Rabu, 22 Mei 2013

Tun Dr Mahathir - Perjuangan Yang belum selesai

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sering menjadikan negara timur tengah sebagai contoh sepanjang ceramah jelajah yang dilakukan, kerana dikatakan mempunyai rakyat yang berani untuk melalui gerakan ‘arab spring’. Malah nama mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga seakan tidak lepas dari bibirnya apabila sering dihina dan dicerca dengan pelbagai kata-kata nista bagi mewujudkan sentimen kebencian rakyat.
 
Namun di sebalik kejian dan cacian itu, umum mengetahui dan maklum mengenai jasa Tun Mahathir sepanjang 22 tahun mengurus tadbir negara. Malah beliau juga merupakan tokoh yang berjaya membuka mata dunia untuk memandang Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berjaya berkembang maju pesat menandingi negara-negara mundur yang lain.

Dengan usaha yang dijalankannya, sudah pasti tidak semua yang senang dengan cara beliau yang mengamalkan ketegasan dan disiplin yang tinggi. Namun, dengan sikapnya yang tegas dan berdisiplin itulah beliau berjaya mengangkat taraf hidup dan memberi kesenangan kepada penduduk sejagat di negara ini. 

Tidak menumpukan perkembangan ekonomi dan kemajuan negara sahaja, Tun Mahathir turut bertanggungjawab membawa naik nama Islam negara ini dan sekali gus menjadikannya sebagai tokoh Islam yang disegani dunia. 

Oleh kerana itu, sehingga kini ramai yang mengagumi jasa dan ketegasan beliau ketika memerintah negara. Baru-baru ini, cara kepimpinan dan pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Tun Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab. Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri. Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih juga gagal untuk distabilkan baik dari segi ekonomi mahupun politik. 

Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin telah menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia untuk memberikan pandangan mereka dan cadangan agar negara yang sedang bergolak itu kembali pulih seperti sedia kala.

Pada Ahad yang lepas, Tun Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia telah dijemput untuk berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.

Persidangan tersebut mendapat liputan luar biasa oleh media bukan sahaja dari Mesir bahkan dari seluruh dunia Arab. Dalam ucapannya Dr Mahathir mengajak kerajaan baharu Mesir mencontohi pengalaman Malaysia sebagai model dalam memacu kemajuan ekonomi di negara ini.

Secara jujurnya, beliau merupakan satu aset yang berharga buat negara kerana beliau mempunyai satu tahap pemikiran yang menjangkaui ke hadapan. Dengan mempunyai tokoh sebegini, rakyat seharusnya lebih bersyukur dan berterima kasih di atas apa yang berjaya di kecapi sekarang. 

Sedangkan negara luar berebut untuk mendapatkan Tun Mahathir, tak mungkin kita di negara ini hanya mampu melihat dan membiarkan tokoh ilmuwan kita itu dibawa pergi. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membawa Malaysia sehingga ke tahap ini.
 
Kesimpulan yang ingin disampaikan ialah, gerakan ‘arab spring’ yang sering menjadi kebanggaan Anwar bukanlah satu model yang terbaik untuk dicontohi oleh rakyat. Ia bukan sahaja menyebabkan ekonomi negara musnah namun turut menyebabkan rakyat menjadi mangsa dan menanggung akibat yang buruk.

Kedua, walaupun Anwar cuba memburukkan Tun Dr Mahathir sebagai negarawan, namun masyarakat dunia nyata begitu menghargai tokoh yang sering dihina dan dicerca ini. Fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates