Khamis, 6 Jun 2013

Kecurangan Pengurusan PAS di KHTP Yang Mengejutkan!! RUGI RM15,900,000 BEGITU SAJA!!!!

Oleh kerana blog-blog PAS sudah main serbu nak serang Menteri Besar Kedah, mengikut paluan gendang Porter Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, tanpa usul periksa, maka wajib bagi kami menyegerakan menjawab dengan fakta satu persatu penyelewengan PAS semasa mentadbir Kedah dari 2008 sehingga 2013.

Antara penyelewengan terbesar dan terbodoh adalah kes penjualan tanah industri di Kulim Hi-Tech.

Ianya melibatkan kerugian terus bernilai jutaan ringgit hanya kerana kecurangan kami syaki penyelewengan Presiden KHTP Hj Sobri menjual tanah dibawah harga, tanpa sebab. Ia juga akibat gabungan Pengerusinya, Dato' Amiruddin yang ego,  apabila teguran dibuat sebelum menandatangani perjanjian aktiviti penjualan terbodoh abad ini itu, namun meneruskan pembodohan tersebut kononnya menjaga air muka juga kami syaki terdapat pakatan penyelewengan  Haji Sobri.

Bayangkan tanah industri bernilai tinggi dijual pada harga hampir separuh dari nilai sebenar, dan bukan sedikit, ianya melibatkan tanah seluar 60 ekar atau 2,700,000 kaki persegi.

Tanah industri ini bukannya dibeli dan dibangunkan hasil titik peluh Haji Sobri, Dato' Amiruddin mahupun penasihat utama mereka Annuar Saffar, tetapi adalah wang rakyat yang disalurkan dari kerajaan pusat.

Sebab apa kami kata kami syaki berlaku penyelewengan penjualan terbodoh!!!

Ceritanya begini...

Pada permulaannya tahun 2007, bila First Solar mula melabur, tanah dijual oleh KHTP kepada First Solar dengan harga RM12 sekaki persegi. Harga RM12 sekaki persegi adalah harga awal bagi menarik First Solar masuk ke Malaysia (KHTP), dan dalam perjanjian tersebut disebut dengan jelas bahawa harga pembelian seterusnya untuk pembesaran adalah RM18 sekaki persegi.

Perjanjian ini adalah amalan biasa sektor hartanah, dimana harga tanah akan naik dari tahun ke tahun mengambil kira holding cost dan sebagainya.

Namun, disebabkan Hj Sobri lantikan PAS ni tak ada pengalaman langsung, melainkan pengalaman berceramah politik, apa yang berlaku adalah bercanggah dengan amalan mana-mana pemaju hartanah industri di dunia.

Sebaik balik dari berjumpa pengurusan First Solar di USA (saja gatal pergi USA, First Solar sudah sedia bertapak di KHTP), tiba-tiba Haji Sobri buat keputusan untuk menjual tanah KHTP pada harga RM12 sekaki persegi.

Sedangkan, sepatutnya harga tidak perlu dirunding lagi kerana sudah ditetapkan dengan persetujuan First Solar sendiri yang termaktub dalam perjanjian iaitu pada RM18/kaki.

Harga juga tidak patut diturunkan kerana bila sudah bertapak di KHTP, menjadikan KHTP tidak lagi terdesak untuk memujuk First Solar masuk kerana First Solar memang perlukan tanah yang berdekatan untuk pembesaran didalam KHTP.

Berdasarkan situasi ini, seorang CEO yang berakal akan cuba berunding untuk naikkan harga diatas nilai yang dipersetujui atau sekurang-kurangnya kekal di paras RM18/kaki.

Persoalannya.....kenapa perlu harga diturunkan??????

Adakah Hj Sobri, Dato Amiruddin dan penasihat mereka Annuar Saffar mahu menjaga kepentingan First Solar?..... atau kepentingan KHTP?... atau kepentingan siapa?

Sekiranya kepentingan KHTP dan rakyat yang mahu mereka jaga, harga sepatutnya dinaikkan jika mereka bijak, atau sekurang-kurangnya pada harga yang telah dipersetujui awal.

Tahukan berapa nilai kerugian akibat deal paling bodoh oleh lantikan politik PAS ini? Jika perbezaan harga jualan iaitu RM6/kaki persegi (RM18 ditolak RM12), maka jualan tanah seluas 60 ekar itu menyebabkan KHTP rugi sebanyak RM15.9 juta ringgit.

RM15,900,000 bukan satu nilai yang kecil untuk dibazirkan kepada seorang CEO yang sampai sekarang ini, asyik terus melancung keluar negara setiap tiga minggu dengan biaya KHTP.

Apatah lagi, apabila kroni lantikan beliau pula melahap sehingga anak syarikat KHTP iaitu KTMSB kerugian RM7 juta pada tahun 2012 saja. (baca disini)

Layakkah Hj Sobri membelikan dirinya sebuah Volkswagen Passat (baca di sini) baru menggunakan wang KHTP jika begini sekali penyelewengannya kecuaiannya?

Inilah dia "profesional" PAS yang dilantik menerajui KHTP,  yang Pas bangga-banggakan. Yang blogger PAS laungkan kononnya mereka mahu menjaga kepentingan rakyat, Kedah sejahtera konon...

Asas perniagaan hartanah yang begitu mudah pun tidak tahu, masih lagi mahu bercakap tentang ketelusan dan pengurusan beramanah?

Asyik melaungkan "kerja itu ibadah" sebagai penghinaan seolah-olah orang lain semua cetek agama, tetapi apabila urusan diserahkan kepada puak PAS, merekalah penyamun besar.

Kami cabar Haji Sobri, Dato' Amiruddin dan Annuar Saffar menafikan angka sebenar yang kami dedahkan ini jika mereka golongan yang beramanah.

Kepada blogger-blogger PAS, tanyalah sendiri dengan Hj Sobri atau Dato Amiruddin, apakah fakta ini palsu. Jangan asyik nak berbohong dan fitnah kononnya MB mengharamkan ceramah di Seri Mentalon, sedangkan kroni-kroni PAS telah merugikan SLC sehingga puluh jutaan ringgit.

Setakat ini sudah RM22.9 juta wang rakyat dihanguskan oleh CEO lantikan PAS, malangnya ini hanyalah sebahagian sahaja daripada pelbagai lagi penyelewengan yang berlaku selama lima tahun PAS menerajui Kedah.

Adakah ianya disebabkan kebodohan, kecuaian atau ada pihak tertentu yang membuat untung dalam urusniaga yang merugikan SLC ini???..kami tinggalkan teka teki ini untuk tuan-tuan fikirkan.

Kedahtimes:
Kepada blogger PAS: Pesan kami..Jangan serbu tak pakai helmet.
Kepada pelayar Kedahtimes:  Jangan lupa, banyak lagi akan kami dedahkan.. dan anda tahu janji kami sentiasa ditepati...


 


ads



4 comments:

Tanpa Nama berkata...

hahhaahahahaha HAJI MARLBORO mmg mcm tu perangai dia brooo!

Tanpa Nama berkata...

semua muka dalam gambaq tu muka2 lahanat yg patut dibuang dgn segera tanpa soal lagi kerana bertindak dgn rakus.
HJ AWANG PUN JUGA PATUT DIDEDAHKAN KISAH YG TENDER KERETA KOMPENI SEMUA DIA YG DAPAT, SAPU BERSIH
GANYANG SEMUA GENG2 PAS NI
INGAT GAMBAR2 TU SEMUA DLM TU KENA BUANG TERUS

Tanpa Nama berkata...

Orang Pas ..biasalah kan "Bodoh" melantun lantun . Yg dia terbaekkkk hanyalah jual air lior ..dipentas ceramah .

Satu lagi kepakaran orang Pas ialah pergi Jual Hutan kat Cina ....

Bak kata M zain dalam Filem labu labi..."Sangattttt Bodohhhhh.....

S.A.Hamid berkata...

Jika di Selangor bekas MB telah dikenakan hukuman kerana membeli Tanah dengan harga yang murah. Bagaimana pula dengan kes ini. Jika admin mempunyai cukup bukti marilah kita membuat lapuran kepada SPRM dan Polis.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates