Khamis, 2 Mei 2013

Surat Terbuka Untuk Semua


Surat Terbuka Kepada Orang Melayu & Islam Pulau Pinang 

Selepas Kerajaan Pulau Pinang diambil alih oleh DAP pada tahun 2008, dalam perjalanan melalui projek pembinaan kondominium mewah di Batu Ferringhi, saya ternampak papantanda bertulis ‘untuk bukan bumiputera sahaja’.  Amat menyedihkan melihat papantanda demikian kerana sekian lama DAP menganjurkan slogan ‘Malaysian Malaysia’. Jika ini benar seperti dikatakan, pastinya papantanda demikian berbunyi ‘untuk semua rakyat Malaysia’.  Saya tidak pasti sama ada orang-orang Melayu di Pulau Pinang sedar atau tidak tetapi apa yang berlaku secara rahsia tidak sukar dibaca.

‘Pembersihan etnik’ secara ekonomi

Rumah dan kondominium mewah atau berharga tinggi diutamakan. Hanya orang-orang Cina, yang menguasai ekonomi dan lebih mampu membeli rumah-rumah dan kondominium yang bernilai ratusan ribu. Rumah mampu milik tidak pula kedengaran dibina oleh Kerajaan Negeri. Orang-orang Melayu dan India terpaksa berhijrah ke luar Pulau Pinang dan secara tidak langsung mengurangkan jumlah pengundi Melayu. Dengan cara ini, satu bentuk ‘pembersihan etnik’ secara ekonomi pun berlaku di mana yang tinggal hanyalah pengundi yang majoritinya orang-orang Cina. Pulau Pinang akan menjadi ‘Pulau Cina’ dan semua kepentingan diutamakan untuk orang Cina. Mekanisme yang serupa berlaku di Singapura menyebabkan orang Melayu berpindah kawasan. Diketahui ramai bahawa mentor Lim Guan Eng adalah Lee Kuan Yew. Penasihat keselamatan di Singapura pula adalah Yahudi. Dalam keadaan orang-orang Cina bersatu untuk memastikan dominasi mereka di Pulau Pinang, adalah kerugian besar bagi orang-orang Melayu dan Islam tidak bersatu bagi mempunyai sedikit imbangan kuasa.


Pemberian Melayu kepada orang Cina

Orang Melayu telah memberikan banyak kepada orang-orang Cina hinggakan semasa merdeka 1 juta orang CIna mendapat kerakyatan segera. Orang Melayu juga menjayakan apa sahaja perniagaan orang-orang Cina dengan menjadi pelanggan setia mereka hinggakan jika berkunjung ke mana-mana pasaraya utama di Malaysia 99% pemilik perniagaan adalah orang Cina. Ungkapan ‘Malaysian Malaysia’ hanyalah permainan kata-kata semata-mata. Hakikatnya apabila tiada sokongan diberi kepada orang Melayu, keuntungan akan diperolehi oleh orang-orang Cina yang sudah memiliki rangkaian dan kemahiran berniaga. Maka yang tinggal adalah deskripsi stereotaip masyarakat Malaysia yang mana yang kaya hanyalah orang Cina dan yang kecundang dan tidak Berjaya adalah orang Melayu. Semasa merdeka, setelah memberikan dominasi ekonomi dan professional kepada orang-orang Cina, peruntukan perlembagaan memberikan sedikit hak keistimewaan kepada orang Melayu semata-mata untuk membantu untuk memperbaiki taraf hidup supaya tidak kekal miskin dan hina walaupun menjadi orang peribumi di negeri sendiri.

Budi & Keterbukaan orang Melayu

Keterbukaan orang Melayu juga menerima asimilasi orang bukan Melayu yang mengamalkan budaya dan agama orang Melayu secara automatik diterima sebagai orang Melayu.  Hak istimewa peribumi dan orang Melayu dalam Perlembagaaan  Persekutan hanyalah sedikit insentif untuk menggalakkan asimilasi dan perkongsian genetik di antara orang Melayu dan bukan Melayu. Anak-anak mereka secara automatik
memperoleh keistimewaan Melayu. Malahan orang Melayu kini berusaha keras dalam kerjaya, bidang profesional dan perniagaan atas merit sendiri. Kejayaan mereka banyak bergantung kepada usaha mereka sendiri dan mereka kini mengajar anak-anak mereka untuk berusaha keras. Dalam perniagaan pun orang-orang Melayu kini berusaha keras mempelajari selok belok perniagaan atas usaha sendiri. Golongan profesional Melayu adalah setanding dengan orang-orang bukan Melayu dan kebanyakan mereka wujud dari dasar ekonomi baru yang ditentang DAP. Begitupun, mereka menjadi pelanggan yang berkuasa beli tinggi bagi orang-orang Cina yang mendominasi perniagaan. Perjalanan masih jauh dan orang-orang Melayu masih berusaha sedaya upaya tanpa menindas golongan lain. Namun apabila kuasa hilang dari tangan orang Melayu, jarak ini semakin jauh.

 Survival orang Melayu dan Islam

Orang Melayu harus bekerja keras bagi survival mereka.  Dan cara yang paling mudah untuk membenarkan survival mereka musnah adalah dengan berpecah dan mengundi orang-orang Cina atau mereka yang berpakatan bersama mereka dalam pilihanraya. Mereka harus bijak mengenalpasti pemimpin Melayu dan Islam yang hanya mahukan kuasa tetapi hakikatnya tidak menguntungkan orang Melayu. Dengan cara ini, amat mudah bagi mereka meneruskan agenda mereka dengan meminggirkan orang-orang Melayu umpama ‘pembersihan etnik’. Bukalah mata seluas-luasnya dan fikirkan pilihan anda dan kesannya kepada anak dan cucu anda pada masa hadapan. Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah model Malaysia pada masa hadapan dan amat sedih jika ‘Malaysian Malaysia’ bermaksud orang Cina berjaya dan kaya manakala orang Melayu miskin dan hina. Jika ini yang berlaku di Malaysia maka semuanya bermula dari tangan anda yang membuat pilihan pemberian kuasa kepada mereka.

Tulis oleh : Dr Rakyat

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates