketawa berdekah-dekah apabila calon serta parti yang kita bawa menang dan terasa bai'ah yang kita lakukan adalah sangat-sangat berbaloi.

Berbaloi hanya untuk satu jangka masa yang sangat pendek. Kita suka pada waktu siang tetapi apabila tiba malam hari, bila kita melihat ke dapur, bila kita lihat ke baju dalam almari, bila kita lihat pada katil..akan ada satu rasa dalam hati yang menjentik. 

20 tahun berkecai dalam jangka masa 15 hari tempoh berkempen. Segala kenangan manis, senyuaman dan gelak tawa isteri walaupun berbeza parti sudah tiada.

Malam itu akan berlalu mungkin sekejap cuma penyesalan tetapi penyesalan yang pastinya akan mencekak leher sehingga ke akhir hayat apabila kita sakit dan kesihatan badan sudah semakin merosot.

Adakah satu hari PAS dan UMNO akan berbaik semula? Dan jika berbaik adakah hukum Allah SWT iaitu bercerai talak 3 boleh kembali bersatu apabila PAS dan UMNO bergabung?

Begitu senang PAS mempermainkan perasaan dan sentimen ahlinya. Hanya kerana undi maka bersedialah kita untuk bergolok bergadai waima seorang isteri mahupun suami.

Pilihlah calonmu wahai ahli PAS. Pangkahlah calonmu walaupun isteri kamu menjadi perjudian kerana bai'ah yang kamu lakukan. Isterimu membasuh pinggan untukmu dengan air yang kotor. Dia ingin menjaga kesihatanmu dan anak-anak kamu lalu dia bertekad untuk mengubah keadaan untuk kamu dan keluarga ke arah lebih baik.


Tetapi kamu lebih sayangkan parti kamu. Biarkan..Kerana mungkin kamu sendiri sudah menanam niat, jika isteri sudah tercerai maka yang menjadi cina buta adalah calon parti kamu. Ah!! Alangkah indahnya PAS.

Selamat mengundi PAS dan hilang isteri..Tersenyum tok guru...

Wak Nyior Kering

p/s : Malam ini Wak tersedar dari mimpi. Menjadi diri Wak yang sebenar adalah yang terbaik. Alhamdulillah..Syukur padaMu Ya Allah kerana Wak sedar politik memang penting tetapi keluarga adalah bernombor wahid.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pas memang bodoh

wania berkata...

Dlm keadaan negara hampir tgadai...lupakanlah segala dendam lalu. Perlu ada usaha serius ke arah penyatuan Pas & Umno.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates