Jumaat, 21 Jun 2013

Angkara The Star? DAP? atau Sebenarnya MCA

Datin Seri Rosmah Mansor di senaraikan The Star sebagai wanita paling berpengaruh di Malaysia, malah Dr Zeti Akhtar, Gebenor Bank Negara yang diiktiraf antarabangsa sebagai Gabenor terbaik juga tewas di tangan Rosmah.
Inilah yang cuba digambarkan oleh The Star. Bagi yang memahami tujuan penyenaraian itu, tentulah ianya satu hasrat penghinaan yang amat berat. Tidak hairan jika penghinaan itu datangnya dari Harakah atau Roket, tetapi ini adalah dari The Star. Ya, anda tidak salah baca, The Star..
Hari ini, Ketua pengarang The Star mengaku tidak tahu menahu tentang ranking yang disiarkan akhbar tersebut satu muka penuh. Kita boleh saja anggapkan bahawa ini tentulah angkara pemberita The Star yang menulis untuk DAP. Kita boleh juga katakan bahawa inilah agenda DAP untuk mengenakan Najib. Tapi DAP ini adalah singa yang mengaum dihadapan kita, sebaliknya The Star bukanlah akhbar pembangkang.

Ini lebih kepada angkara musang yang berbulu ayam. Kerana dengan berbulu ayam sajalah, musang ini mudah menyelinap masuk mendapat segala kemudahan dan kelebihan kerajaan, gunanya untuk menghentam BN dan Umno khasnya.

Usahlah menuduh DAP yang mengagendakan The Star, tidak sampai sebegitu bodoh MCA untuk tidak menyedari ini semua, dan bukan lah The Star itu gunting dalam lipatan MCA, sebaliknya MCA lah gunting dalam lipatan BN. Sementara masih punya masa, sementara masih ada kemaafan, cukup-cukuplah mengunting wahai MCA.

Kami juga tahu beberapa perkara tentang wayang cina. Untuk tahu apa itu wayang cina,  klik di sini
  
ads

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Star tu MCA punya ... tapi berita dalam Star tu lebih kepada DAP punya ... dan dilihat (baca : pasti) Star tu anti-BN ... camne ek ... akhbar MCA tu anti BN ?

Agaknya ... Star tu digunakan oleh MCA utk tunjuk betapa tidak puas nya pemimpin MCA terhadap kepimpinan BN (baca : UMNO) !!!

Yg pasti ... BN harap 2/3 pada PRU13 lalu ... tap tak kesampaian ... kempen Star tu sangat berjaya kerana Star (baca : MCA) kempen utk DAP dan kutuk BN ... maka berlakulah tsunami cina ... akui je lah BN kalah kerana tak capat 2/3 seperti yg dinyatakan oleh penasihat-penasihat PM !!!

Sudah sampai masanya ... DSRM saman mereka yg buat fitnah terhadapnya ... ini utk melindungi PM ... berdiam bermakna setuju ... adakah DSRM setuju dgn segala tuduhan ?

Memang masa zaman TMM dulu, Tun tak saman balik ... scenario berbeza sekarang ... pendekatan baru diperlukan.

Hanya pendapat ahli UMNO yg kekadang tak setuju dgn pucuk pimpinan yg rasa mereka tu MAKSUM.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates