Khamis, 20 Jun 2013

Kedah Mohon Pulau Pinang bayar caj air RM20 Juta setahun

Apa yang KedahTimes cuba nak bangkitkan disini ialah Kerajaan Kedah yang sebelum ini sudah bangkitkan dalam sidang DUN Kedah yang Pulau Pinang patut bayar caj air kepada Kedah setahun sebanyak RM20 Juta.

Malah dalam belanjawan Negeri Kedah pada zaman pemerintahan PAS telah dimasukkan jumlah pendapatan caj air dari Pulau Pinang. Hasil pendapatan ini kemudiannya akan dibelanjakan untuk projek-projek dan pentadbiran Kedah.

Maka sudah tentulah pemerintah baru masih menggunapakai budget yang dibendang pada sesi lalu. Maka caj RM20 juta kenalah diteruskan oleh Kerajaan semasa Kedah.

Atas sebab termaktub dalam belanjawan Kedah 2013, maka adalah amat tidak salah jika MB yang baru meneruskan usaha dalam mendapatkan duit tersebut.

Sepatutnya LGE telah bersetuju pada masa pemerintahan PAS dulu kerana mereka dalam satu pakatan.  Ianya bukan lagi isu politik tetapi isu hak yang dituntut oleh Kedah kerana sebab-sebab yang bakal diberikan nanti.

'Kedah akui belum bincang isu caj air'  2012/11/29   

Phahrolrazi sahkan tiada rundingan dengan Pulau Pinang

Alor Setar: Kerajaan PAS Kedah, semalam mengakui belum ada rundingan rasmi dengan Pulau Pinang mengenai hasrat mengenakan caj ke atas air mentah yang dibekalkan ke negeri itu. 

Pengesahan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, itu sekali gus mengesahkan penafian dibuat kerajaan Pulau Pinang, sebelum ini. 

Hasrat kita untuk mengenakan caj bagi air mentah dari Sungai Muda yang dibekalkan kepada Pulau Pinang sebenarnya masih pada peringkat perancangan” - Ir Phahrolrazi Zawawi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Pembangunan Luar Bandar Kedah

“Hasrat kita untuk mengenakan caj bagi air mentah dari Sungai Muda yang dibekalkan kepada Pulau Pinang sebenarnya masih pada peringkat perancangan.

Tiada rundingan rasmi

“Jadi, belum ada apa-apa rundingan rasmi bersama Pulau Pinang mengenainya, kerana ia masih di peringkat cadangan melalui perancangan Bajet 2013,” katanya.

Hasrat Kedah mengenakan bayaran untuk air mentah dari Sungai Muda kepada Pulau Pinang yang dianggar mencecah RM20 juta setahun dibangkitkan melalui Bajet 2013 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini. 

Ia menimbulkan pertikaian apabila Pulau Pinang menafikan ada rundingan sedemikian dan tidak bercadang membayar kepada kerajaan Kedah untuk air Sungai Muda.

Tetap berunding

Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata, pihaknya akan tetap berunding dengan kerajaan Pulau Pinang mengenainya walaupun ada halangan dalam pelaksanaannya.

Sebelum ini, Phahrolrazi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan memohon campur tangan kerajaan Pusat jika rundingan bersama Pulau Pinang berhubung isu bayaran bekalan air mentah Sungai Muda gagal mencapai kata sepakat. 


ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates