Selasa, 28 Mei 2013

UMNO Tunggak Pemerintahan Malaysia

KedahTimes merasakan yang Kerajaan sekarang tidak perlulah didesak supaya melaksanakan agenda Bumiputera dan perpaduan kaum.

Jika didesak, nampak sangat kerajaan tidak menghormati mandat yang diberikan oleh Melayu, bumiputera dan India.

Majoriti kerusi Parlimen dimenangi UMNO yang ahli-ahlinya terdiri dari Melayu, Siam dan bumiputera Sabah. Apa lagi yang hendak dubuktikan. Semua sudah tahu yang Kerajaan yang dipilih sekarang adalah kerajaan berteraskan Melayu dan Bumiputera.

MAKA AGENDA MELAYU dan BUMIPUTERA perlu dipertingkatkan, disamping tidak lupa kepada kaum India yang sedia bersama dalam arus pemerintahan.

Lupakan mereka yang diberi pelbagai kemudahan dan peluang tetapi tidak ingin bersama arus perdana pemerintahan. Mereka lebih inginkan KUASA memerintah.
Walaupun PERKASA akan mendesak tetapi KedahTimes anggap Kerajaan perlu melaksanakan agenda ini tanpa desakan atau suruhan mana-mana pihak.

Mandat Melayu, Bumiputera dan India telah diberikan untuk kerajaan laksanakan program-program berkaitan.

Perkasa akan mendesak untuk mendapatkan 60 peratus sasaran ekuiti Bumiputera dan kuota untuk kemasukkan di universiti tempatan, sekali ganda dari kuota 30 peratus sekarang, kata pemangku presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Abu Bakar.

Abd Rahman mengatakan, Barisan Nasional (BN) telah mendapat peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei, menyatakan Umno mendapat 88 daripada 133 kerusi Parlimen gabungan pemerintah itu, meningkat berbanding 79 kerusi dari 140 dimenangi BN pada Pilihan Raya 2008.

“Kita tidak meminta sesuatu yang tidak realistik,” kata Abd Rahman (gambar)dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider, membangkitkan Bumiputera adalah 67 peratus daripada populasi.

“Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu,” tambah timbalan presiden Perkasa, merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan kemenangan lebih besar kepada Umno.
Abd Rahman walau bagaimanapun, mengatakan Cina sebagai tidak menghargai kerajaan dengan menolak BN dalam pilihan raya umum ke 13, walaupun analisis awal menunjukkan kelas menengah dan pengundi bandar telah menyokong Pakatan Rakyat (PR) tanpa mengira kaum.

“Jangan mencurah air di daun keladi,” katanya memetik pepatah Melayu merujuk kepada “pembaziran” usaha kerajaan BN untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina.

Tuntutan Perkasa meningkatkan kuota kaum akan menyebabkan kesukaran usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melakukan reformasi dan menamatkan polisi berdasarkan kaum bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

Malaysia baru-baru ini merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 4.1 peratus dalam suku pertama tahun ini, pertumbuhan paling rendah semenjak suku ketiga pada 2009, lebih rendah berbanding 5.5 peratus disasarkan oleh ahli ekonomi.

Apabila Najib mula-mula mengambil alih kuasa pada 2009, beliau mengumumkan pelan reformasi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan ketelusan dan menamatkan polisi afirmatif pro-Bumiputera.
Akan tetapi impian Najib telah ditolak untuk kumpulan hak asasi Melayu dan golongan konservatif dalam Umno. Beliau masih lagi belum berani dengan langkah besar untuk menamatkan hak keistimewaan berasaskan etnik — dilihat memberikan manfaat kepada elit Melayu berbanding majoriti yang miskin.

Abd Rahman juga mengatakan syarikat Bumiputera seharusnya diberikan keutamaan dalam projek mega kerajaan dan mendesak agar Kementerian Pembangunan Usahawan perlu dihidupkan semula untuk membantu peniaga Melayu.

Beliau menambah universiti awam seharusnya menyediakan 60 peratus kuota kemasukan untuk Melayu dan Bumiputera lain.

Abd Rahman juga mengatakan kerajaan seharusnya berhenti memberikan dana atau tanah untuk sekolah Cina dan Tamil, selain mengurangkan kemasukkan mereka ke universiti awam dan biasiswa kerajaan untuk pelajar dari sekolah kebangsaan.

“Kita juga mahukan pelajar Melayu dan Bumiputera diberikan biasiswa penuh,” katanya.

“Kerajaan harus pertimbangkan untuk meneruskan Sekolah Wawasan… mereka mempromosikan perpaduan,” tambah timbalan presiden Perkasa itu.

Abd Rahman juga meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menukar pinjaman mereka kepada biasiswa bagi pelajar Bumiputera yang mendapat gred 2.5 keatas dalam ijazah mereka.

Abd Rahman menegaskan beliau bukan “rasis”, mengatakan Perkasa hanya memperjuangkan hak Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kumpulan lobi Melayu itu dinaungi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mempunyai 407,000 ahli di seluruh Malaysia.

Abd Rahman mengatakan Perkasa mensasarkan untuk meningkatkan keahlian mereka kepada sejuta orang akhir tahun ini selepas pemilihan Perkasa pada September.

“Bumiputera seharusnya diberikan keutamaan di negara ini,” katanya.


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates