Sabtu, 8 Jun 2013

Jawapan kepada Kuliah Di Seri Mentaloon

Ini jawapan kepada Fitnah awal puak-puak yang tidak pernah senang hati dengan UMNO. Mereka tidak pernah ingat bahawa ada 3 perhubungan yang diletakkan ke atas setiap manusia.

Perhubungan manusia dengan Allah. Kita wajib menunaikan semua suruhannya. Jika ada salah atau  silap kita boleh mohon ampun terus kepada Allah.

Perhubungan sesama manusia. Jika kita lakukan fitnah, maki, hamun, maka kita perlu memohon maaf terus daripada hamba Allah tersebut. Jika tidak mohon maaf maka, tunggulah balasan akhirat.

Seterusnya perhubungan dengan alam.




Amat malang bagi umat Islam di negeri ini, khususnya kakitangan awam yang selama ini menghadiri kuliah mingguan setiap hari Sabtu di Seri Mentaloon kerana kerajaan UMNO Kedah telah mengharamkannya! 

Kuliah mingguan tersebut diperkenalkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir Kedah pada 2008, menampilkan para penceramah agama yang menyampaikan pelbagai ilmu Islam. Ia mendapat sambutan hangat khususnya dari kakitangan kerajaan dan swasta, memandangkan tempat tersebut lebih selesa dan mempunyai kemudahan parkir yang luas.

Bagaimanapun sejak Kedah diambilalih oleh UMNO 5 Mei lalu, yang dilaporkan memenangi PRU dengan cara 'menipu dan membeli undi' maka kuliah agama tersebut tidak dibenarkan sama sekali.

Untuk maklumat, sewaktu negeri-negeri Islam seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan berada di bawah naungan Komunis Soviet suatu masa dahulu kuliah-kuliah agama seperti itu memang diharamkan sama sekali. Kerajaan komunis khuatir kesedaran umat Islam terhadap agamanya menyebabkan dasar-dasar yang sekular dan anti Islam akan ditolak.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates