Khamis, 20 Jun 2013

Ambil balik jer Pulau Pinang tuuu

KedahTimes cadangkan kepada Kerajaan Negeri Kedah supaya tuntut kembali Pulau Pinang kepada kerajaan Kedah, jika tuntutan caj air mereka tidak mahu bayar.

Pulau Pinang dan Seberang Perai diserah kepada Bristih dengan bayaran royalti PAJAKAN masing-masing RM6,000 dan RM4,000 sahaja.

Pertama, ianya pajakan yang bila-bila masa tuanpunya boleh ambil balik.

Kedua, sewa sebuah rumah di Pulau Pinang pun RM1,000 ke RM2,000 sebulan, takkan royalti pajakan sebuah pulau dan tanah selua Seberang Perai hanya RM10,00 Setahun. Tak logik langsung.

Rasanya inilah langkah terbaik kerajaan Negeri Kedah jika Pulau Pinang masih berdegil untuk tidak membayar caj air. Selain saranan yang diberikan sebelum ini.


Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang

ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.


Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.


ads

7 comments:

Ahmad Azhar berkata...

cadang kedah ambil balik penang termasuk seberang perai atau kerajaan persekutuan isytihar sebagai wilayah persekutuan. ah jib gor mesti berani

Tanpa Nama berkata...

Ambil balik!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau ambil pun,susah nak halau geng-geng sepet ni,pakar putar-belit,pening juga.

banggoi petai berkata...

tak payah ambik. .. hak tuan tanah pajakan untuk naikkan sewa pajakan. . pajak ja 100 juta setahun untuk seberang perai. . sebelah pulau 200 juta. . takmau bayaq kalu kita stop ayaqq. .. lepas sempadan sg muda kedah kita tuang minyak hitam bagi depa jenuh tapisss. .. ayaq ayaq dari bendang sempadan kedah penang kita lepah masuk segala paraquat p belah depa. .. jenuh rawat laaa baru tokong Eng caiiiiii

Nizar Jat berkata...

Ambik ja balik,

Tanpa Nama berkata...

amik ja blik..sokong 100%

hafizulhadi rahim berkata...

Ambik balik nak jadi rakyat kedah plak. Ble senang nk p siam

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates