Selasa, 21 Mei 2013

'Tsunami Cina' satu malapetaka untuk masyarakat Cina


Insiden "Tsunami Cina" yang menjadi topik hangat selepas keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) pada 5 Mei lalu hanya akan menjadi malapetaka buat masyarakat Cina kata Mursyidul Am TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim).

Zahid Mat Arip berkata, disebabkan masyarakat Cina membenarkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ‘meliwat’ pemikiran mereka, komuniti itu akan berdepan dengan masalah besar kerana telah menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memilih untuk bersama pakatan pembangkang (PR).
 
Anwar jelasnya telah mengambil kesempatan terhadap pengundi Cina dan mempergunakan pemikiran mereka untuk menghasut dan membenci kerajaan yang selama ini berkhidmat untuk mereka. Tambahnya lagi, peranan yang dimainkan penasihat DAP Lim Kit Siang, dan kepimpinan pembangkang juga menyebabkan pengundi Cina "terpengaruh" dan menolak kerajaan BN yang menjanjikan kemakmuran bersama.

Tindakan Anwar, Kit Siang, dan pemimpin PR yang menyemarakkan api perkauman dalam ceramah mereka di serata negara jelasnya bakal ‘memakan diri’ pengundi Cina kerana api perkauman yang dimainkan mereka akan memusnahkan kerjasama masyarakat Malaysia yang selama ini berpegang teguh kepada kebersamaan dalam pentadbiran.

Mengikut telunjuk Anwar juga jelasnya amat merugikan masyarakat Cina kerana Anwar hanya ingin memperjudikan nasib negara demi cita-citanya untuk menjadi perdana menteri, malah dilihat tidak ikhlas untuk membantu komuniti tersebut.

Pengundi muda  berbangsa Cina jelasnya terikut-ikut budaya politik kebencian dan perkauman yang dimainkan Anwar, yang mana akan memberikan kesan langsung yang negatif kepada pembangunan negara.

Malaysia dibangunkan dan dimajukan atas kesepakatan tiga kaum terbesar, maka secara tidak langsung, tanpa penglibatan terus masyarakat Cina, pembangunan negara yang direncanakan kerajaan tidak akan dapat dilaksanakan secara seimbang.

Ia diburukkan lagi dengan "kehilangan" pemimpin parti komponen BN, MCA dalam Kabinet yang dibentuk. Masyarakat Cina kini mempunyai suara terhad dalam pentadbiran yang sekali gus menyaksikan kesukaran untuk kerajaan melaksanakan program-program terhadap komuniti kedua terbesar negara.

Tsunami Cina juga telah mengubah landskap politik tanah air sehingga menyebabkan pemimpin PR mengambil kesempatan atas apa yang berlaku dalam ceramah-ceramah menolak keputusan PRU 13. Mereka mengatakan ianya adalah Tsunami Rakyat Malaysia, namun jelas dilihat apabila undi untuk Umno semakin meningkat dalam kalangan orang Melayu.

Mereka juga terus-terusan menjadikan Tsunami Cina sebagai bahan kempen untuk ceramah dan menghasut rakyat konon-kononnya kerajaan BN bersifat perkauman dan rasis, sedangkan mereka sebenarnya telah menyemarakkan api kebencian masyarakat Malaysia sesama sendiri.

Apabila api perkauman itu tidak dapat dibendung, maka negara yang aman ini sudah pasti akan bergolak, dan kemudiannya segala aktiviti perniagaan tidak akan dapat dilaksanakan, yang mana merupakan sumber pendapatan kebanyakan komuniti Cina di Malaysia.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

PAS menang banyak kat Selangor tapi tak berani nak mintak tugas MB....menyesal sungguh aku bagi undi kat PAS .

zethro berkata...

Nak ajar puak2 Cina chauvinist ni senang je. Aku cadangkan menteri yg berkenaan umumkan satu peluang di mana sesape yg tak boleh terima dan iktiraf perlembagaan negara Malaysia boleh tukar kerakyatan dgn Singapork. Sebelum tu, PM Najib dah gi jumpe PM Singapork usulkan supaya mana2 Melayu yg takmo dok kat Singapork bole tukar kerakyatan ngan Cina2 chauvinist ni.

Melayu Singapore adela dlm 600,000++ org. Let's say separuh(300,000) drp dorang nak masuk sini, ganti ngan 300,000 org Cina chauvinist Malaysia. Pergh, aku rase DAPigs kecut telur terus.

Tanpa Nama berkata...

Bagi yang berinternet ok lah dapat mesej BBC ni.
Untuk rakyat yang tak guna internet macam pakcik makcik perlu ada usaha untuk menyampaikan mesej BBC ni.

Bagi sesedara yang bergiat dalam NGO harap ada usaha keluarkan fliers/banner/ dll agar mesej sampai kesemua lapisan.

Just my thought dan semoga diberkati ALLAH usaha fardhu kifayah ini.
AMIN

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates