Khamis, 9 Mei 2013

Terima Kasih Rakyat Kedah! Yang Berani Berubah.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Kedah yang terus menyokong Barisan Nasional dan Umno menerajui Negara bertuah ini, malah berani berubah, menukar kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional.

Kematangan politik orang Kedah terbukti tidak dipengaruhi sentimen ketaksuban melampau, sebaliknya berlandaskan fakta dan kajian yang bijaksana.

Hanya Kedah satu satunya negeri yang berani berubah. Hebat!
Kedah Darulaman

Kepada yang menyokong PAS, tidak ada salahnya jika tujuannya suci. Namun kami percaya, dalam diam-diam orang PAS, sokongan diberikan kepada BN dan Dato' Mukhriz sebagai calon MB Kedah.
 
Kami percaya, bukan mudah menentang arus persepsi bikinan Anwar dan DAP, sehingga ramai yang masih tidak percaya dan mampu menerima realiti bahawa PRU sudah tamat, BN telah menang dan sekarang adalah masa untuk bekerja.

Orang Kedah Benci Anarkis
Ingatlah, pilihanraya adalah untuk memilih kerajaan, dan apabila kerajaan sudah dipilih, wajib ia diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya. Itulah asas yang perlu diakur dalam demokrasi yang dilaungkan siang dan malam sebelum ini.

PR juga diberi peluang mentadbir 3 negeri, jadi gunakanlah peluang ini untuk membuktikan bahawa PR layak diberi mandat untuk memerintah negara, dan bukan memulakan hari baru dengan demonstrasi jalanan yang tidak berkesudahan.

Apa pun, tahniah orang Kedah!

Kedahtimes:
Kami mendoakan agar Mantan MB Ustaz Azizan sembuh dan diberikan kesihatan yang baik, jasa Dato' Seri tetap di Kenang. Pulau pandan jauh ketengah, Gunung daik bercabang tiga..

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

mahadi ismail tu bengong ke apa. Bodoh tak bertempat bengong tak sudah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates