Selasa, 21 Mei 2013

TERKINI : HIMPUNAN 505 KEDAH

Perhimpunan ini akan diadakan di Puncak Bukit di kawasan tadahan air Pedu pada malam ini. Semua yang berminat untuk menanam semula pokok-pokok bolehlah datang ke sana.

Hadirin ke hormat ialah Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Mereka akan memulakan ucapan dengan menyeru semua rakyat menanam semula pokok-pokok yang ditebang di situ.


ADUN-ADUN dan MP dari PAS, PKR dan DAP dari Kedah dan Perlis akan bersama malam ini di Puncak Pedu.

Sebagai hadiah kepada rakyat mereka akan meletak jawatan sebagai ADUN dan MP kerana tidak setuju dengan kemenangan yang mereka perolehi. Apa yang mereka dambakan ialah KEKALAHAN.

Jadi beramai-ramailah ke Pedu malam ini kerana 505 akan diadakan disana. Mohon war-warkan kepada yang berminat kerana ADUN dan MP akan beri hadiah istimewa dengan meletak jawatan sebagai ADUN dan MP.

DIUBAH VENUE ke KAWASAN TADAHAN AIR PEDU

KEDAH 21 MEI: Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut telah berpindah ke kawasan tadahan air Pedu.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Upacara menanam pokok-pokok yang telah ditebang akan dimulakan oleh Mahfuz dan Anwar Ibrahim.

Tapak sedang dibersihkan untuk tempat
berhimpun
Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis yang akan mengistiharkan meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan kemenangan mereka.

Orang ramai yang berkelapangan diajak turut serta pada Himpunan Black 505 malam ini di Pedu.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pas sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan

Share This
Inilah PAS cakap tak serupa bikin, rakyat boleh fikir sendirilah.

Pas dan DAP menolak usaha pihak-pihak tertentu termasuklah kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan secara kekerasan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan
huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Katanya, Pas akan terus menegakkan keadilan, tetapi dengan cara demokratik mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan.

“Pas sama sekali menolak pendekatan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan kerana pendekatan itu amat serius. Malah kita sedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

“Perjuangan dalam Pas tiada keganasan sebab itu kita tolak sekeras-kerasnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan Umno (ABU) baru-baru ini yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses PRU13 baru-baru ini tidak telus.

Sementara itu, Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, parti itu sentiasa mengamalkan cara keamanan dan tidak akan terlibat dan menyokong usaha mencetuskan huru-hara
Baca dan faham-fahamkanlah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates