Jumaat, 14 Jun 2013

Kilang Fitnah Semakin Produktif Setelah Dihalau Keluar dari Wisma

Baru lima minggu BN mengambil alih pemerintahan Kedah dari PAS, kilang fitnah mereka semakin giat, seolah-olah dosa fitnah umpama wang emas yang jatuh dari langit ke poket mereka. Semakin banyak fitnah, semakin gembira nampaknya PAS Kedah.

Belum pun sebulan, Kilang Fitnah PAS mengeluarkan produk sulung mereka dengan menfitnah kononnya Menteri Besar MENGHARAMKAN ceramah agama di kediaman rasmi di Mentalon. Apabila dinafikan, dan ceramah diteruskan seperti biasa, mereka fitnah pula bahawa ianya dibuat kerana atas desakan Mufti. Akhirnya apabila Dato' Mufti sendiri memaklumkan bahawa Ceramah agama itu adalah inisiatif dari pejabat MB, gema-gema fitnah itu tetap diteruskan.

Kilang Fitnah PAS tidak kenal istilah putus asa. Kemudian timbul pula isu Menteri Besar membawa isteri menaiki bot mewah ke Langkawi, walhal isteri MB tidak pergi pun ke langkawi. Jauh sekali ada kaitan dengan sebarang bot mewah.

Setelah terbukti ianya fitnah, kilang fitnah PAS seperti tidak mengenal larangan agama, dosa dan pahala menfitnah pula kononnya MB sudah membuat renovasi pejabat beliau di Wisma Darulaman. Sedangkan sebenarnya tidak ada sebarang kerja-kerja renovasi pun dijalankan atau dirancangkan di pejabat MB. Malah MB sedang menerima kunjungan pelabur di pejabat beliau bagi memacu ekonomi yang dijahanamkan oleh PAS.

Produk mereka tidak putus disitu saja, isu pembinaan maahad tahfiz di Pulau Tuba pula dijadikan isu.

Kilang fitnah PAS ini menfitnah seolah-olah rakyat Kedah tidak berakal sebagaimana pengikut taksub mereka. 

Bagi kita, MB tidak perlu menjawab pun isu. Ini kerana, selama lima tahun mereka memerintah, apa hal dungu sangat sampai Maahad Tahfiz pun tak boleh nak siapkan? Tak cukupkah lima tahun untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan bekalan elektik dan menyiapkan sebuah maahad Tahfiz? Lima tahun buat apa?

Semakin mereka mengeluarkan fitnah, semakin rakyat bertanya apa yang PAS siapkan selama lima tahun memerintah? KUIN tak siap, Projek Lembah Herba bungkus, Masjid tak bina (siap berbohong mereka bina 12 masjid), Projek Pengumpulan hasil buah tempatan tak beroperasi, Aman Central tak siap (Yang siap ialah kerja robohkan surau),  Pelan Halatuju ICT yang dibuat melibatkan kos konsultan ratusan ribu ringgit wang rakyat pun tidak bergerak. Malah projek Belanda Kedah yang di hebohkan siang malam tidak wujud langsung samada dalam bentuk fizikal mahupun perancangan.

Kami boleh senaraikan puluhan lagi projek PAS sepanjang lima tahun yang tidak ada satu pun yang siap, hanya yang mereka berjaya siapkan adalah rumah mereka yang baru, beli kereta besar yang baru dan "Masjid" beberapa pemimpin mereka yang kedua dan ke tiga. Yang Allah dah bagi siap elok, bukit yang di hijau dan penuh pokok mereka taji sampai botak itu memang kita akui mereka pantas.

Semuanya mereka tidak siapkan, dan apabila sebulan Umno memerintah mereka fitnah itu dan ini. 5 tahun pun PAS tak siapkan, ini baru lima minggu.

Tutup lah kilang fitnah tu, mari kita sama-sama terima dan sokong kerajaan pilihan rakyat untuk kebaikan semua. Jangan fikirkan diri sendiri, projek dan poket sendiri semata-mata. Letaklah kepentingan rakyat Kedah ini di atas daripada kepentingan parti.

Kepada penyokong PAS yang ikhlas, kami nak bagitau. Yang depa dok meroyan sangat ni sebab kesedapan depa dok kaut habis-habisan wang dan harta rakyat sudah terhenti, sebab itulah mereka meracau.

Kami di Kedahtimes akan terus dedahkan secara tepat dan berfakta tentang penyelewengan pemimpin pas yang menipu orang-orang PAS sendiri. Bagaimana mereka melahap nikmat sehingga sekarang masih tidak mahu berundur dan makan gaji buta.

Lihat pendedahan kami tentang sebahagian kecil penyelewengan di Kulim Hi-Tech yang melibatkan RM12.9 Juta wang rakyat (baca di sini), dan mintalah mereka nafikan apa yang kami nyatakan. Kami yakin mereka tidak akan dapat menjawab kerana kebenaran tetap muncul.





ads

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

teman minta kedahtimes siarkan nama2 ceo dan juga ahli lembaga pengarah serta pengerusi2 syarikat GLC dari lantikan kerajaan pas dahulu yang belum berundur ataupun letak jawatan,
kedahtimes siarkan saja, bagi rakyat tau, siapa yg dok kebas banyak, dan pandai pula berpura2 konon nya BN amalkan rasuah......

Tanpa Nama berkata...

betul tu..time ni la kita bantai balik penyelewengan PAS

Tanpa Nama berkata...

Dedahkan semua dan ambil tindakan secepat mungkin

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates