Selasa, 18 Jun 2013

Kota Metropolis Alor Setar

KedahTimes sentiasa terbayang yang Alor Setar yang menjadi pusat pemeritahan kerajaan negeri Kedah menjadi sebuah bandar yang canggih dan senantiasa dikunjungi ramai pengunjung samada dari luar dan dalam negara.

Sehingga kini Alor Setar sudah mempunyai dua buah universiti beroperasi. Kolej Universiti Insaniah beroperasi di Mergong dan AlBukhary International University beroperasi di sebelah Taman PKNK dengan kampus yang amat besar dan cantik.

Cuka agak terkilan dengan KUIN yang membina kampus di Kuala Ketil yang ketika ini menimbulkan terlalu banyak masalah. Elok sangat jika tumpukan pengajian di Kampus Mergong. Ada yang tersirat kenapa ianya dbina di Mergong.

Untuk menjadi kota metropolis, Alor Setar perlu menjadi bandaraya tarikan; bandaraya yang sentiasa 'live'. Disamping kemudahan-kemudahan (tidak semestinya semuanya moden) yang boleh menarik pengunjung-pengunjung.

Langkah pertama untuk menghidupkan Bandaraya Alor Setar ialah dengan wujudnya universiti-universiti bertaraf antarabangsa atau universiti kembar yang beroperasi di Alor Setar. Kitaran ekonomi akan melonjak dengan adanya pelajar-pelajar  di Bandaraya Alor Setar.

Contoh terdekat dan terbaik boleh kita lihat ialah UNIMAP di Perlis. Seluruh negeri Perlis menjadi hidup kerana ramainya pelajar UNIMAP yang bertebaran di merata Perlis yang mempunyai hampir 30 kampus cawangannya di Perlis. Kedai makan, kedai stationary dan sebagainya menjadi tumpuan pelajar. Hotel dan motel bakal menerima pengunjung luar yang terdiri dari ibubapa yang datang melawat anak-anak mereka di Perlis.

Dan Alor Setar yang sudah mempunyai banyak tarikan begitu mudah dijadikan metropolis jika lebih banyak pusat pengajian beroperasi. 

Semoga Bandaraya Alor Setar berubah. UTC (Urban Transformation center) sudah dibina dan banyak lagi perancangan bakal berlaku. InsyaAllah.

ads

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates