Sabtu, 4 Mei 2013

Syiah dalam PAS?


Semenjak kebelakangan ini, pengaruh ajaran sesat Syiah Imamiyyah / Ja'fariyyah yang berpusat di Iran semakin berkembang di negara ini. Padahal ajaran itu sudah difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertentangan dengan amalan di Malaysia yang berpandukan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Hasil penyelidikan, markas Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi markas ini, fahaman Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan oleh JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Hasilnya, lahirlah beberapa tokoh profesional Syiah di kalangan keluarga berpengaruh, pensyarah agama, kelompok profesional, pakar perubatan sehinggalah golongan guru termasuk guru agama sekolah

Pada hari ini, gerakan menyebarkan fahaman Syiah ini bergerak secara terang-terangan berikutan pertambahan 'ahli' mereka yang kini melebihi 20,000 orang. JAKIM mendedahkan terdapat usaha mengedarkan buku-buku dan risalah-risalah ke seluruh negara. Setiap bungkusan pengedaran bahan terbitan tersebut disertakan cap pengirim atas nama Majlis Syiah Malaysia yang beralamat di Johor. Sungguh berani mereka ini! Tambahan, kehadiran pendatang asing dari negara Arab dan Afrika telah menguatkan lagi penyebaran fahaman ini.

Seharusnya JAKIM, Jabatan Agama Negeri, pihak berkuasa bersama-sama Kementerian Dalam Negeri dan juga semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang fahaman politik perlu bekerjasama dalam menangani penyebaran ajaran Syiah ini

Bermacam-macam ancaman kepada umat Islam di Malaysia, tapi orang kita masih tak tahu.. atau kita buat-buat tak tahu, atau memang tak nak amik tahu?

KedahTimes bawa video ini untuk kita semua fahami siapa, apa dan kenapa wujud syiah. Ianya sekarang menular di Malaysia dan telah mula memasuki arena politik Malaysia. 

Terkini di Pendang dimana timbalan PResiden PAS yang sudah dikenali sebagai pendokong atau pemuja syiah di Iran dan Lebanon.

Kita hayati video-video dibawah dan dalam artikel seterusnya KedahTimes akan tunjukkan bibit-bibit syiah yang sedang dibawa oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS. Video-video yang agak panjang tetapi sabarlah kerana dengan kesabaran ini kita dapat mengenali siapa mereka dan bagaimana mereka mula mengembangkan ajaran mereka di Malaysia.



0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates