Sabtu, 22 Jun 2013

Datuk Pharolrazi Pun Sokong Caj Air Kepada Pulau Pinang

Seperti yang KedahTimes katakan sebelum ini dalam artikel tentang sumber air Sungai Muda yang sebahagian besar datang dari Empangan Muda dan Beris yang terletak dalam negeri Kedah.

Hanya ada beberapa sungai kecil sahaja yang mengalir masuk ke sungai Muda. Ianya seperti sungai jeneri, sungai beruk, sungai telui/sik dan sungai-sungai kecil di Kuala Ketil.

Jika diharapkan kepada sungai-sungai kecil ini, sungai Muda akan kering bila musim kemarau menjelma. Malah sungai-sungai kecil ini mengalir dalam skala air yang amat sedikit dalam musim kemarau.
Pengorbanan Kedah dalam membina empangan Pedu, Muda dan Beris yang sentiasa menyimpan air untuk disalurkan kepada sungai Muda patut diberi perhatian dan imbuhan.

Untuk membuktikan yang kerajaan Pulau Pinang mengakui yang Kedahlah yang menakung dan Pulau Pinang bergantung kepada air dari empangan Muda, lihatlah petikan ucapan Lim Guan Eng dalam DUN negeri Pulau Pinang.

Sebagai latar belakang dan untuk makluman Dewan ini, Pinjaman yang diluluskan di bawah Enakmen Pinjaman (Rancangan untuk Membekal Air bagi Negeri Pulau Pinang) 1997 tersebut adalah bertujuan untuk membiayai projek bekalan air bagi Sekim Bekalan Air Teluk Bahang/Batu Feringhi, Sekim Sungai Muda, Sungai Perai, Loji Air Sungai Dua di Seberang Perai Utara dan yang lainnya. Sungai Muda merupakan sumber air utama untuk negeri ini di mana 80% daripada sumber bekalan air bersih negeri diperolehi daripada Sekim Sungai Muda. Namun demikian memandangkan simpanan air mentah bagi Negeri Pulau Pinang pada masa kini hanya mampu menampung keperluan sebanyak 650 juta liter sehari sedangkan permintaan sebenar ialah 740.86 juta liter sehari maka jika berlaku kemarau panjang, Pulau Pinang akan menghadapi krisis bekalan air dan terpaksa meminta bantuan dari Negeri Kedah untuk melepaskan takungan air dari Empangan Pedu untuk disalurkan ke dalam Sungai Muda. Oleh itu siling pinjaman daripada Persekutuan sebanyak RM600juta tersebut perlu ditambah kepada RM1.6 bilion bagi membolehkan kapasiti simpanan air sedia ada di Empangan Mengkuang dipertingkatkan daripada 22juta meter padu kepada 56 juta meter padu iaitu peningkatan sebanyak satu setengah kali ganda atau 154 peratus.
Ini membuktikan yang Pulau Pinang mengiktiraf Kedah sebagai sumber air mentah utama mereka. Malah sangat bergantung kepada Kedah dalam mendapatkan sumber air untuk rakyat Pulau Pinang.

Jadi, Kedah Times amat bersetuju sangat dengan tindakan MB untuk meneruskan perbincangan caj air yang dibekalkan.


JERLUN, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kedah akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung soal penjualan air mentah dari negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata surat yang akan dihantar dalam tempoh terdekat itu adalah proses permulaan bagi membincangkan isu tersebut sebelum rundingan dibuat antara kedua-dua kerajaan negeri .

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pimpinan PAS telah menghantar surat sama kepada Pulau Pinang tetapi ia hanya melibatkan Exco kerajaan negeri sahaja dan tidak sampai kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Saya akan lihat balik (mengenai permohonan terdahulu) dan kita akan lanjutkan perkara itu. Saya tak mahu politikkan isu air ini.

"Saya akan pastikan permohonan isu penjualan air kepada Pulau Pinang mengikut lunas-lunas perundangan dan akan berbincang perkara tersebut dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma Umno Jerlun di sini hari ini.

MUKHRIZ - AIR 2 (AKHIR) JERLUN

Mukhriz berkata beliau turut berterima kasih kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang menyokong tindakannya untuk meneruskan tuntutan pembayaran air mentah.

Kenyataan Phahrolrazi dalam sebuah akhbar menyifatkan penjualan air mentah kepada Pulau Pinang bukan bersifat politik tetapi berdasarkan hak dan kawajaran negeri ini mendapat bayaran menerusi penjagaan sumber air mentahnya.

Mukhriz berkata pihaknya juga mahu mendengar jawapan daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membolehkan isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

"Sebelum ini seorang Exco Pulau Pinang yang mewakili DAP dalam sidang Dewan Undangan Negeri telah mengemukakan isu tersebut dan mahu dibawa ke Parlimen untuk mendapatkan jawapan dari kementerian terlibat.

"Saya menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh kementerian tersebut," katanya. -- BERNAMA

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates