Selasa, 25 Jun 2013

Konvensyen Media Sosial Kedah

KedahTimes sengaja nak sebut kembali tentang konvensyen ini yang diadakah di UITM Merbok setahun lalu.

Hasilnya sangat hebat kerana beribu-ribu pengamal media sosial dilahirkan di Kedah. Malah kemenangan BN di Kedah baru-baru ini adalah hasil dari Konvensyen ratusan ribu ringgit ini.

Mereka ini bersatu dibawah satu ketua yang dibayar ribuan ringgit untuk menyerang pemerintah Kedah pada masa itu. Mereka ini tidak pun menetap di Kedah tetapi melakukan kerja dan siasatan dari jauh. Dan hasilnya pemerintah dari PR tumbang.

Begitulah hebatnya mereka. Mungkin kontrak mereka bakal disambung lagi.. Maka terngangalah blogger-blogger runcit di Kedah.

Ini bukan Kedah Times kata, tapi Cucu Tok Wan kata di blog dia. Blogger realiti Politik Islam telah baca dan dia akan kupas tentang Jurassic dan Perasan Hebat ini. Tunggu.

Kepada blogger kedah yang jurassic dan perasan Hebat, inilah CUCU TOK WAN dari TheFlyingkick, yanag menjadi blogger harapan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Malah Sobri Sudin pun tidak selayak blogger ini. Apa nak kata? Dia hebat dan boleh turn isu merapu dan mengarut untuk kejayaan BN Kedah.

Tahniah Perhubungan UMNO Kedah, you have made a right choice. Kami blogger Jurassic dan Perasan Hebat tumpang berbangga.

Lagi satu Kedah Times tak mention apa-apa buruk pun tentang konvensyen tersebut, tapi terdapat dalam komen yang mana ada tanggungjawab pemberi komen. Itu kena lihat betul-betul.

Kita akan kupas serba sedikit angin-angin yang mengatakan ada kebocoran maklumat penting dari Pejabat UMNO kepada pembangkang yang selama ini kita diamkan demi menjaga UMNO. Tunggu juga...

Jangan lupa Blogger Realiti Politik Islam akan kupas juga tentang 'bila lagi nak gasak duit UMNO'. Sabar dia akan kembali selepas lega dari demam.

Kepada blogger Kedah, ingatlah. Inilah dia blogger yang kata blogger jurassic dan perasan hebat.

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Fuhhhh!!! Perang dah ni! Nampaknya Umno kedah yang kini sedang nazak akan terus kojol dengan peperangan terkini ini diantara blogger umno sesama sendiri.

Bertempur sesama geng dalam kem sendiri! menariks!

huhuhu ...

Abdul Wahubi berkata...

UMNO Kedah ni lemah dlm banyak hal.Malas nak cakap.
YG DOK GILA NAK JADI MB JE.
DEPA INGAT MUDAH KE PRU 13 NANTI
ada cerdik pandai diluar depa tak mau pakai.
Dato Najib percaya sama Bashah saja.Yg lain tak berguna.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 17/4 12.11 thari, Tu dalam cawan kopiiii...sudu terpelanting keluar. Lepas ni depa minum sekali laaahhh.... Hang peduli apaaaa?

Tanpa Nama berkata...

Alahai...kes macam ni pun nak kacau ka...biasa la..laki bini pun sekali-sekala kelahi jugak...mana ada manusia yang 100% punya pandangan yang sama...perbezaan sikit-sikit dari segi ranting-ranting biasala dalam mana-mana organisasi pun dalam dunia ni. Kepada Kedah Times, teruskan perjuangan anda. Kami peminta setia setiap hari mahu melihat blog anda. Nikmat paling besar adalah keamanan dan kemakmuran yang kerajaan BN bawa kepada negara selama ini dengan izin Allah sudah cukup untuk kita mencari rezeki untuk membayar segala khidmat bakti kita sebenarnya. Kaya miliana pun kalau negara kacau bilau nak buat apa. Keamanan lebih tinggi nilainya dari wang ringgit.

Tanpa Nama berkata...

UMNO Kedah baik yang ada jawatan parti,ngo atau blogger macam Tun M kata yang tinggal semua jenis tak cerdik. Kalau tak pencen cikgu,pencen askar.mcm mana nak lawan PAS yang semua profesional. Biaq pi kat hampa la. Cina mmg confirm tak mau umno,anak muda melayu cina dan india lagi la tak mau kat hampa.

Tanpa Nama berkata...

Apa pun BN dah menang di Kedah. Berucap pada malam 5/5 BN menerima keputusan kemenangan di Banhunan Tungku, Dato' Paduka Mokhriz Tum Mahathir berucap dengan memberi terima kasih kapada semua pihak yang membantu BN hingga dapat merampas kembali Negeri Kedah dari PR.
Diantara yanh beliau berterima kasih itu ia Tun Dr mahathir sendiri, patut kita faham begitu, walau pun Dato Paduka Mokhriz tidak menyebutnya. Jadinya, bermakna kita-kita ini samada kita sesiapa pun, Dato Paduka Mokhriz telah menyampaikan terima ksihnya.

Elok lah kita ingati ucapan Dato Paduka Mokhriz itu bahawa terima kasihnya bukan hanya kapada stu pihak. Itulah ketinggian budi Dato Paduka Mokhriz Tun Mahathir yang sekarang ada MB kita. Dan kita akan sentiasa menyokong, membantu serta memberi semangat kapada beliau tanpa memikirkan kita saja hanya yang nak bekerja untuk menolong beliau. Sesiapa saja yang telah bekerja memenangkan BN Kedah dengan rasa amat gembira brrterima ksih kembali kapada Dato Peduka Mokhriz.

Mari kita mula memotivasikan kengkawan kita supaya tidak bergocoh sesama sendiri. Lagi pun semua yang bekerja memenangkan BN di Kedah itu adalah sebagai tentrra siber yang harus diberi terima kasih macam Dato Paduka Mokhriz buat. Itu jasa mrreka. Apa yang mereka TELAH DAPAT DAHULU eloklah tak payah lah diungkit. Dato Pafuka Mokhriz tak buat ungkit-unhkit macam tu puuuuun. Mari kita brrbahasa kapada orang berbufi.

Tanpa Nama berkata...

Elok lah kengkawan jangan mengata kengkawan. Puak setan sibrrtrooper PR gelak tngok kengkawan pukoo krngkawan.

Tanpa Nama berkata...

Membaca kenyataan Datok Tajuddin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan kita amat gembira kerana beliau mempunyai hasrat dan visi yang amat murni untuk menyediakan sumber penerangan Kerajaan Negeri supaya menjadi satu talian menghubungkan Kerajaan dan rakyat dari segi maklumat.

Dari hasrat yang murni ini beliau selaku Exco yang bertanggungjawab dari segi penerangan telah menubuhkan sabuah Jawatankuasa Penerengan diperingkat negeri dan akan ditubuhkan juga diperingkat Daerah yang mana Jawatankuasa ini akan digunakan untuk memaklumkan kapada rakyat tentang berbagai kebaikan Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai saluran, diantaranya penyebaran risalah dsbnya.

Apa yang kita harapkan, penyaluran maklumat kapada rakyat, gulungan muda atau generasi Y terutamnya, seharusnya dapat diambil kira. Umpamanya media baru yang mana sekarang menjadi ikutan hampir 90% dari gulungan ini. Carilah jalan terbaik dan berkesan, apakah makanismanya supaya generasi ini juga akan akan menerima baik maklumat yang baik dari Kerajaan Negeri.

Jika tidak, generasi ini akan pada suatu ketika nanti akan dipesongkan pemikiran mereka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dimana sekarang ini sedang giat dikembangkan oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Terbukti, beberapa hari yang lalu kalangan generasi ini dipesongkan sahingga mereka sanggup melanggar apa saja undang-undang negara. Tanpa mengira bahawa kegiatan mereka itu adalah sabenarnya merupakan gulungan anarkis sebagaimana yang ditegaskan oleh Prof Dato' Dr Mustaffa Ishak, Ketua kluster Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa yang juga Naib Censlor UUM. Jika tidak dibendung, gulungan tersebut juga akan berkemabang di Kedah ini.

Penyebaran maklumat, seharusnya menggunakan semua pihak, termasuklah kumpulan siber, bloggers, twitters, FBook's dan banyak lagi. Apa yang penting, mereka ini perlu dipanggil dan dimitivetkan dengan sebaik mungkin agar haluan penulisan mereka kearah merperbaiki serata mengukuhpadukan mereka demi keselamatan semua pihak.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates