Selasa, 25 Jun 2013

JADI WAKIL RAKYAT UNTUK APA?????

Penulis Tamu: SOBRI SUDIN
 
1. Selesai sudah 35 ADUN di Kedah diabsahkan sebagai YB bagi sidang penggal ke-13 apabila mengangkat sumpah dihadapan Speaker. Demikian juga 222 Ahli Parlimen yang sumpah mereka dimetrikan di Dewan Rakyat tanggal 24 Jun. Walaupun MP Pembangkang mendakwa pilihanraya lalu tidak sah gara-gara keputusan tidak memihak pada mereka untuk mempusakai PUTRAJAYA.
 
2. Lafaz sumpah ini banyak pengertian falsafahnya. Lihat sahaja sumpah mengangkat jawatan dan menyimpan rahsia selaku Menteri hatta Perdana Menteri sekalipun, terpampang dengan jelas lafaz Wallahi, Watallahi, Wabillahi, suatu metodologi mengangkat sumpah berdasarkan suruhan Islam.
 
3. Sebab itu barangsiapa yang melanggar sumpah, karier politik dan tugasnya SERTA hidup kaum keluarganya akan berdepan dengan pelbagai masalah. Malah menerima kehinaan yang paling jelek dengan izin Allah s.w.t. Lebih pasrah apabila ditunjukan jalan keluar oleh rakyat dan dihumban keluar dari radius kuasa. Kehinaan dan kontroversi serta polemik yang bakal menimpa ini dibalas secara 'cash on delivery' oleh Allah s.w.t di atas mukabumi lagi. Sudah banyak contoh yang boleh kita kemukakan  dan barangkali sudah dimengerti oleh kalangan audien.

4. Maka lantaran itu, untuk 35 ADUN Kedah, 8 EXCO, 1 Menteri Besar, pegang amanah dengan baik. Ikhlas dan jangan menipu rakyat. Berkhidmat dengan penuh kudrat dan tenaga bukan sekadar melepas batuk ditangga dan merencana tipu daya untuk membolot harta, dan mengenyangkan perut handai dan taulan.
 
5. Bercakap benar dan jangan memusuhi serta menzalimi hak orang miskin dan rakyat marhein. Do the right thing and do the things right. Bukan sekadar mengelamum dan mengeram di singhasana pejabat dan sekadar melayan 'tauke besar' dan gah makan di 'Regency' atau Holiday Villa padahal ada rakyat nun jauh dipendalaman sana, 'kais pagi makan pagi, kais petang tiada rezeki yang datang.
 
6. Letakkanlah sesuatu ditempatnya, jangan gusar dan bimbang untuk memperkata dan memperjuangkan apa yang didambakan majoriti rakyat. Jangan malu untuk pertahankan kemuliaan Islam, dan hak bukan Islam.
 
7. Jadilah pejuang bangsa, agama dan negeri yang tulen. Dengan hati yang penuh tawadhuk, bukannya riak dan ego melangit hanya kerana orang keliling memanggil kita YB  atau chief ataupun bos. Kuasa sekadar satu amanah, dan bila roh dicabut dari jasad, tiada maknanya lagi, tinggalah segala gelaran, bintang, pangkat, kuasa kita di atas dunia yang tak mampu membantu kita mengadap siksaan  kubur. Melainkan jika semasa diberi amanah selaku khalifah, kita berlaku  adil kepada orang yang dipimpin.
 
8. Ingat kisah Saidina Umar Al-Khattab  r.a, ahli syurga, yang pernah dimimpikan kisahnya oleh seorang sahabat, antara lain sahabat berkata, "aku bermimpi Umar Al-Khattab melalui soalan  kubur selama 3 tahun bertanyakan perihal kepimpinannya semasa menjadi khalifah". Itu Umar yang dijamin syurga, jadi apa la sangat ada pada YB dan kita selaku insan biasa yang belum tentu jaminan syurga.
 
9. Selamat bersidang untuk semua YB ADUN Kedah. Selamat berbahas dan berdebat kepada semua 222 MP di Parlimen. Munculkanlah dasar-dasar yang bermanfaat untuk keperluan rakyat.
 
10. Justeru itulah jangan jadikan sidang DUN dan Parlimen sebagai medan sarkas untuk berkata keji, atau melakukan tingkahlaku mengalahkan mafia di jalanan... Atau berperangai seperti anak kecil yang berebutkan cokelat.
 
11.Jangan ada yang melompat atas meja, atau membaling kerusi, bertumbuk ataupun mencarut. Spesis perbuatan yang bakal merendahkan taraf YB dan tidak layak digelar Yang Berhormat sebaliknya barangkali lebih sesuai digelar Yang Bobrok atau Yang Bangsat.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates