Selasa, 18 Jun 2013

Igauan tidak menjadi Pemerintah

Wisma Darulaman agak begitu terasing bagi KedahTimes dalam era pemerintahan PAS dan PR di Kedah. 

Tidak banyak yang diketahui apa perancangan dan halatuju kerajaan PAS yang memerintah pada masa itu untuk Kedah dan rakyatnya.

Rupa-rupanya dalam diam-diam mereka meninggalkan Wisma dengan taik-taik yang masih berbau, malah bukan saja di Wisma tetapi di seluruh Kedah.

Kini mereka berada di luar Wisma tetapi meroyan, meraung, menggertak dan sebagainya supaya taik-taik yang ditinggalkan itu dicuci oleh kerajaan baru BN. Apa ni? Sudah gila ka? BN memerintah belumpun memasuki 100 hari, mereka sudah menggelabah tidak tentu hala meminta kerajaan mencuci taik-taik peninggalan mereka. Apa sudah takut ka?

Kalau dulu propaganda politik PAS dilakukan oleh satu unit yang beribupejabat di Wisma Darulaman, tapi kini mungkin telah pindah kerana semua peralatan kerja-kerja propaganada tersebut telah hilang dari Wisma. Soalan KedahTimes, beli peralatan tu semua pakai budget sapa? Kalau pakai budget kerajaan, tak elok sangat kalau diangkut keluar. Mungkin pakai budget SLC atau PAS... Yang tu mereka kena jawab.

Meroyannya mereka apabila Kedah amat malang kerana kuliyah di Seri Mentaloon diharamkan oleh MB Kedah. Ya, KedahTimes amat setuju kuliyah itu diharamkan kerana ianya bukan kuliyah agama tetapi kuliyah politik PAS. Kini kuliyah politik PAS diharamkan dan diganti dengan kuliyah agama yang sebenar-benarnya. 

Bila kuliyah agama yang sebenar-benarnya, puak-puak yang dok hingar ini tak datang juga. Malah diam membisu tanpa kata.

Kemudian keluar pulak isu KUIN akan dijual kepada pihak swasta. Malah Albukhary adalah pembelinya. 

KedahTimes senang saja nak jawab isu ini. Sapa yang sanggup beli jika hutang sebanyak 43juta kena dibayar setiap tahun kepada bank atas pinjaman untuk kampus KUIN Kuala Ketil yang tidak lengkap terutama asrama dan masjid. Kos operasi KUIN meningkat kepada 12 juta setahun.

Pendapatan pusat pengajian adalah dari yuran pelajar saja. Katakan pelajar dalam 5000, maka pendapatan setahun bolehlah kita katakan dalam 4-5 juta. Mampukah sebuah universiti swasta bertahan jika kos operasi (campur bayar hutang) mencapai 55 juta setahun walhal pendapatan hanya 4-5 juta?

Tiada siapa akan beli. Melainkan kerajaan yang menguruskannya demi memberi ilmu kepada rakyat, bukan berasaskan keuntungan semata-mata.

Malah jika exco pendidikan mengesahkan yang KUIN is not for sale, mereka diam. Walhal segala taik dan onar KUIN adalah kerja-kerja mereka selama 5 tahun memerintah. Semua kuliyah diswastakan, bukan untuk keuntungan serta memudahkan pengajian pelajar, malah untuk keuntungan kroni dan individu.

Kini mereka meracau pulak apabila Pusat Tahfiz sains yang mereka pecah tanah untuk pembinaan pusat pengajiannya di Pulau Tuba dihentikan sementara. Ulang sekali lagi .. dihentikan sementara oleh kerajaan BN.

Kenapa dihentikan sementara? Ini disebabkan peruntukkan pembinaan Pusat Tahfiz tersebut yang disediakan semasa pemerintahan PAS sudah tiada. Mana perginya? Jika nak teruskan pembinaan, maka duit kena ada. Kontraktor kena bayar juga. Nak cari duit mana?

Rupa-rupanya barulah KedahTimes faham kenapa PAS Kedah meracau tidak tentu hala. Mereka sudah berak merata-rata dan minta kerajaan BN bersihkan taik mereka. 

Mereka telah bohong kepada rakyat dengan pelbagai projek dan program, rupa-rupanya auta belaka kerana bajet untuk projek-projek tersebut telah disapu habis.

Malam mereka mimpi enak yang mereka masih berada di Wisma Darulaman, terjaga pagi baru mereka sedar yang sekarang ini mereka sudah tiada kuasa. Harta rampasan perang sudah tiada lagi untuk dibedak-bedakkan lagi.

Sebab itulah mereka meracau. Meracau macam demam panas, meracau macam budak kecil nak susu, meracau macam orang kena sawan.



ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates