Ahad, 9 Jun 2013

Berkorban dan Pengorbanan - MB Kedah

Hari ini dan mungkin beberapa hari mendatang KedahTimes akan menyentuh serba sedikit berkaitan jawatan Menteri Besar yang sekarang ini disandang oleh Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir. Jawatan yang paling hangat selepas BN kembali menerajui negeri Kedah.

Pengumuman terakhir DS Najib yang DP Mukhriz akan dilantik menjadi MB jika BN menang membawa satu gelombang baru semangat rakyat Kedah yang satu masa dulu pernah disuntik dengan gelombang merah
untuk yang bertujuan untuk mengembalikan Kedah kepada BN. Bagi rakyat Kedah, sudah banyak kemusnahan yang dilakukan oleh PR yang diketuai PAS.

Kini DP Mukhriz sudah sebulan lebih menjadi MB Kedah. Dan semua exco telah dilantik dan InsyaAllah, keseluruhan organisasi pentadbir telah hampir semua terbentuk. Dan harapan kita 5 tahun bakal membawa Kedah ke satu era baru dari segi pembangunan fizikal dan rohani. 

Walauapapun, Kedah sudah ketinggalan 5 tahun kebelakang. Jadi, MB dan exco-exconya perlu bekerja dua kali ganda untuk mengembalikan Kedah kepada negeri Gemilang.

Itu dari segi pentadbiran Negeri, kita serahkan kepada MB, exco-exco dan KCS sebagai jentera perlaksana untuk menjayakannya.

Bagaimana dengan Politik DP Mukhriz? 

Persoalan ini menjadi tanda tanya kepada KedahTimes sejak dulu lagi. Waktu beliau menjadi Timbalan Menteri, dia hanya ahli biasa di Bahagian Kubang Pasu tetapi bertanding di Parlimen Jerlun.

Selepas dilantik menjadi Tiimbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah, beliau masih menjadi ahli biasa yang tiada berjawatan tinggi dalam mana-mana bahagian UMNO di Kedah.

Dan kini beliau sudah menjadi MB Kedah dan masih hanya memegang jawatan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan ahli biasa di Kubang Pasu.

Jika sudah kedengaran suara-suara yang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, apakah juga tiada suara-suara menawarkan jawatan penting kepada MB Kedah dimana-mana bahagian di Kedah?

KedahTimes akan sambung kupasan di artikel akan datang kerana KedahTimes merasakan yang DP Mukhriz sudah banyak berkorban untuk UMNO Kedah; malah, ketokohan dan aura beliaulah yang membolehkan BN menang di Kedah.

Jika beliau sudah banyak berkorban, apakah tiada pengorbanan dari UMNO Kedah untuk beliau? Apakah pemimpin-pemimpin UMNO Kedah hanya pandai meminta tetapi tidak pernah ada segelumit di hati untuk memberi?

Kita tunggu dan lihat.

ads

1 comments:

Mohd Islam berkata...

Assalamualaikum semua,

Mulakan perniagaan dengan menjual apa saja atau membeli serta iklankan produk dan perniagaan anda

di laman web www.produkmuslim.info

Sokongan anda amat dihargai

Terima kasih

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates