Selasa, 25 Jun 2013

Kera di Hutan disusukan : Khas untuk Pengerusi UMNO Kedah


KedahTimes upkan kembali artikel untuk kerana ada beberapa blog seperti Double-Y dan Sangkakalajari9 membangkitkan kembali isu berkaitan UMNO Kedah membela blogger dari luar dengan bayaran hebat.

Walhal blogger-blogger tempatan dibiarkan bekerja tanpa ada pembelaan. Untuk pengetahuan semua KedahTimes sudah lama wujud dan cuba untuk memperjuangkan/membela blogger-blogger seperti yang kedua-dua blog diatas sebut. Tapi tidak berjaya. Malah KedahTimes tidak tahu macamana pihak UMNO kedah boleh memilih blogger luar untuk menulis tentang Kedah.

Untuk pengetahuan semua, DMM bukanlah PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO KEDAH, jadi beliau tiada kuasa untuk memberi kontrak kepada mana-mana blogger. Semua ini ditangan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang sedia ada. Jadi DMM tidak berkait dalam hal ini.

Live Streaming yang blogger-blogger tersebut lakukan adalah secara sukarela. InsyaAllah, jika ada rezeki akan dapatlah imbuhan nya nanti.

Dalam hal blogger luar dibayar, KedahTimes mohon Double-Y dan Sangkakalajari9 dedahkan saja siapa blogger yang dapat kontrak besar itu kerana KedahTimes pun nak tahu. Mungkin selama ini KedahTimes silap orang kerana dulu mereka pernah mengatakan Blogger-blogger kedah adalah Juraassic. KedahTimes tentang mereka,  dan jika berani datanglah Kedah untuk berjumpa kami di KedahTimes. Tapi mereka rupanya tidak berani.

Untuk pengetahuan mereka, blogger-blogger jurassic inilah yang membantu BN dlam mengembalikan Kedah kepadanya. KedahTimes, TMK dan beberapa individu lain yang sentiasa membantu UMNO tanpa minta apa-apa.

Bila kera di hutan yang LEBIH disusukan.

Peribahasa Kera di Hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan membawa maksud mementingkan orang lain dari keluarga sendiri. Selain itu, peribahasa ini juga membawa maksud mementingkan urusan orang lain hingga urusan untuk diri sendiri ditinggalkan.

Sangat tepat kepada pihak yang BARU SEDAR akan kepentingan menggunakan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan di Malaysia. Kini, bila kesedaran timbul, maka pihak berkuasa mula berusaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu kepada rakyat Malaysia yang belajar dan yang bekerja di luar negara. Ianya untuk memastikan kelangsungan kebudayaan Malaysia dengan penguasaan Bahasa Melayu.
Ini usaha yang bagus.

Macam mana di peringkat DALAM MALAYSIA? Aku rasa ada LEBIH RAMAI yang tak tahu berutur Bahasa  Melayu dengan fasih. Malahan kini lebih ramai anak Melayu lebih bangga dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris demi memastikan dunia glamour dan trendy kekal dalam diri.

Penguasaan bahasa sebenarnya bermula dari tempat bermulanya dunia pendidikan seseorang. Biar kita dibesar dalam keluarga yang bertutur Bahasa Inggeris sekalipun, andai zaman persekolahan diterapkan dengan pertuturan Bahasa Melayu, insyaallah ianya akan menjadikan kita fasih dan selesa untuk berBahasa Melayu.

Selagi sistem persekolahan di Malaysia tidak berSATU sebagaimana usaha untuk menjadikan rakyat Malaysia menjadi SATU, maka usaha ini MUSTAHIL akan berlaku. Malahan, perpaduan antara kita juga bakal berpecah dek kerana sistem persekolan yang tidak berSATU!

Ini tentang Bahasa, bagaimana pulak dengan blogger tempatan di Kedah? Apakah berlaku kera dihutan disusukan, anak depan mata mati kelaparan?

Pesanan Kedah Times, janganlah hanya mementingkan kera di hutan untuk disusukan, takut nanti anak di rumah mati kelaparan, dan suami di rumah juga turut mati LEMAS akibat susu yang dicurahkan!

7 comments:

anak anak dipinggirkan berkata...

Memang benar apa yang Kedah Times nyatakan,Badan Pehubungan UMNO Negeri Kedah lebih mementingkan kera di Kuala Lumpur dari anak anaknya sendiri yang hari hari menjelajah di seluruh pelusuk Negeri Kedah mencari maklumat untuk membelasah musuh tetapi yang mendapat habuan ialah kera yang tinggal di pejabat behawa dingin di KL dan mereka inilah yang disusukan dengan lumayan oleh UMNO Negeri Kedah,kesian anak anak kera tempatan yang bernaung dibawah UMB,susu sebotol pun tak dapat dari Badan Perhubungan Negeri.

Spenda biru berkata...

Baru padan muka hangpa.Depa makan isi hangpa makan kuah dan tulang.

Tanpa Nama berkata...

aku nak tulis pakai anon.. senang skit orang tak kenal aku.. betul kata K.T kera di KL hidup senang lenang, anak di rumah mati kelaparan.. Sampai ada kawan kita kena pinjam duit utk berjuang masa PRU lalu.. Tapi alih2 puak2 ajk 4 peringkat dapat pi bercuit obersea pagi tadi.. bila buat kerja tak nmpak muka tapi bila bercuti puak2 ni laju...

McTheory berkata...

Lagi untung jadi kera dari jadi anak.. kesiann.. kita..

Tanpa Nama berkata...

Mc sekarang dok jual kuah rojak. Nk jumpa mai Kulim. Duke entah kemana hilang. Kedahan, berbisa lgi?. Semua-semua blogger, intrnet tiada sempadan. Tulis jeeer... Jika nk kira banyak upahan, mati balik lh BN jika nk layan semua. La ni sapa yg pandai jdi anak jangn jdi kera.

hero_labu berkata...

Woi mc hang juai kuah rojak kulim kat mna?haha

Tanpa Nama berkata...

TAK PAYAH DOK SALAH SANA salah sini, yang dah dpt kuasa tu, buat lah dgn segera, ramai petugas2 BN hentakan pekerjaan, ramai yang menganggur, tiada kerja, diharap UMNO kedah dapat lantik lah depa2 ini di dalam GLC kerajaan kedah, jgn dok biar kan, sekarang sudah ramai petugas2 pru13 dah mula rasa nak meluat pd umno kedah, jgn lah jadi masa zaman det khalid perintah dlu, rakyat jadi benci dan pru12, depa pakat2 undi pakatan rakyat..............
ayuh keluarkan pekerja2 PAS di dlm GLC kedah secepat mungkin, dan lantiklah pula dari kalangan BN dan UMNO plakkkkkk, ini di biarkan sja org2 PAS bekerja dgn gaji lumayan, dan org2 BN umno di biarkan merana, menganggur, di aniaya, maka tunggulah pru14, bak kata org, melayu dah tak kira sapa perintah pd pru14 nti...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates