Rabu, 12 Jun 2013

DP Mukhriz : Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah


Jika kedua-dua jawatan ini adalah lantikan dari pihak Presiden, KedahTimes masih mengharap ada penawaran jawatan baru kepada MB Kedah terutama yang melibatkan jawatan dari grassroot. 

Sehingga ke hari ini tiada lagi bahagian yang menawarkan atau bekorban untuk satu jawatan grassroot yang bakal menonjolkan yang MB Kedah mempunyai base politik yang kukuh di Kedah.

Pihak atasan sudah hantar mesej untuk kedua-dua jawatan tersebut. Jadi tiada ka bahagian mana-mana yang ingin menawarkan tempat yang sesuai untuk MB Kedah?

ALOR SETAR 11 Jun – Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) berhubung kedudukan jawatan Pengerusi BN Kedah.

Namun, pada masa yang sama Mukhriz menyatakan kesediaan menggalas tanggungjawab itu jika diminta berbuat demikian.

“Yang tu (jawatan pengerusi) kita tunggulah. Saya tak tau, saya pun tunggu (keputusan pucuk pimpinan BN), kalau benar saya sanggup ambil alih tanggungjawab besar ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Makan Malam Ulang Tahun Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia ke-40, di sini malam tadi.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah mengulas kenyataan Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah pada Ahad lepas, yang dilapor bersedia melepaskan jawatan itu bagi memastikan BN kekal menguasai Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-14. – BERNAMA

ads

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

BERSIKAP MATANG LAH BERPOLIITIK X MEYIMPAN KEBENCIAN DALAM JIWA

1 Melayu berkata...

Masih ingat lagi kah atau kita sudah lupa bila Tun Dr Mahathir umum letak jawatan PM pada tahun 2003 beliau letak dan serah semua jawatan termasuk jawatan Ketua Bahagian kepada Dato Johari Baharom.Kenapa sukar sangat untuk PM Najib mengarahkan Dato Jo berbuat demekian memandangkan Dato Jo tidak mungkin akan menyerah Jawatan tersebut kepada Dato Mukhriz.

Masih ada lagi kah manusia hebat seperti Tun Dr Mahathir yang sanggup serah jawatan secara sukarela tanpa sebarang syarat ?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates