Selasa, 28 Mei 2013

SATUKAN SEKOLAH DAHULU, BARU BENTUK SATU PARTI

KedahTimes merasakan cadangan penggabungan semua parti menjadi satu parti berbilang kaum adalah satu kerja yang TIDAK bijak.

Soalan pertama yang timbul ialah apakah BARISAN NASIONAL bukan penggabungan semua parti berbilang kaum menjadi satu komponen? Malah BARISAN NASIONAL berdaftar menggunakan lambang sendiri semasa pilihanraya. Apakah selama ini BARISAN NASIONAL hanya pakatan seronok-seronok semasa pilihanraya?

Seterusnya apabila berlaku penggabungan, dimanakah orang Melayu akan bernaung. Jika CIna ada DAP, Melayu hanya akan ada PAS. Tetapi PAS lebih condong bersama DAP dan PKR yang terang-terang ingin menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam.

Jika terlalu ingin sangat Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum bersatu, permulaan paling baik ialah satu sekolah. Disanalah bermula pendidikan yang bakal menentukan keadaan kesatuan rakyat Malaysia. 

Secara radikal, patutnya diseru supaya hanya ada satu jenis sekolah sahaja di Malaysia. Disinilah bermula satu bangsa Malaysia, bukannya pelbagai bangsa.

Di Singapura, Thailan, Filipina dan Indonesia tidak PERNAH wujud sekolah yang belainan untuk kaum yang berlainan. Inilah yang peliknya. APAKAH penyatuan kaum boleh berlaku di Malaysia kalau masing-masing kaum ingin mempunyai sekolah sendiri, universiti sendiri dan pelbagai lagi?

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, janganlah terlalu terikut dengan seruan penyatuan parti ini kerana kita tidak BERJAYA pun untuk mengadakan satu jenis sekolah yang boleh menyatukan budak-budak. Inikan nak menyatukan orang-orang tua yang ada pelbagai idea dan keinginan besar.

Sudahlah, jangan berbohong kepada rakyat tentang penyatuan ini. Jika ikhlas satukan sekolah-sekolah yang wujud di Malaysia ini.

Pemimpin BN sambut baik cadangan penggabungan semua parti 



PETALING JAYA, 26 Mei : Pemimpin Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan idea penggabungan semua parti komponen menjadi sebuah parti tunggal berbilang kaum.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ia adalah idea yang baik tetapi perkara itu perlu dikaji dengan teliti sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Katanya beliau telah membangkitkan idea itu dalam parti dua tahun lalu tetapi sambutan tidak begitu baik maka, terutamanya di kalangan ahli-ahli veteran.

Dr Chua berkata, pihaknya menjalankan kajian dalam talian mengenai isu itu secara senyap, juga dalam parti dan hasilnya adalah sama.

Satu cadangan untuk menukar MCA kepada parti berbilang kaum telah dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat baru-baru ini dan Dr Chua telah mengarahkan satu pasukan untuk mengkaji perkara itu.

Ketua Penerangan MIC Wilayah Persekutuan Anbumani Balan menyokong cadangan untuk menamakan gabungan parti sebagai Barisan Malaysia atau Parti 1Malaysia.

“1Malaysia mencerminkan perpaduan rakyat Malaysia daripada semua kaum,” katanya, sambil menambah gabungan yang baru mesti membenarkan keahlian secara langsung manakala parti-parti kecil harus mempertimbangkan untuk bekerja bersama-sama dalam program kerjasama atau penggabungan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata penggabungan semua parti komponen menjadi parti tunggal adalah idea yang sangat baik tetapi ia boleh menjadi sukar.

“Akan ada banyak rintangan. Tetapi saya menyokongnya dan untuk itu kita harus sekurang-kurangnya berbincang,” katanya.

Beliau juga menyokong idea untuk membolehkan keahlian langsung dalam parti tunggal yang baru.

“Parti-parti komponen boleh meneruskannya manakala ahli-ahli baru boleh dimasukkan ke dalam Barisan secara langsung, tanpa perlu menyertai mana-mana pihak tertentu,” katanya.

Selain itu, ahli-ahli sedia ada parti-parti komponen harus dibenarkan untuk terus menjadi ahli BN kata Saifuddin.

“Mereka boleh memilih untuk kekal dalam parti masing-masing dan memegang dua keahlian,” kata beliau.

Beliau berkata ini akan membawa kesan yang positif kerana ramai yang meninggalkan politik berasaskan kaum untuk “keperluan berasaskan” politik.

Biro Pengaduan Awam Pemuda Umno, Datuk Muhd ​​Khairun Aseh bagaimanapun, berkata adalah terlalu awal untuk membincangkan isu ini.

“Kita tidak perlu tergesa-gesa membuat apa-apa keputusan kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum membincangkan isu ini,” katanya – Mstar Online

Penasihat DAP Lim Kit Siang menyatakan sokongan beliau agar semua parti berasaskan kaum dimansuhkan, sambil berkata ini adalah apa yang rakyat mahu.

Beliau juga mencadangkan supaya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat yang akan datang daripada badan-badan yang membuat dasar Umno, MCA dan MIC.

ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sekolah SJK dah terang-terangan bawa budaya kebencian atau anti pada bangsa melayu , contoh kat Taiwan tu , asalnya dari SJK la tu

Tak ada masaalah SK , bawa je subjek bahasa cina ke Tamil ke yg mana budak melayu boleh turut serta

Kami pada tahun 70an dulu pelajar cina siap belajar subjek agama , sampai boleh baca jawi lagi apa , tak da hal pun , tak masuk islam pun sampai hari ni

bukan hapus , tukar je sekolah tu jadi SK yang mana subjek sama dengan SK cuma tambahan subjek basaha cina atau tamil

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates